Monday, 27 August 2012

Teknik Mengorat


Teknik Mengorat

Tolong ajari aku teknik mengorat wahai awek malaya. Haha! Puan puan setuju tak kalau saya cakap perempuan suka kena ngorat? Sape tak setuju sila blah, bagi laluan untuk saya menulis. Mengorat adalah salah satu cara untuk mendapatkan pasangan. Sape patut ngorat sape sudah tidak menjadi persoalan zaman sekarang. Kalau nak dibandingkan zaman dahulu dengan zaman sekarang memang banyak perbezaan, secara automatik teknik mengorat berubah mengikut arus kemajuan.

Zaman dahulu, kalau perempuan mengorat lelaki perempuan itu akan dilabel sebagai perempuan gatal nakal. Perumpamaan perigi mencari timba tersangatlah popular ketika itu. Tetapi zaman sekarang pemikiran seperti ini akan dianggap kolot. Sekali lagi saya tanya, perempuan suka tak kena ngorat? Saya cakap puan puan tipu kalau perempuan x suka kena ngorat. Benda sedap sape x suke kan? Haha! saya melawak sikit.

Dulu, orang mengorat pakai pantun tuan puan. Ni kisah mak bapak kita. Memang x sah perbualan kalau x didahulu dengan pantun. Kalau saya menulis tanpa contoh tuan puan susah nak paham. Okei, saya bagi contoh mudah pantun mengorat, ” Petang petang makan nasi kerabu, campur sedikit ulam dan budu, aku sayang aku rindu, pada kamu wahai abangku yang jambu”. Saya bagi tuan tuan peluang jawab pantun tu. Kalau tuan tuan dapat jawab ternyata tuan tuan orang dulu dulu. Haha!

Bagaimana pula dengan zaman sekarang tuan puan? Zaman sekarang zaman maju. ” Ayu bz x arni? Jom kua jalan jalan. Tengok wayang ke.” Mengorat zaman skang oarang pakai kemudahan tuan puan. Dulu mane ada panggung nak ajak ngorat awek. yang ada pun wayang hujung minggu kat padang, tengok cerita seniman bujang lapuk. Tu pun duduk pakai tikar, memang x selesa. Sekarang sang penagih cinta pakai ayat cam good good jer. Tak perlu pantun pantun lagi da. Kalau pantun makan masa, mak awek bagi klua 10 minit, nak berpantun pun da makan masa 5 minit.

Pada kebiasaannya, si lelaki kacak macam saya la yang ngorat perempuan. Persoalannya, adakah lelaki lelaki ini mengorat awek dengan kata kata manis? Maksud saya di sini, kebanyakan lelaki yang mengorat perempuan sekarang suke pakai ayat ayat manis, kerana mereka pikir perempuan akan jatuh hati bila seseorang lelaki pandai berkata kata dengan ayat ayat manis. Pada hakikat tanggapan tuan tuan adalah sama sekali tidak betul. Memang tidak dinafikan perempuan akan suke bila di manja manja.

Dalam mengorat awek malaya, lelaki perlu bersifat ‘charming’. Charming di sini bukan bermaksud hanya pandai meluahkan kata kata manis sahaja, tuan tuan sebenarnya perlu menunjukkan diri anda yang sebenar. Sekiranya anda tidak pandai berkata kata, jangan teruskan. Kenapa? Sebabnya bila kita akan teruskan kita hanya lah syok sendiri kerana perempuan akan paham bahawasanya anda tidak hebat berkata kata tetapi anda cuba menunjukkan sesuatu yang anda sendiri tidak mampu buat. Sapa yang rugi? Tuan tuan juga yang rugi.

Artikel kali ini, saya nak bagi pendapat teknik mengorat yang betul. Jadilah diri anda yang sebenar benarnya kerana bukan semua perempuan tertarik dengan kata kata manis. Sekiranya perempuan itu minat dan suka pada anda, die akan menerima anda walau apapun perwatakan anda.

Tuan puan pernah kena ngorat x? Ke tuan puan yang ngorat? Muahaha! Kalau ada jom la kongsi kat ruangan komen tu ye. Sekali lagi saya hasilkan artikel bukan berdasarkan pengalaman sendiri.



:Peluk Isteri 10 Saat, Panjang Umur 5 Tahun!::

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.”

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

No comments:

Post a Comment