Sunday, 12 August 2012

AIR KELAPA LEMBUTKAN KULIT

Dodder Seed Extract Cuscuta chinensis Extract photo picture image



HILANGKAN BAU HANYIR IKAN
Ikan air tawar memang sedap dimakan.Tetapi tidak seperti ikan laut,anda perlu mengetahui cara membasuh dan memasaknya,jika tidak gulai yand dimasuk tidak luak dimakan.Untuk itu ambil sedikit kapur sirih dan dilarutkan ke dalam mangkuk yang berisi air.Rendamkan ikan selama 10@15minit.Sebelum dibilas bersih.Bau hanyir ikan akan hilang.

AIR KELAPA LEMBUTKAN KULIT
Air kelapa muda memang sedap diminum.Namun berbeza dengan air kelapa tua mampu melembutkan kulit.Caranya bersihkan muka dan keringkan.Lepas itu cuci muka dengan air kelapa tua dan biarkan kering sendiri.Lakukan 3x seminggu dan nantikan hasilnya.

MADU LEGAKAN INSOMNIA
Diserang insomnia memang menyeksakan.Badan letih tetapi mata tidak mahu terpejam.Sekiranya telah pelbagai petua dicuba dan anda masih gagal melelapkan mata,apa kata mencuba madu sebagai alternatif.Sesudah madu berupaya bertindak sebagai penenang dan ubat sekali sebelum tidur.

HALIA SINGKIRKAN KELEMUMUR
Kelemumur menyebabkan kulit kepala berasa gatal-gatal.Untuk itu ambil lebih kurang dua sentimeter halia,buang kulitnya dan tumbuk hingga hancur.Apabila kulit kepala berasa gatal,sapukan halia pada kulit kepala sambil menggosok-gosokknya.Anda mungkin berasa agak pedih.Lakukan beberapa kali.Bukan sahaja kelemumur tetapi rasa gatal kulit kepala akan hilang sekali gus.  

HILANGKAN TAHI LALAT
Bagi membuangnya tanpa perlu dibedah, cuba petua ini.Kisar nanas dan limau purut sehingga membentuk seperti krim.Kemudian,sapukan di tempat tahi lalat tersebut.Lakukan 2-3x sehari sehingga ia jatuh sendiri.



Petua Kecantikan

Jerawat
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.


Bintik hitam
Rendam sehelai tisu ke dalam putih telur. Tampal tisu tersebut ke tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan dan cuci muka. Amalkan 2 kali seminggu.


Parut di muka
Kisar timun dan tapis airnya. Tampal hampas timun pada muka. Biar setengah jam dan cuci.


Licinkan kulit muka
Gosok serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biar 3 minit dan cuci dengan air suam.


Kecilkan liang pori muka
Letak kiub ais pada muka selepas mencuci.


Panau
Gosok halia pada kulit berpanau. Biar seketika dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali sehari.


Lembutkan rambut
Ambil segenggam daun inai. Mesin hingga hancur dan sapukan pada rambut.


Lebatkan rambut
Patah-patahkan daun lidah buaya. Sapukan pada kepala dan kemudian, cuci bersih.


Hitamkan rambut
Ambil hampas teh yang tidak digunakan lagi. Basahkan dan letak pada rambut secara rata. Kemudian, cuci bersih.


Merahkan bibir
Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi.


Bibir pecah2
Sapukan mentega atau madu ke bibir sebelum tidur setiap malam.


Tumit merekah
Rendamkan kaki dalam air bercampur asam jawa beberapa minit. Lakukan 3 kali seminggu.


Kilatkan kuku kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sekerap mungkin hingga berkilat.


Putihkan gigi
Gosokkan serbuk penaik atau soda bikarbonat pada gigi. Kemudian, kumur dan gosok gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.


Tegangkan kulit muka
Sapukan putih telur ke muka. Biarkan ia kering dan melekat seperti masker. Kemudian, bilas muka dengan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.


Lebatkan bulu kening
Sapukan lendir daun lidah buaya pada kening hingga melekit. Boleh juga disapukan pada bulu mata supaya menjadi lebih lentik.


Selulit
Tumbuk bawang merah dan lada hitam. Campurkan sedikit minyak masak. Urut pada tempat berselulit selama 15 minit.


Hilangkan kedut di dahi
Ambil asam jawa dan tempekkan pada dahi.


Lembutkan & lembapkan kulit muka
Campurkan 2 sudu asam jawa dan air perahan limau nipis. Biarkan sederhana pekat. Sapu pada muka. Biar 15 minit dan cuci.


Kempiskan perut
Tumbuk lumat halia sebesar ibu jari. Campurkan dengan asam jawa. Sapu campuran pada perut. Ikat perut dengan tuala selama 1 jam. Lakukan setiap hari selama 2 minggu.


Luruskan rambut
Perah sebiji kelapa. Ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Simpan dalam peti sejuk hingga bahagian atasnya menyerupai krim. Sapu pada kulit kepala dan rambut. Tutup kepala dengan tuala selama 1 jam. Kemudian, bilas dengan air. Lakukan 3 kali seminggu.


Bengkak bawah mata
Campurkan air suam dan garam. Celupkan kapas dan sapu pada bawah mata.


Uban
Tumbuk lumat segenggam daun kari. Gaul dengan santan. Rebus hingga jadi minyak. Sapukan pada rambut setiap hari.


Bau badan
Gosokkan bawah lengan pada kepala lutut setiap kali mandi.


Bau mulut
Ramas beberapa helai daun sirih dan kumur dengan air tersebut.


Buat jamu sendiri
Hiris nipis 4 ketul kunyit hidup sebesar ibu jari. Sediakan juga 2 cawan air asam jawa dan 10 biji lada hitam. Campurkan kesemuanya dalam periuk. Rebus dengan api perlahan selama setengah jam, kemudian biarkan sejuk. Minum suku cawan pada waktu pagi setiap hari




No comments:

Post a Comment