Thursday, 12 July 2012

Serai


Serai makan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Artikel ini mengenai serai makan yang selalu digunakan sebagai perisa dalam masakan. Klik di sini untuk serai wangi yang selalunya digunakan dalam bidang perubatan dan aroma terapi.
Serai makan
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Hidupan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Liliopsida
Order:Poales
Famili:Poaceae
Genus:Cymbopogan
Pokok serai
Serai atau serai makan (nama botaniCymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia,IndonesiaTanzaniaBrazilGuatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand,Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

[sunting]Penanaman

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

[sunting]Kegunaan

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam tehsup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayamikan, dan makanan laut.
Terdapat lebih 50 spesies CymbopogonSerai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di IndiaSri LankaBurma, dan Thailand sementara Serai India Barat(Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini(disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianusJowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

[sunting]Sebahagian spesies












Khasiat serai




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

. Alhamdulillah, hari ini kita kenali pula serai makan, yang banyak digunakan dalam masakan seharian.

Serai terkenal sebagai salah satu ramuan masakan di negara-negara Asia. Serai atau juga dipanggil serai makan dengan nama saintifiknya cymbopogon citrarus dari keluarga Gramineae juga mempunyai khasiat tersendiri. Ðalam bahasa Inggeris pula, ia dipanggil lemon grass, Cina (heong mau), Filipina (tanglad), Laos dan Thailand (thakai), Vietnam (xa) dan German (zitronengras).

Ði Malaysia, serai bagaikan kemestian untuk menjadi sebahagian ramuan utama dalam kebanyakan masakan terutama sajian lauk berkuah. Serai adalah daripada jenis rempah bumbu berbentuk batang yang memberi rasa harum dan segar pada masakan. Yang menimbulkan aroma harum sebenarnya ialah bahagian batangnya yang berwarna putih, selalunya sepanjang 10sm atau lebih digunakan. Selepas dibersih, batang serai ditiriskan dan kemudian ditumbuk atau diketuk sebelum dimasukkan ke dalam masakan.

Batang serai sesuai dipadankan dengan lada, santan, lengkuas dan bawang putih. Ia juga boleh diracik-racik untuk menjadi sebahagian rencah kerabu atau perisa hiasan bagi mendapatkan aromanya. Haruman daripada batang serai tentunya menimbulkan aroma yang akan menambahkan tarikan dan selera makan. Selain itu, serai juga digunakan untuk menghilangkan hamis kerang, lala dan makanan laut yang lainnya.

Selain popular dalam masakan, serai juga digunakan dalam salah satu bauan yang boleh ditemui dalam lilin, pewangi dan juga sabun. Ia juga dikatakan berguna sebagai pencegah serangga ringan. Lebih daripada itu, serai turut menyediakan pelbagai kebaikan dari segi kesihatan.

pokok serai

Serai merupakan tanaman yang boleh tumbuh di kawasan bersuhu tropika dan subtropika. Ia boleh bertahan selama tiga hingga empat tahun dan dituai setiap tiga hingga empat bulan. Serai banyak tumbuh di Asia Tenggara, Selatan India, Sri Lanka, Afrika Tengah, Brazil, Guatemala dan Hindia Barat.

Banyak bahan dalam serai yang membuatkan herba ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai ramuan makanan, malah berguna untuk tujuan perubatan tradisional. Ekstrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri. Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Ahli-ahli sains juga telah mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.

Minyak aromaterapi serai ini dikatakan mengandungi bahan-bahan seperti analgesik (mengurangkan rasa sakit), antikemurungan, antimikrob, antipiretik, antiseptik, astrigen, bactericidal, karminatif, pewangi, diuretik, febrifuj, fungicidal, galaktogogue, insecticidal, nervine, sedatif dan tonik.

Mengurangkan sakit dan inflamasi

Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit dan inflamasi. Ia juga mampu melegakan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia turut mengurangkan sakit badan yang diakibatkan daripada senaman yang dilakukan secara tiba-tiba.

Bahan antikemurungan dalam minyak serai boleh merangsang keyakinan, semangat, kekuatan mental dan melawan kemurungan. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami kemurungan yang diakibatkan daripada pelbagai sebab.

Bahan antimikrob dan antibakteria dalam minyak serai membuatkan ia sesuai digunakan untuk menyekat pertumbuhan mikrob dan bakteria di dalam atau di luar tubuh. Ia dikatakan boleh menyekat jangkitan bakteria di kolon, perut, saluran urinari, luka, sistem pernafasan dan lain-lain lagi.

Tambah susu ibu, halang bayi dari jangkitan


Bahan galaktogogue dalam minyak serai juga amat baik untuk wanita. Ini adalah kerana bahan galaktogogue adalah agen yang mampu meningkatkan pembentukan susu dalam payudara. Ia amat sesuai untuk ibu yang sedang menyusui bayi.

Penawar sakit kuning

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, serai boleh membantu mengubati sakit demam kuning. Bagi merawat demam kuning, secekak pokok serai direbus dalam bekas mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan menggelegak. Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya tiga kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuning benar-benar sembuh.

Mandian air rebusan serai ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang kerana ia boleh menghilangkan bau hamis badan.

Mengatasi masalah angin

Bahan antipiretik dalam minyak serai dikatakan boleh merawat demam. Ia hampir sama dengan bahan febrifuj tetapi ia amat berkesan untuk menurunkan demam yang tinggi. Bahan karminatif dalam minyak serai dikatakan mampu mengawal masalah angin dalam badan. Ia bukan sahaja mampu mengurangkan angin daripada usus tetapi mampu menghentikan pembentukan angin dengan lebih lanjut.

Rawat masalah haid dan loya

Kajian juga telah menunjukkan bahawa serai memiliki bahan antibakteria dan antikulat. Dalam perubatan tradisional, serai yang dicampurkan dengan lada hitam boleh merawat masalah haid dan loya. Jika serai diminum sebagai teh, ia juga adalah diuretik yang paling berkesan.

Serai juga dikatakan herba pencuci yang mampu membantu menyahtoksik hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing dan saluran pencernaan. Ia juga dikatakan mampu menurunkan asid urik, kolesterol, lemak berlebihan dan toksin lain di dalam tubuh. Penggunaan serai juga dikatakan berupaya merangsang pencernaan, pengedaran dan susu ibu. Malah, masalah gastroenteritis juga boleh diringankan.

Mengurangkan tekanan darah

Serai juga mampu memperbaiki kulit dengan cara mengurangkan akne dan jerawat. Ia bertindak menegapkan otot dan tisu. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah. Caranya adalah dengan meminum air serai yang telah direbus. Serai amat terkenal dengan kesan memberi ketenangan yang mampu melegakan insomnia dan tekanan.

Membantu mengawal kolesterol

Serai juga membantu mengurangkan kolestrol iaitu asid lemak tepu yang terdapat dalam badan menerusi pemakanan. Bagi mengurangkan kolesterol, tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik kiub terlebih dahulu sebelum direbus. Segelas air rebusan itu kemudian diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan petang.

Selalunya, mereka yang mengamalkannya dapat melihat kesan pengurangan kolesterol dalam beberapa minggu. Tetapi pada waktu yang sama pengambilan makanan berkolesterol tinggi perlu dielakkan.

Mencegah kanser

Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotena, sejenis antioksidan yang dipercayai oleh ahli saintis mampu mencegah kanser. “Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon di dalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein dari Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU), hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri di dalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, di mana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi di dalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.

“Dalam sel di dalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel di dalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Di dalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati dalam badan. Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai,” kata Weinstein.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser di dalam badan kita.

Menentang keratomycosis (inflamasi kornea)

Kajian yang turut dilakukan oleh Institut Penyelidikan Makanan dan Nutrisi itu juga menunjukkan bahawa minyak serai juga berpotensi sebagai ubat sapu bagi menentang keratomycosis, iaitu sejenis inflamasi kornea yang berkaitan dengan penglihatan kabur dan rasa panas.

Antikemurungan

Malah, serai juga boleh digunakan sebagai bahan untuk memastikan anjing tidak menyalak dengan berlebihan. Caranya adalah dengan menyemburkan bau serai pada anjing untuk mencegah ia daripada menyalak atau untuk mengurangkan kelakuannya.

TIPS : Melebatkan rambut

Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman wanita. Anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk membuat rawatan rambut di pusat-pusat kecantikan. Ada petua tradisional yang mudah dan murah untuk anda cuba. Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Saya sarankan anda gunakan anak lesung batu untuk menghancurkan batang serai. Rebus batang serai yang dihancurkan dengan air hingga mendidih. Apabila air rebusan telah sejuk atau suam-suam kuku, bolehlah disapu ke seluruh rambut. Sapu hingga rata, pastikan air rebusan serai meresap ke kulit kepala. Perap rambut selama lebih kurang dua jam, kemudian bolehlah dibilas dengan air biasa. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

TIPS : Kurangkan Nyamuk

Sedikit masa dahulu, bro Manntrex dari SIM berkongsi tips untuk mengurangkan nyamuk yang menggunakan serai sebagai bahan utama. Terima kasih kepada bro Manntrex kerana sudi berkongsi ilmu. Kepada yang berminat, sila rujuk entry Tips kurangkan nyamuk.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat serai, tidak kiralah sama ada digunakan secara mentah mahupun direbus dan diekstrak minyaknya. Namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari

TIPS : Kurangkan Nyamuk


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Salah satu egrup yang menawan hati Laman-Seri ialah SiM, kerana di situ terdapat banyak ilmu yang dikongsikan sahabat. Salah seorang yang banyak berkongsi ilmu ialah bro Manntrex. Terima kasih kepada bro Manntrex atas perkongsian ini.

Hari ini dititipkan tips untuk mengurangkan nyamuk. Ya, nyamuk suka menyerang manusia, tidak kira waktu. Walau bagaimana bersih sekalipun rumah kita, nyamuk tetap datang menyerang sebab darah kita adalah makanannya.

Jenis-jenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk (sebagai vektor yang sangat tekun) adalah Dengue, Malaria, 2 jenis Equine Encephalitis, Japanese Encephalitis, West Nile Virus dan Meningitis (Yellow Fever). Ada banyak lagi jenis kat Benua Afrika dan Amerika yang lebih mengerikan.

Bagaimana nyamuk mengesan mangsa samada manusia atau binatang? Melalui kehadiran Carbon Dioxide, CO2 atau Karbon Dioksida. Ia adalah gas yang dikeluarkan pernafasan manusia dan haiwan berdarah panas setelah menghidu udara bersih. Nyamuk boleh terbang sejauh 1.5km untuk mencari sumber CO2. Nyamuk KL pula pandai guna lift dan ada yang naik kapalterbang ke Sabah.

Bahaya ke bahan kimia dari supermarket untuk bunuh nyamuk? Saya tak suka Ubat Nyamuk (berasap) yang boleh menganggu pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit. Saya juga tak suka guna INSECTICIDE kerana terdapat banyak kes-kes cancer, brain damage, leukimia, lymphoma dan kecacatan kanak-kanak baru lahir di luar negara akibat darinya. Ni pulak mereka keluarkan bahan kimia guna letrik atau bunyi anti-nyamuk. Lagi lah saya ngeri. Maklumlah sayang bini dan anak-anak, saya cari jalan natural dan agama Islam menyuruh kita menjaga kesihatan serta ekonomi.

CARA A : Bahan dapur sebagai alternatif kepada ubat nyamuk komersial

Untuk Perlindungan Badan

1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.

NOTA : Saya tak simpan air wangi ni sebab bilas badan terakhir setiap hari sebelum keluar rumah untuk Aromatherapy. Saya pening kepala kalau pakai minyak wangi yang jual di kedai. Kimia pulak tu.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah

Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.

CARA B: Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket

Untuk Perlindungan Badan

1. Minyak Serai Wangi (Lemongrass), Minyak Eucaplyptus Kayu Putih) dan Minyak Peppermint (Pudina).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam setekoh dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk. AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.

NOTA : saya tak mandi dengan air minyak ini.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah

1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.

KURANGKAN NYAMUK DI HALAMAN RUMAH

Semua orang rasanya dah tengok dalam TV bagaimana nak kurangkan nyamuk dalam dan luar rumah. KEYWORD : Jangan ada air bertakung.

Kalau ada kolam jugak, belalah ikan atau gerakkan air tersebut dengan pump.

Saya tambah sikit kat sini. Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.

Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk (bau macam serai wangi dan dijual di nurseri).

Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka baik-baik. Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).

Akhirkata

Saya dah amalkan CARA A dan CARA B bertahun-tahun lamanya dan berkesan. Jika kurang berjaya, maafkan saya kerana mungkin spesis nyamuk kita berbeza atau nyamuk dah jadi mutant. Jadinya cubalah tambah dan tukar bahan-bahan sendiri untuk lihat keberkesanannya. Hanya jangan berganjak dari bahan induk, iaitu eucalyptus (kayu putih) dan lemon grass (serai atau serai wangi)





No comments:

Post a Comment