GALAK TUA (Stemona tuberosa Lour.). Dikenali juga dengan nama Pecah Kelambu dan Ubi Kemili. Keseluruhan herba ini mengandungi alkaloid Stemona. Herba ini mudah ditemui di kebun-kebun getah @ kelapa sawit, pinggir bukit-bukit kecil dengan tanah berpasir dan jenis literait. Ia sejenis rumput yang menjalar dengan daunnya seperti daun cekur, memanjang dan batang beruas-ruas, bunganya berwarna coklat pada stigma yang panjang. Isinya berwarna putih susu, banyak dan berjurai dari perdu batangnya manakala rasanya manis memek. Jika anda ingin mengalinya tentukan berhati-hati kerana isinya panjang kebawah dan lebih besar di bawah. Ia akan mudah putus kerana isinya berair. Keseluruhan pokok ini Antibakteria. Digunakan secara tradisional untuk meningkatkan tenaga batin lelaki yang berumur. Adalah lebih afdal (baik) meminum air rebusannya dan dicampurkan bersama atau sebahagian Petawali (Tinospora crispa), Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Tongkat Ali Hitam (Polythia buliata), Depu Pelanduk (Wikstromia ridleyi), Payung Ali (Biohytum adiantiodes), Panah Arjuna (Syngramma alysmifolia) dan Elek Tembaga (Smilax calophylla). Awas!...Peringatan: Herba ini TIDAK BOLEH digunakan secara kerap kerana pati keseluruhan herba ini juga berperanan sebagai racun organik. Jika anda berminat juga, anda boleh mengunjungi Lab. MARDI @ FRIM, mungkin penyelidik negara kita ada data mengenai bahan kimia yang terdapat di dalam tumbuhan ini. Saya sebagai pengamal perubatan tradisional pernah meminum campuran air rebusan ubinya, ia hanya bertujuan percubaan.
Pokok Galak Tua
Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di kebanyakan hutan dinegara kita. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.
Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.
Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.
Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.
Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.
Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.
Galak Tua
Nama Vernakular: | Pokok seratus, Ubi Kemili |
Nama Saintifik: | Stemona curtessii Hook.f. |
Sinonim: | Roxburghia gloriosoides Roxb., R. viridiflora Smith, R. stemona Steud |
Kegunaan | Rawatan untuk penyakit bengkak sendi, sebagai ubat batuk kronik dan masalah dada. |
Rujukan: | Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp. |
No comments:
Post a Comment