SADERI ADA RASIAH TERSENDIRI
16:24 |
Nama Latin: Apium graveolens
Nama Lain: Saladri (Jawa), Celery fruit, smallage, wild celery (Inggris), qinchi, han-ch’in (Cina), Kintsay (Filipin) Phak chee (Taiwan)
Kegunaan: Penambah cita rasa pada makanan, aroma daunnya, Tangkai dan daunnya dijadikan ulam.
Bahagian digunakan: Daun, akar, buah (biji)
Tinjauan herba:
Apium graveolens adalah spesies tumbuhan dari keluarga Apiaceae, biasanya dikenali sebagai saderi [celery (var. Dulce)] atau celeriac (var. rapaceum), bergantung kepada sama ada batangnya (petioles) atau akarnya dimakan.
Tumbuhan saderi hari ini berkembang kepada purata dua hingga tiga kaki tinggi. Batang langsing menghasilkan sehingga 5 daunan berwarna hijau gelap dengan cabang-cabang seperti sepasang sayap (pinat to bipinnate) berbentuk ketupat terbelah (rhombic leaflets) 3-6 cm panjang dan 2-4 cm lebar,
Bunganya yang halus. seperti berkrim putih, 2-3 mm, dihasilkan dalam jambangan berata-di atas (umbels) yang padat. Biji benihnya berbentuk bujur luas kepada bundar (broad ovoid to globose), 1, 5-2 mm panjang dan luas.
Biji benih tumbuhan saderi datang dari bunganya, dan mempunyai aroma yang kuat, tapi menyenangkan. Biji benihnya bersaiz sangat kecil dan warnanya boleh dari terang hingga ke coklat gelap. Biji benih saderi-mempunyai rasa yang agak pahit, tetapi digunakan untuk menambah rasa yang berbeza kepada persediaan hidangan makanan tertentu, seperti sup, casseroles, campuran rempah dan sos salad.
Saderi (Celery) ialah herba pencernaan (alimentary herb) serta tumbuhan ubatan khas. Daun saderi digunakan sebagai hiasan (spicing-up) makanan dan minuman seperti koktel. Minyak (volatile oil) yang diekstrak dari sayur-sayuran ini boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan juga sebagai ramuan untuk minyak wangi pelbagai.
Perihal herba saderi
Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan dalam membuat salad, menghias (spicing) makanan yang mengandungi daging, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit. Dalam bidang perubatan, daun sadri telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido (aphrodisiac)serta ciri-ciri perubatan lain. Dalam masa yang sama saderi juga telah digunakan sebagai herba perhiasan oleh orang Rom, yang menggunakan daunnya untuk dijadikan sebagai "Mahkota Pemenang" mereka.
Dalam perubatan tradisional saderi telah digunakan untuk menghapuskan parasit usus. Perubatan Cina pula mengesyorkan saderi sebagai ubat merawat tekanan darah tinggi disebabkan kestabilan komponennya. Apium graveolens pada mulanya berkembang biak diatas tanah lembap di Eropah dan Asia. Permulaan abad ke-19, saderi mula berkembang di Amerika Syarikat. Pada masa kini sayuran ini lebih digunakan dalam makanan dan lauk pauk, kerana kekayaan rasanya. Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah. Sama ada ia dimakan sebagai snek` atau sebagai ubatan, saderi menyah-toksin dari badan, dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan.
SEJARAH
Daniel Zohary dan Hopf Maria mencatatkan bahawa daun saderi dan mayangnya (inflorescences) adalah sebahagian daripada kalungan yang dijumpai dalam makam firaun Tutankhamun (meninggal dunia pada 1323 SM), dan kuntuman saderi yang dibelah dua (mericarps) yang bertarikh abad ketujuh SM ditemui dalam kubur Heraion of Samos.
M. Fragiska menyatakan arkeologi mendapati saderi yang bertarikh abad ke-9 SM, di Kastanas; bagaimanapun, bukti sastera Yunani kuno adalah jauh lebih banyak. Dalam Homer's Iliad , kuda Myrmidons meragut saderi liar yang tumbuh di paya di Troy, dan di Odyssey, terdapat sebutan padang rumput saderi ungu dan saderi liar di sekeliling gua Calypso.
Gambaran Budaya
Simbol chthonian di kalangan orang Greek purba, saderi dikatakan telah tumbuh dari darah Kadmilos, bapa kepada Cabeiri, dewa chthonian diraikan di Samothrace, Lemnos dan Thebes. Bau pedas dan warna daun yang gelap menjadi kegemaran pengikut persatuan kematian (cult of death). Dalam klasik Greece, daun saderi telah digunakan sebagai kalungan untuk yang mati, dan bunga saderi sebagi penabur bagi pemenang pemenang Sukan di Isthmian (Isthmian Games) pada pertama kalinya sebelum digantikan dengan mahkota yang diperbuat daripada pokok Ru pine. Menurut Pliny the Elder dalam Achaea, kalungan yang dipakai oleh pemenang pada Sukan Nemean (Nemean Games) berbentuk keagamaan juga diperbuat daripada daun sadri. koloni Purba Yunani Selinous (Greek: Σελινοῦς, Selinoūs), di Sicily, telah dinamakan semperna pasli liar (wild parsley) yang tumbuh merata; duit syiling Selinountian digambarkan dengan daun parsli sebagai simbol bandar.
Nama "saderi" [“celery”] di jejaki jalur jalannya yang diterima pakai kedalam masakan bangsa Eropah, seperti"saderi" [“celery”] Bahasa Inggeris (1664) yang ambil dari céleri dalam bahasa Perancis yang berasal dari istilah Lombard (Lombard term), seleri, datang dari bahasa Latin selinon, yang dipinjam daripada bahasa Greek. Saderi [“celery] Mediterranean masih diperingati dalam ungkapan bahasa Perancis céleri d'Italie.
Taksonomi
Saderi seperti yang diterangkan oleh Carl von Linné dalam Jilid satu buku beliau Spesis Tumbuhan (Species Plantarum) dalam tahun 1753. Apium bermejoi yang berkait rapat dari kepulauan Minorca adalah salah satu tumbuhan yang jarang ditemui di Eropah, dengan kurang daripada 100 tumbuhan tertinggal.
Penanaman dan Penuaian
Akar, daun sadri, atau celeriac, juga digunakan sebagai sayur-sayuran.
Di Amerika Utara, pengeluaran komersial saderi dikuasai oleh pelbagai (variety) yang dikenali sebagai Pascal saderi. Pekebun boleh menanam pelbagai kultivar, kebanyakan nya berbeza sedikit daripada spesies liar, terutamanya yang mempunyai batang - daun kasar. Ia digulungkan di bawah dua kelumpok, putih dan merah; kultivar putih umumnya berperisa terbaik, yang paling ranggup dan lembut. Tangkainya ketat lurus menegak dan bertandan selari, dan biasanya dipasarkan secara segar, tanpa akar dan daun hijau sedikit baki.
Bentuk saderi liar dikenali sebagai yang kontot "smallage". Ia mempunyai tangkai yang berkerut dengan daun berbentuk baji (wedge-shaped), keseluruhan tumbuhan mempunyai rasa yang kasar, dan bersahaja (earthy taste), dan memiliki bau yang tersendiri. Kebiasaannya tangkainya tidak dimakan (kecuali dalam sup atau masakan tumis bersama daging dan ikan (stews) dalam masakan Perancis), tetapi daunnya digunakan dalam salad, dan biji benihnya dijual sebagai rempah.
Nilai dan Khasiat
Saderi berkhasiat sebagai antirematik, penenang (sedatif), bersifat meluruhkan air kencing (duiretik) dan antiseptic. Khasiat lain membantu pengeluaran asam urat dari tubuh, pembersih darah, menghentikan pendarahan dan menurunkan tekanan darah.
Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori. Ia mengandungi vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink. Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.
Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam pemasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung. Dalam keadaan ini akar saderi digunakan. Disebabkan sifat menyah toksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat. Kerana sifat-sifat ini - diuretik dan depurative – maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan. Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan (stress hormone) dan mengurangkan kadar degupan jantung.
Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah (hypoglycemic), ia bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis. Sifat lain seperti: pengering kahak (expectorant), pelembut kulit(emollient)(berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan kefungsian hormone (hormonal dysfunctions) (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit (allergic dermatosis)); menghilangkan parut (cicatrizing)(baik untuk luka, calar, pembentuk ulser (ulcerations)).
Khasiat Biji Benih Saderi
Senjak zaman purba lagi, Biji saderi telah digunakan dalam banyak bahagian dunia sebagai herba terapeutik, walaupun ia masih belum menemui kubu kuat sebenar sebagai ubat herba di bahagian Barat dunia. Beribu-ribu tahun, ia telah digunakan untuk merawat Artritis, gejala-gejala yang disebabkan oleh virus Selsema dan sejuk, penyakit pencernaan, dan juga masalah dengan limpa dan hati.
Tidak ramai orang di dunia Barat tahu tentang biji saderi, walaupun ia telah digunakan sebagai ubat untuk beribu-ribu tahun di bahagian-bahagian lain di dunia. Ketika zaman purba, perubatan Ayurveda India dan Unani menggunakan benih saderi untuk merawat selsema, pengekalan air (water retention), pencernaan lemah, pelbagai jenis artritis, dan penyakit-penyakit tertentu hati dan limpa.
Kini, biji saderi digunakan terutamanya sebagai ubat diuretik, maknanya ia meningkatkan pengeluaran air kencing membantu badan menyingkirkan air yang berlebihan. Biji saderi juga kadang-kadang digunakan merawat artritis dan gout, dan membantu mengurangkan kekejangan otot, menenangkan saraf, dan mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian saintifik secara menyeluruh keatas manusia menunjukkan sama ada biji saderi benar-benar membantu merawat keadaan atau mana-mana orang. Kajian ada menunjukkan bahawa biji saderi bertindak sebagai penghalau nyamuk. Beberapa kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak biji saderi boleh membantu merendahkan tekanan darah dan kolesterol, serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan seperti acetaminophen pelega kesakitan (Tylenol). Tetapi sekali lagi, para penyelidik tidak ada kepastian sepenuhnya.
Saderi dimakan sebagai bahan diuretik dan merangsang membuang air besar (laxative) bagi mereka yang mempunyaimasalah tertahan kencing (urinary retentions) atau mengalami masalah buah pinggang, ia juga berkesan dalam kes-kes kehilangan tenaga tanpa sebab(asthenia), masalah hidung, masalah suara garau, reumatisme,kulit menjadi pucat / kuning (icterus ), gout, artritis, radang, masalah kulit (dermatosis), diabetes, dan obesiti. Individu yang mempunyai kolesterol yang tinggi perlu menambah saderi kepada diet mereka. Selain itu, seleri berkesan bagi mereka yang mempunyai kekurangan selera makan. Berikut adalah beberapa campuran yang berdasarkan saderi:
Jenis jenis biji yang boleh didapati:
Biji saderi (Celery Seed) boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, yang dipenuhi dengan minyak dari biji saderi, dan seluruh biji kering atau segar. Terdapat juga ekstrak Biji saderi, yang dihasilkan dengan mengekstrak bahan aktif dengan penggunaan gliserin atau alkohol.
Penggunaan Biasa.
Biji saderi dikaitkan dengan sifat perangsangan (stimulant), sifat pelepasan gas (carminative) dan yang ditetapkan (prescribed) sebagai sedatif sejenis ubat penenang saraf dan tonik. Bijinya merangsang, sebagai tonik yang menghangatkan (cordial tonic), (carminative diuretic), sebagai agen melancarkan haid (emmenogauge), dan digunakan dalam masalah paru-paru (bronchitis).
Rebusannya merupakan ubat isi rumah yang popular untuk reumatisme dan dikatakan berguna juga pada masalah hati dan limpa. Bijinya menunjukkan kesan ketenangan keatas haiwan kajian yang mencadangkan kepelbagaian kegunaan rawatan psikiatri, penyakit-penyakit seperti epilepsi; ia ditetapkan sebagai rebusan atau sebagai ekstrak cecair. Minyak lemak daripada biji digunakan dalam persediaan ubat-ubatan sebagai perangsang antispasmodic dan saraf.
Akar pokok saderi dikaitkan dengan sifat diuretik; ia ditetapkan dalam rawatan membengkak berair (anasarca) dan kesakitan perut (colic).
Kesan Farmakologi
Minyak pati yang diperolehi dari bijinya menunjukkan kandungan aktiviti ketenangan (tranquilizing) dan anti-menggeletar (anti-convulsant). Ia juga menunjukkan aktiviti tekanan (depressant) sederhana terhadap tikus. Minyaknya menunjukkan aktiviti anti-kulat yang ketara terhadap beberapa jenis kulat.
Minyak biji saderi adalah salah satu agen perisa yang paling berharga dan digunakan dengan meluas untuk memberi rasa panas, aroma dan cita rasa untuk sos masakan dan produk pemakanan yang pelbagai jenis seperti sup dan daging dalam tin. Minyak pati dan minyak campuran (oleoresin) yang digunakan sebagai pelapis gambar (fixative) dan sebagai ramuan minyak wangi dan arak (liqueurs).
a) detoksifikasi badan
b) penglihatan (eyesight)
c) membersihkan darah
d) arthritis
e) membersihkan buah pinggang
f) jangkitan pundi kencing
g) diuretic
h) sakit reumatik
i) melangsingkan dan penurunan berat badan
j) merendahkan tekanan darah
k) Daunnya diramas dijadikan shampoo untuk melebatkan rambut
l) Daunnya dibuat jus sebagai minuman kesihatan
m) Sebagai rawatan kecantikan seperti mengurangkan muka berminyak, meyuburkan rambut, membersihkan kotoran enamel gigi
Cara pengambilan:
Untuk kanak-kanak: Doktor dan pakar herba tidak mencadangkan penggunaan biji saderi untuk mana-mana penyakit kanak-kanak, tidak ada kajian keberkesanan atau kesan-kesan sampingan jika digunakan pada kanak-kanak.
Untuk kanak-kanak: Doktor dan pakar herba tidak mencadangkan penggunaan biji saderi untuk mana-mana penyakit kanak-kanak, tidak ada kajian keberkesanan atau kesan-kesan sampingan jika digunakan pada kanak-kanak.
Untuk Orang Dewasa: Untuk ekstrak Habbatus saderi, sukatan biasa bagi orang dewasa adalah ¼ ke ½ sudu teh tiga kali setiap hari, atau mengikut arahan doktor anda. Ekstrak Habbatus Saderi perlu diambil pada waktu makan, bersama banyak cecair, seperti jus atau air.
Sukatan (Dos) normal yang disyorkan untuk kapsul minyak Habbatus saderi atau Biji tablet saderi mana-mana dari satu hingga dua tablet atau kapsul, diambil tiga kali setiap hari. Walaupun ini adalah dos yang biasa, anda perlu mengikut arahan doktor anda.
Biji saderi keseluruhan boleh dibancuh (be brewed) ke dalam teh. Air mendidih atau yang sangat panas, dicurahkan kedalam 1-3 gram serbuk biji, dan dibiarkan selama 10-20 minit. Bagi tujuan perubatan, pengguna boleh meminum tiga cawan teh sehari, atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan atau pakar herba.
Biji saderi keseluruhan boleh dibancuh (be brewed) ke dalam teh. Air mendidih atau yang sangat panas, dicurahkan kedalam 1-3 gram serbuk biji, dan dibiarkan selama 10-20 minit. Bagi tujuan perubatan, pengguna boleh meminum tiga cawan teh sehari, atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan atau pakar herba.
Anda boleh memaniskan minuman kesihatan anda dengan madu, jika anda menghendaki yang sedemikian, dan sedikit jus lemon segar juga boleh meningkatkan rasa..
Langkah Berjaga-Jaga:
Walaupun herba merupakan bahan semulajadi dan kebiasaannya memiliki kesan sampingan yang amat rendah daripada ubat-ubatan farmaseutikal, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil apabila menggunakannya. Herba mempunyai bahan yang berpotensi mendatangkan kesan sampingan, dan yang boleh berinteraksi dengan bahan-bahan yang terdapat dalam herba-herba yang lain atau ubat-ubatan tertentu.
Walaupun herba merupakan bahan semulajadi dan kebiasaannya memiliki kesan sampingan yang amat rendah daripada ubat-ubatan farmaseutikal, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil apabila menggunakannya. Herba mempunyai bahan yang berpotensi mendatangkan kesan sampingan, dan yang boleh berinteraksi dengan bahan-bahan yang terdapat dalam herba-herba yang lain atau ubat-ubatan tertentu.
Biji saderi boleh menyebabkan reaksi alahan kepada setengah-tengah orang, walaupun ini amat jarang berlaku. Reaksi alahan boleh termasuk ruam, kegatalan hidung dan mata, dan pada kes yang teruk, kejutan anaphylactic. Selain reaksi alahan, biji saderi juga mempunyai sifat pemekaan emosi semulajadi (photo sensitizing nature), maka orang yang mengambilnya dalam apa jua bentuk perlu mengguna pelindung matahari (sunblock) sebelum melakukan aktiviti dibawah matahari. Kemungkinan biji saderi menipiskan darah, maka ia tidak baik diambil oleh mereka yang sedang menggunakan penipis darah yang lebih kuat ia itu Warfarin. Mereka yang mengamal pengambilan ubatan diuretik farmaseutikal tidak seharusnya memakan Biji saderi. Selain ini tidak ada sebarang laporan lain melaporkan tindak balas negativf biji saderi dengan mana-mana jenis ubat-ubatan lain.
Adalah tidak dinasihatikan menggambil atau memakan biji saderi terus dari bungkusannya khusus pada benih yang di khaskan untuk ditanaman, kerana benih-benis ini dirawat dengan bahan kimia dan bukan untuk kegunaan masakkan. Biji saderi terdiri daripada Asid linoleik, minyak meruap, coumarins, flavonoid, dan bahan-bahan lain.
Disebabkan nilai diuretik dan sifat sifat lain, tidak semua orang digalakkan menggunakan Biji saderi, harus mendapat nasihat pakar terlebih dahulu. Ini termasuk wanita hamil, dan mereka yang berpenyakit buah pinggang yang aktif, seperti keradangan ginjal.
Rendaman (Infusion) Serbuk Saderi
Untuk menyediakan rendaman (infusion);
1) Empat sudu serbuk saderi dimasukkan ke dalam 1 liter air didihan, kemudian di tapis dan diminum 1 cawan sehari untuk merawat suara serak, gas usus atau untuk mendapat sifat julap / diuretiknya.
2) Rendaman yang disediakan dari didihan dua sudu serbuk saderi dapat merangsang sistem saraf pusat. Infusi ini diambil setiap hari dalam jumlah yang kecil.
3) Jika satu sudu serbuk di masukkan kedalam satu gelas air dan dibiarkan sehingga ia kembang dan diambil sebelum setiap waktu makan dapat merawat gangguan selera (anorexia). Infusi ini perlu diperbaharui setiap hari.
v Hanya menggunakan bahan herba jika anda yakin 100% bahawa ia benar-benar adalah herba yang dimaksudkan.
v Jika anda sakit atau mempunyai sebarang masalah kesihatan, berunding dengan pengamal kesihatan anda.
v Jangan minum rendaman yang sama berterusan. Penggunaan maksimum adalah selama 10 hari, kemudian hentikan untuk 5 hari berikutnya sebelum disambung semula.
v Hanya minum satu cawan rendaman herba setiap hari, kecuali semasa tempoh amat memerlukan (akut) - seperti apabila anda mempunyai demam atau selsema, kemudian anda boleh mempunyai tiga kali sehari, tetapi untuk maksimum 4 hari.
v Apabila anda menggunakan ubat rawatan herba, ketahui bahawa ia boleh menjadi sangat berkesan, dan jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan apabila mengambilnya, hentikan dengan serta-merta dan runding dengan pengamal kesihatan anda dengan segera.
Rebusan (Decoct) Saderi
Dua puluh lima (25)gram saderi direbus dalam 1 liter air, cukup bagi menyediakan satu campuran. Rebusan ini di ambil dalam kuantiti yang kecil amat berguna untuk penyakit sendi, batuk dan suara serak. Rebusan yang lebih pekat (yang mengandungi antara 30 dan 40 gram akar saderi dalam 1 liter air) mempunyai kesan meningkat kekerapan buang air kecik(diuretic) dan kesan membuang kekotoran (depurative), merawat penghadaman perlahan, obesiti, gout, reumatisme.
Jus saderi
Jus saderi cemerlang dalam merawat reumatisme, alahan (allergies), masalah perut, menyingkirkan toksik, merangsang penghadaman dan selera makanan, melaraskan fungsi seksual (merawat kedinginan seks dan mati pucuk). Sukatan (Dos) yang ideal untuk diambil ialah 3 gelas sehari.
Amaran
Untuk wanita hamil pengambilan saderi perlu dibuat dalam kuantiti yang sangat kecil. Saderi boleh menyebabkan reaksi pada kes yang sangat jarang berlaku, alahan terhadap sesetengah individu (kes yang berlaku di Eropah Tengah.
Kimia / Chemistry
Polyacetylenes boleh dijumpai dalam sayur-sayuran Apiaceae seperti saderi di mana ia menunjukkan aktiviti sitotoksik (cytotoxic).
Kandungan Pembentukan Kimia dalan Saderi Segar, terdapat 20 persenyawaan yang didapat dan dikenal pasti seperti;
i) falcariondiol (1),
ii) (9Z) 1,9-heptadecadiene-4,6-diyne-3,8,11-triol (2),
iii) oplopandiol (3),
iv) bergapten (4),
v) 5,8-dimethoxy psoralen (5),
vi) isofraxidin (6),
vii) eugenic acid (7),
viii) trans-ferulic acid (8),
ix) trans-cinnamic acid (9),
x) p-hydroxyphenylethanol ferulate (10),
xi) caffeoylquinic acid (11),
xii) 5-p-trans-coumaroylquinic acid (12),
xiii) sedanolide (13),
xiv) lunularin (14),
xv) lunularic acid (15),
xvi) 2-(3-methoxy-4-hydroxyphenol)-propane-1,3-diol (16),
xvii) D-allitol (17),
xviii) beta-sitosterol (18),
xix) benzolic acid (19),
xx) succinic acid (20).
Senyawa aktif:
Flavonoid (Apigenin, apiin, isoquercitrin), kaumarin (apigravin, apiumetin, bergapten, celerin, celereoside, isoimperatorin, isopimpinellin, osthenol, rutaretin, seselin, umbelliferon, 8-hydroxy-5-methoxypsoralen), minyak asiri (limonene, selenine, santalol, α-eudesmol, 3-α-butyl phthalide, sedanenolide).
Bukti Ilmiah
Saderi digunakan dalam diet untuk mengurangkan berat badan, di mana ia menyediakan serat sebahagian besar diet rendah kalori. Saderi sering dikatakan menjadi "makanan kalori negatif" yang berdasarkan andaian bahawa ia mengandungi kurang kalori daripada yang diperlukan untuk mencerna; Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak mempunyai merit saintifik
Antihipertensi: Saderi terbukti berhasil menurunkan tekanan darah tinggi kerana aktivitinya sebagai calcium antagonis yang berpengaruh pada tekanan darah. Ini bermakna senyawa aktif dalam saderi berkerja pada reseptor pembuluh darah yang hasil akhirnya memberi kesan ketenangan dan santai. Pada pesakit hipertensi saat tekanan darah naik maka pembuluh darah akan menegang. Padahal normalnya hanya berdenyut sahaja. Kerana ia memberi kesan ketenangan, pengambilan saderi mengurangi ketegangan pada pembuluh darah.
Antibakteri: Minyak biji saderi mampu mengatasi serangkaian bakteria seperti Streptococcus faecalis, Bacillus pumilus, salmonella typhi, pseudomonas solanacearum, Staphyllococcus typhi, Staphyllococcus albus. Senyawa yang dianggap berperanan aktif dalam aktiviti ini ialah phthalide.
Anti-radang: Ekstrak daun saderi menunjukkan kesan anti-inflamasi pada tikus yang dijadikan edema
Resipi
Hipertensi
Sediakan 20 batang saderi, apium graveolens cuci bersih. Masukkan dalam panic bersama 2 gelas air. Rebus hingga tersisa ¾ nya. Angkat dinginkan lalu minum 2 kali sehari bersama hampasnya.
Penyubur Rambut
Sebanyak 10-15 tangkai saderi Apium graveolens dicuci, lalu hiris halus. Setelah diramas, calitkan tumbuhan saderi kekulit kepala dan rambut. Lakukan urutan ringan. Kemudian balut kepala dengan serkup kepala. Biarkan selama kurang lebih ½ jam. Setelah itu bilas hingga bersih. Lakukan secara teratur beberapa kali seminggu
Reumatik
Batang dan daun saderi, apium graveolens dicuci sebanyak 1-2 genggam. Cuci bersih, potong kecil kecil lalu direbus dalam 2 gelas air sehingga tersisa 1 gelas. Angkat dinginkan lalu tapis. Minum sekaligus hingga habis. Selain itu gunakan saderi sebagai ulaman.
Wajah berminyak
Sediakan 3 batang saderi apium graceolens. Cuci bersih kemudian iris kecil kecil, masukkan kedalam peti ais. Menjelang waktu tidur malam sapukan pati sari saderi kewajah yang sudah bersih. Setelah kering baru bilas muka hingga bersih. Lakukan dengan teratur.
Saderi, mentah
Nilai pemakanan bagi setiap 100 g (3.5 oz)
Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi
Pencarian berakhir di Nabana No Sato... jumpa juga dengan pokok daun sup! Memang setiap kali pergi home centre (di sini home centre menjual semua jenis barangan keperluan rumah termasuk pokok bunga, benih, pasu, tanah segala bagai) akan jenguk cari pokok daun sup tapi tak ada, biasanya pokok saderi yang banyak.
Punyalah belek setiap ceruk kedai yang ada kat situ, dengan misi mencari daun sup! E-na jumpa ni pun dah di letak kat bahagian pokok2 yang menunggu masa je nak menghabiskan riwayatnya. Ada 3 pokok je, daun dah kekuningan dan tanah pun dah kering....kesian...terus cakap dgn pokok tu "takpe nanti ikut E-na balik kita duduk dalam bekas besar sikit dan minum puas-puas ye, biar cepat sihat dan hidup subur!"
E-na beli 2 pokok..on the way back rasa kesian pulak pada pokok yang satu lagi tu., huhuuuu..kalau ambik je semua pun ok...68yen je sepokok!
Setelah hampir 2 weeks di belai, nampaknya daun sup dah bertambah hijau dan segar. Yang E-na tau daun sup atau saderi ni ada 3 jenis. Pertama yang jenis daun dan batangnya sedap di makan. Di malaysia kita panggil daun sup. Kedua yang batangnya sahaja sesuai di makan iaitu saderi dan yang ketiga jenis yang ubinya yang sesuai di makan...errmmm nama dah lupa, nak tahu minta tolong mr. google cari ye...
TIPS : Menanam dan Menjaga Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi
- Rendam di dalam air selama 1 hari. Potong 1-2 inci batangnya dari pangkal pokok. Tanam di tempat yang redup dan selalu basahkan tanahnya biar lembab.
- AWAS jangan terlebih air nanti batangnya mudah lembik!
- Bila sudah hidup alihkan ke tempat yang ada pancaran matahari / panas.
- Bila nak guna ambil setakat mana yang nak guna sahaja, jangan di cabut semua ye.
- Lebih elok ambil daun yang lama dahulu dan biarkan daun baru di pokok supaya terus segar...
UPDATE 16.06.2010
> Khasiat daun saderi boleh menurunkan paras TEKANAN DARAH.
Posted by herba & tumbuhan
No comments:
Post a Comment