Tuesday, 2 October 2012

Kerteh Jana RM20.4b Menjelang 2020, 2,500


Kompleks Biopenapisan Di Kerteh Jana RM20.4b Menjelang 2020, 2,500 Pekerjaan

"...apabila siap kelak, kompleks itu mampu menarik kemasukan lebih banyak teknologi produk bio ke negeri ini sekali gus memberi manfaat kepada penduduk tempatan dari segi ekonomi....Keseluruhan projek tersebut dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) kumulatif sebanyak RM20.4 bilion menjelang 2020 di samping mencipta 2,500 pekerjaan 'hijau' di Malaysia."
 - Datuk Seri Ahmad Said

Bagi kebanyakan rakyat Terengganu, mereka biasa mendengar dan mengenali pokok Petai Belalang dan Akasia.

Namun kedua jenis pokok itu ketika ini mungkin terbiar atau dibiarkan begitu sahaja. Namun dalam tempoh beberapa tahun akan datang pokok Petai Belalang atau nama saintifiknya Leucaena leucocephala dan Akasia atau Acacia Mangium akan menjadi tanaman penting bertaraf komersil di Terengganu.

Ini kerana kedua-duanya akan digunakan sebagai bahan mentah yang diperlukan di Kompleks Biopenapisan yang bakal dibangunkan di Taman Polimer, Kertih yang dijangka mampu menjana perolehan sebanyak RM1 trilion.

Ini bukan ‘mimpi Pak Belalang’ tetapi realiti yang jangan sembarangan diperlecehkan kerana kompleks biopenapisan terbesar Asia menjelang 2014 akan dibangunkan di negeri ini. Ia berkat kerjasama strategik antara kerajaan negeri Terengganu, Malaysian Biotechnology Corp Sdn Bhd (BiotechCorp) dan Majlis Pembangunan wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Majlis menandatangani dokumen kerjasama bagi pembangunan Kompleks Biopenapisan antara kerajaan negeri Terengganu dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) di Kuala Terengganu berlangsung Rabu (13 Jun 2012) lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan kerajaan negeri akan menanam pokok berkenaan bulan depan sebagai percubaan untuk melihat keberhasilannya.

Sebagai persediaaan, sejumlah 30,000 hektar tanah telah disediakan untuk pembangunan ladang pokok Petai Belalang yang akan menghasilkan 1.5 juta tan metrik cip kayu setiap tahun daripada pokok berkenaan.
 
Dan sekiranya projek itu berjaya dan menguntungkan, Kerajaan Negeri akan sarankan petani di negeri ini menanam pokok berkenaan dengan menyediakan tanah untuk mereka antara tiga hingga lima hektar seorang.

Kerajaan Negeri akan mengalakkan petani di negeri ini menanam pokok-pokok berkenaan kerana Kompleks Biopenapisan terbesar di Asia ini memerlukan bahan mentah berkenaan yang banyak untuk menghasilkan produk-produk terbitan bio (bioderivatif) seperti karbohidrat lanjutan, biokimia, biobahan, biobaja dan ramuan suapan aktif.


Kerajaan Terengganu tidak mahu tunggu lama untuk merealisasikan kompleks biopenapisan terbesar di Asia itu di kawasan seluas 1,000 hektar itu apabila pembinaannya akan mula dibina bulan depan dan dijangka siap dan beroperasi pada 2014.

Dibangunkan oleh ECERDC, kos prasarana kompleks tersebut yang terletak di Taman Biopolimer Kertih dianggarkan RM170 juta. Taman Biopolimer Kertih ini merupakan antara projek utama Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ) yang menawarkan peluang pelaburan dan sinergi yang meluas kepada peserta industri bioteknologi.

Kejayaan Kerajaan Negeri menempatkan projek ini yang menjadi projek mercu tanda utama dan yang pertama di Malaysia menggunakan bahan mentah cellulosic untuk menghasilkan bioderivatif seperti karbohidrat, biokimia, biomaterial, biobaja dan ramuan makanan haiwan yang aktif pastinya akan merancakkan lagi industri bioteknologi di negara ini.

Kedudukannya yang berhampiran dengan Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih milik Petronas membolehkan pembekalan produk secara bersilang antara kedua-dua kompleks yang pada masa sama menawarkan ekonomi yang menguntungkan bagi pembekalan utiliti dan logistik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BiotechCorp Datuk Mohd Nazlee Kamal menjangkakan projek itu menjana pendapatan negara kasar terkumpul RM20.4 bilion menjelang 2020 dengan pengeluaran 800,000 tan metrik bioderivatif setahun.

Bagi Kerajaan Negeri, projek ini bukan sahaja semakin melengkapkan Terengganu sebagai salah sebuah negeri maju menjelang 2020 tetapi ia turut menyediakan 2,500 peluang pekerjaan baharu bagi negeri ini.

Dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah RM6.8 bilion, kompleks yang terletak di kawasan seluas 1,000 hektar di taman itu dijangka akan diduduki oleh lapan penggiat industri bioteknologi perindustrian menjelang 2015.

Bagi Menteri Besar, keyakinan pelabur terhadap keupayaan Terengganu sebagai destinasi pelaburan unggul, dinamik dan kompetitif membuktikan negeri ini mampu bersaing di peringkat global.

Ini kerana Taman Biopolimer kini berjaya menarik kedatangan pelabur besar seperti Hi-Essence Cable Sdn Bhd, MIE Copper Sdn Bhd dan CJ Arkema, masing-masing dengan pelaburan berjumlah melebihi RM2 bilion.

Projek ini pastinya akan menguntungkan semua pihak dan lebih membanggakan, terdapat beberapa syarikat lagi, termasuk dari Eropah dan Amerika Syarikat turut menyatakan minat untuk melabur di lokasi sama.

Bagi Ahmad Said, perkembangan positif itu mampu menjadikan Taman Biopolimer sebagai hab industri bioteknologi di peringkat antarabangsa serta menaikkan imej Terengganu di mata dunia.

Penubuhan kompleks ini tentunya sesuatu yang ideal bagi menarik kemasukan lebih banyak teknologi produk bio ke negeri ini dan secara tidak langsung mampu memberi manfaat dan menjana pendapatan.

Yang paling penting ia akan menyediakan peluang pekerajaan dan penghasilan pertanian yang besar untuk rakyat Terengganu.

Monday, 1 October 2012

Menuntut Ilmu Ketuhanan Yang Tulen






Figure: Tanda terbesar kebesaran Allah adalah Al Quran , yakni kalamNYA yg tersurat dan tersirat. Kalam Allah swt tiada berhuruf dan bersuara.


Bismillahirahmanirrahim,

Salam dan selawat kepada junjungan Nabi saw dan Ahlul bait dan keturunan yang suci dan dikasihi, Para Sahabat Radiyallahuanhum yang setia dalam perjuangan, serta rahmat Allah swt keatas seluruh umat muslimin muslimat, dan mukminin mukminat.


Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang membicarakan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai Ilmu Tauhid, (ilmu mengesakan Allah ) Ilmu Usuluddin (Ilmu Dasar Agama) , ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ilmu Kalam, (Ilmu Permahasan) ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebnaran) ,Ilmu Tahkik (Ilmu Penetap), Ilmu Aqa'id (Ilmu Simpulan Iman)dan sebagainya.
Figure: Menuntut ilmu ketuhanan itu hukumnya wajib, termasuk di dalam ilmu fardhu ain 

Orang-orang awam sering kali terkeliru apabila menyebut Ilmu Makrifat sebagai ilmu yang sudah terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh mereka-mereka yang di tahap awam. Pendapat itu salah. Sebab hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah.


Ilmu Makrifat ditahap fardhu ain membicarakan sifat-sifat yg wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala serta sifat-sifat yg wajib , yang mustahil dan yang harus bagi Rasul. Ilmu Makrifat di tahap fardhu kifayah termasuklah pembahasan ilmu kalam yang dapat menghujjah kaum-kaum ahli bid'ah dan golongan-golongan atheis dan penentang ilmu ketuhanan. Ilmu Makrifat di tahap para-para Sufi dan Aulia'-Aulia' Allah ianya mengesakan Allah Ta'ala dalam fana baqobillah. Maka perlu diketahui had-had ilmu itu dan dituntut secara berperingkat-peringkat menurut kadar kemampuan seseorang. Allah swt tidak membebankan hambaNYA dengan perkara-perkara yang kita tidak berkemampuan. 


Ilmu Makrifatullah adalah intipati dari kalimah Laailahailallah. Pengajian sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu usul , feqah dan tasawuf. Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia. Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia , berilmu tanpa amal juga sia-sia.

"Awwaluddin Makrifatullah" , Ahli hadis tidak menyebutnya sbg hadis sohih akan tetapi Imam Ali as pernah menyebut kata-kata ini di dalam ucapannya yg terkumpul dalam "Nahjul Balaghah". Walau apa pun itu lah isyarat paling penting di mana permulaan daripada mempelajari agama adalah dengan mengenal Allah Ta'ala. Pengenalan kepada Allah Ta'ala adalah berbeza-beza mengikut tingkatan kefahaman masing-masing. Kita tidak boleh menyamakan kefahaman orang awam dengan kefahaman para nabi dan para wali.

Mempelajari ilmu Tauhid ini termasuk di dalam ilmu fardhu ain di samping ilmu feqah dan tasawuf. Setelah selesai mempelajari ilmu ini baru disusuli dengan ilmu-ilmu yang lain. Inilah kaedah yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf maupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi semacam ini sudah ada dari masa Rasulullah, sebagaimana dikatakan sahabat Ibn 'Umar dan sahabat Jundub:

“Kami -selagi remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah keimanan kami". (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri).


Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama, apakah mungkin kita membawa kehidupan beragama tanpa mengenal Allah? Akan tetapi kita telah lupa akan pesanan Nabi dan Imam Ali as yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah orang-orang kebanyakan sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.
Figure: Bolehkah wujud bayang tanpa empunya bayang-bayang ? 

Orang awam yang belum mencapai tahap wali seringkali membuat kesilapan besar mengambil kata-kata dan kalam-kalam sufi perihal Ketuhanan. Apabila bahasa-bahasa sufi ini difahami secara zahir dan cara kefahaman awam maka seringkali berlaku kesalahan fahaman yg bahaya dari segi aqidah.

Ajaran Wahdatul ujud atau dikenali di Nusantara sebagai martabat 7 bukan mudah untuk difahami secara baca kitab atau mengaji ilmu hakikat. Martabat 7 adalah sebenarnya intipati rasa atau zauk para wali di tahap tertinggi dan hakikatnya adalah berbeza dan bukan sperti yang difahami dengan melalui tulisan dan kata-kata . Jadi tak perlu aku menerangkan apa itu Martabat 7 di sini sebab tak siapa dapat memahaminya kecuali sudah merasainya.

Mereka yang tidak memahami wahdatul ujud akan menolak bulat-bulat kononnya tidak ada nas dari Al quran. sedangkan mereka lupa tentang ilmu laduni dan ilmu mukasyaffah yang diterangkan kewujudannya di dalam Al Quran. Tidakkan mereka mengambil iktibar dari kisah Musa as dan nabi allah Khidir as ??? Maka janganlah kita ikuti dakyah mereka-mereka yg jahil murakkab ini , yakni berhimpun dua jahil, jahil akan dirinya dan jahil akan tuhannya.

Sedih sekali mereka-mereka yang belajar ilmu hakikat merasakan yang mereka sudah memahami sedangkan pepatah sufi mengatakan " Lam ya zuuk , wa lam ya'rif" Barangsiapa tidak merasai zauk tidak akan mengetahunya. Itu isyarat dari para sufi dan wali Allah kenapa tidak kita pegang. Banyak guru yang belum sampai ke maqam tersebut cuba mengajar anak muridnya , kalau seorang guru yang arifbillah dia tahu had pembelajaran yang sepatutnya
 diberikepada anak muridnya. Tapi ini bukan alasan buat kamu untuk menolak mencari guru !!!!
Figure: Selain dari Allah adalah Alam 

Komen aku ini mungkin menyentuh hati sesiapa yang berkenaan tetapi ini lah realiti yang sedang berlaku kepada perguruan-perguruan yang ujud di zaman sekarang, tidak di zaman dahulu. Setiap kali matinya orang alim setiap kalilah ilmu itu diangkat sedikit-demi sedikit sehiggalah ada guru yang mengajar tak faham , murid-murid lagilah tak faham. Kita ketandusan para-para alim yang mahir di dalam bidang ilmu ketuhanan ini dan kita ibarat si buta kehilangan tongkat. Walau bagaimana pun masih terdapat guru-guru mursyid dalam bidang ini dalam bilangan yang sedikit dan mereka bukan golongan yang suka menonjolkan diri. Hanya jauhari yang dapat mengenak manikam.Carilah mereka dan kamu akan mendapatkannya dan jangan mempersia-siakan mereka.


Figure: Seandainya kamu dijemput oelh Si Raja ke Istananya adakah kamu akan menolak pelawaannya, kenapa Mesjid yakni Rumah Allah diabaikan manusia? Qalbu mukminin Baitullah. jangan dibiarkan Qalbu mu kosong tanpa di isi dengan zikrullah. 

Yang sebenar-benar tuhan itu adalah Zat Laisakamishlihi syaiun. Maka untuk mengenal zat Allah Ta'ala ialah dengan kita mengenal sifatNYA melaui jalan sifat, yakni sifat bagi Zat Allah Ta'ala. Sifat itu adalah Sifat bagi Zat Allah Ta'ala yang berdiri bagi Zat , tidak bercerai dengan ZatNya.

Alam yang baharu ini sebagai tanda dan dalil wujudnya Zat Allah Ta'ala. Zat itu tidak boleh dikaji sebab aqal kita terbatas dan tidak mampu untuk mengkaji Zat , sebab itu hanya kajian Zat diharamkan dan dilarang keras oleh Nabi saw. Kajian Sifat tidak dilarang oleh Nabi saw maka mengapa kita pula yang melarang orang-orang yang mahu mengenal Allah. Buktinya terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan tentang sifat bagi Zat Allah swt. 


Peringkat-peringkat mengenal Allah itu berbeza-beza menurut tahap seseorang . Ada yang dapat mengenal Allah Ta'ala dengan aqal semata-mata bagi orang awam. Dan ada yang dapat mengenal Allah dengan hati, jiwa, perasaan , ruh, dan sirr. Peringkat tertinggi adalah bagi Nabi saw diikuti oleh para2 Aulia' Allah sepertimana kisah , Zunnun al Misri rth. pernah ditanya tentang bagaimana memperoleh makrifat itu, beliau berkata :” ariftu rabbi bi rabbi” yang artinya aku mengenal Tuhanku dengan Tuhan. Karena mengenal Allah tidak akan bisa dengan logik dan akal, melainkan dengan hati sanubari yang bersih dan selalu diisi dengan Ismul 'Adzham (Asma' Agung Allah Ta'ala)

Beliau mengatakan bahwa akhlak seorang arif billah adalah Allah Ta'ala dan orang yang arif billah akan bersifat seperti Akhlak Allah Ta'ala dan selalu menjaga perilakunya agar tidak terjebak dalam kenistaan dunia yang menghanyutkan dan menghinakan orang yang dekat kepada Allah. Jangan salah faham kenyatan ini sebab Nabi saw apabila ditanya kepada Saydatina Ummul Mukminin tentang akhlak Nabi saw , Aisyah ra menjawab , " Akhlak Nabi saw adalah Al Quran" . Maksud nya di sini mempunyai makna yang sama dengan Akhlak Allah kerana Al Quran itu Kalamullah.

Golongan anti tasawwuf yang tidak mengerti akan senang wenang menuduh kaum sufi sesat , sebenarnya mereka yang tidak faham.
 Kalau mereka mengkaji kitab-kitab tauhid dan tasawwuf pun mereka tidak akan faham kerana hati mereka telah dibutakan oleh Allah swt. nauzubillahiminzaalik.


Makna "Ariftu Rabbi bi Rabbi" itu "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku" ialah mengenal Allah Ta'ala dengan pengenalan terus daripada Allah Ta'ala yakni dengan ilmu Allah. Ta'ala. Saat paling sempurna semasa hayat Nabi mengenal Allah Ta'ala adalah semata mikraj Nabi saw. Dan saat paling sempurna baginya adalah sejak azali awal kejadian Hakikat Muhammadiah dan juga selepas wafat Nabi saw. Ia adalah satu pusingan makrifat yang sempurna dari awal hingga ke akhir hayat Nabi saw. Nabi telah menyempurnakan pusingan makrifatnya dengan Allah Ta'ala secara mantap berdasarkan ayat "Innalillahi wainna ilahirojiunn"
. Makna ini aku sesuaikan dengan kefahaman orang awam. Makna hakikinya hanya mereka yang mengalaminya yang akan memahaminya.

Apakah kita telah menyempurnakan pusingan makrifat kita dengan Allah Ta'ala ? Tanyalah diri masing-masing dan kamu tentu sudah tahu jawapan nya di mana kedudukan kamu. di sisi Allah Ta'ala. Adakah ilmu yang aku bicarakan ini sesat ??? Atau manusia kebanyakkan yang telah jauh tersesat dari landasan makrifatullah . Atau adalah manusia takut untuk mengenal Allah Ta'ala kerana tidak sanggup berjumpa dengan Allah membawa segunung dosa dan melupakan perjanjian dengan Allah di alam Nur dan alam Ruh?
Figure: Kita memandang kebesaran Allah swt. dari sudut pandangan yang berbeza-beza , apa yang kita nampak itulah yang kita faham. Kita keliru bila berbeza-beza pandangan sesama kita.
Figure: Apabila kita memandang kebesaran Allah swt dari sudut pandangan yang lain pula, apa yang kita nampak tetap kebesaranNYA tiada yang lain.
Figure: Memandang kebesaran Allah swt dari sudut pandangan yang lebih luas akan meluaskan akal dan pemikiran kita. 

Kalau kamu ingin tahu bagaimana ajaran tauhid yang tulen dan benar kembalilah kepada Allah Ta'ala dengan melalui jalan dan kaedah pengajian orang 2 yang terdahulu. Bacalah kisah Aulia' dan solefussolhin tentang keesaan Tauhid semuanya sangat jelas di dalam Ar Risalah Al Qusyairiah dan didalam Kitab-Kitab Usul dan Tassawuf Muntahi yang muktabar. Tidak ada yang terlepas dari ikatan Al Quran dan Sunnah rasul saw. Cuma manusia kebanyakan yang sengaja berlepas dari ikatan ini. dan tidak mencari sanad ilmu ketuhanan

Maka barangsiapa yang tidak menurut jalan Allah dan Rasul serta orang2 soleh adalah mustahil dapat menemui jalan tauhid ini. Ini lah siratul mustaqim yakni jalan makrifatullah , jalan yang lurus meluruskan kita kepada makrifatulah. Awaluddin makrifatullah, akhir agama dengan kalimah Laailahaillallah . Apakah kita mampu untuk mengucapkannya????
 Waktu kita hidup di dunia ini cuma di antara waktu azan serta iqamah dan menunggu waktu disembahyangkan. 

Figure: Jangan biarkan pohon tauhid anda umpama pohon yang sudah kering dan tidak berbuah. 

Figure: Mampukah anda menyelamatkan pohon tauhid anda diwaktu puting beliung sakratul maut melanda ???
Berusahalah mencari guru-guru ilmu tauhid dan mendalami selagi nyawa dikandung badan. Semoga anda semua mendapat menafaat dari perbincangan yang sedikit ini , insyaallah. Mohonlah petunjuk dari Allah Swt , diperlihatkan jalan untuk menghampirinya. Amin

Kenapa Kita Perlu Bersenam?


Kenapa Kita Perlu Bersenam?

Image di atas diambil dari: Medimanage.com

Selalu kita dengar di tv dan di surat khabar mewarwarkan senaman sebagai gaya hidup sihat yang digalakkan oleh kerajaan dan institusi kesihatan. Tapi, betul ke kita faham kepentingan bersenam kepada diri kita? sesetengah orang berpendapat bahawa melakukan senaman tidak penting apabila berat badan unggul telah diperoleh, namun adakah ini betul?


Sebagaimana yang telah kita ketahui, orang ramai pada hari ini semakin sibuk dengan aktiviti harian mereka yang begitu mendatangkan tekanan (stres). Stres menyebabkan badan kita bertindakbalas meningkatkan kandungan gula dan lemak dalam darah, seterusnya menyebabkan banyak kesan negatif. Tekanan yang dialami pada masa yang singkat boleh mengakibatkan sakit kepala dan otot terutamanya di bahagian leher. Oleh sebab itu, kita merasa kekejangan otot di bahagian leher apabila berasa terlalu tertekan. Tekanan yang berpanjangan pula boleh menyebabkan banyak kesan kepada seseorang antaranya ialah kecenderungan kepada cirit birit yang berulang, aterosklerosis (pengerasan dinding salur darah), bertambah atau berkurangya selera makan, dan hipertension (darah tinggi). Masalah masalah ini berupaya mendatangkan penyakit lain yang lebih serius seperti sakit jantung, ischemia (kurang pengaliran darah di bahagian bahagian tertentu pada badan), dan aneurysma (salur darah mengembang dan berkemungkinan untuk pecah meletup menyebabkan pendarahan dalaman).



Image di atas diambil dari: i.telegraph.co.uk


Pada zaman dulu, manusia menggunakan tulang empat kerat mereka untuk menghadapi situasi stres seperti dikejar harimau, atau kekurangan makanan. Tapi pada hari ini lain, kebanyakan situasi stres yang dialami masyarakat tidak memerlukan aktiviti fizikal sebagai gerak balas. Misalnya, seorang pekerja kilang selalu dimarahi majikannya, namun dia tidak boleh menggunakan fizikalnya untuk menghadapi situasi stres yang dialaminya, sebaliknya dia di-expect untuk bersabar dan berdiam, bukan macam zaman dulu dulu, apabila orang dimarahi, mudah sahaja mereka bertumbuk dan bergaduh. Disebabkan stres pada masyarakat kita pada hari ini tidak dapat disalurkan kepada aktiviti fizikal, ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan.


gambar diatas dambil dari: blog.80millionmoviesfree.com


Bersenam dapat mengurangkan  kesan kesan stres terhadap badan apabila badan diarahkan untuk menggunakan gula dan lemak yang telah disediakan oleh badan untuk menghadapi situasi stres. Degan aktiviti senaman yang dilakukan, kita boleh mengurangkan kandungan gula dan lemak larut dalam darah seterusnya mengelakkan enapan lemak dan kolesterol dalam salur darah. Aterosklerosis (dinding salur darah yang mengeras dan tersumbat) dapat dielakkan dengan cara ini.


Bersukan juga berupaya menjadikan individu periang dan ceria sepanjang hari. Apakah??


Dengan bersukan, badan akan menghasilkan sejenis 'precursor hormone' sejenis protein dalam darah yang bernama preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin, sejenis molekul yang bertindak sebagai bahan yang membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti senaman. Sebab itu lah, kita dapat merasakan keceriaan berpanjangan apabila kita melakukan senaman secara konsisten. Cuba tengok kawan kawan kita yang banyak sukan tu, happy jek sepanjang masa betul tak?


Ceria sepanjang hari

image dari: www.credit-aid.com

Selain itu, terdedah di bawah cahaya matahari dapat merangsang sejenis reseptor di dalam mata yang mengesan cahaya ultra ungu (UV light). Reseptor ini menghantar impuls ke bahagian otak bernama suprachiasmatic nuclei, dan seterusnya ke bahagian otak yang lain. Apabila otak mengesan kewujudan cahaya ultra ungu ini, otak akan menghasilkan sejenis hormon bernama serotonin yang dapat membawa rasa gembira ke dalam minda seseorang. Kekurangan cahaya matahari yang dialami oleh banyak warga eropah terutamnya di Norway telah mangakibatkan gejala kemurungan yang amat tinggi, seterusnya meningkatkan kes bunuh diri di negara negara tersebut.



Mungkin ada orang tanya: Saya ada sakit jantung dan berat badan, baik ke bersukan ni untuk saya?


Individu yang telah sedia menghidap penyakit jantung juga mendapatkan banyak manfaat daripada aktiviti senaman. Untuk individu yang menghidap aterosklerosis, bersenam dapat meingkatkan colaterals (bertumbuhan arteri baru) ke jantung seterusnya mengurangkan kebergantungan jantung pada arteri lama yang telah tersumbat. Ini terhasil sewaktu bersukan kerana sewaktu bersukan jantung memerlukan tenaga yang lebih banyak dan aliran darah yang lebih banyak. Oleh sebab arteri yang sedia ada tidak mencukupi untuk membekalkan banyak darah, jantung mengalami hypoxia (kekurangan oksigen untuk menghasilkan tenaga). Jantung seterusnya menghasilkan hormon VEGF (vascular endothelial growth factor) yang megarahkan pertumbuhan salur darah baru ke jantung. Oleh sebab salur darah baru terbentuk, risiko mengalami infarct (tisu jantung mati kerana terputus bekalan darah) dapat dikurangkan kerana salur darah baru yang dihasilkan berjaya mengekalkan bekalan darah ke jantung.


Tapi saya rasa malas nak bersukan =P


Rasa malas nak bersukan memang susah hendak dihilangkan. Saya juga mengalami masalah yang sama. Namun setelah berfikir panjang, saya telah menemui jalannya! Dengan memulakan dengan senaman yang ringan dan sekejap namun konsisten sepanjang minggu. Contohnya dengan berjalan kaki selama 15 minit di waktu petang atau waktu lapang yang lain, atau boleh juga mengayuh basikal excercise (basikal dalam rumah) atau basikal sebenar selama perlahan lahan selama 15 minit. Setelah berjaya melakukan aktiviti ini secara konsisten, kita boleh meningkatkan intesiti senaman kita dengan berjoging atau mengayuh lebih laju

Tekanan Darah Tinggi / Hypertens


1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 

  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)

  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

2. Bacaan Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75

  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)

  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

 Kategori Sistolik Diastolik
 Normal < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 - 159 or 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 > 160 or > 100

3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif

  • Umur melebihi 35 tahun

  • Kegemukan

  • Paras kolesterol tinggi

  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga

  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok

  • Pengambilan garam yang tinggi

  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 

  • Penyakit buah pinggang

4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala

  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala

  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi


  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.

  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)

  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).

  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

  • 6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi

    Tanpa menggunakan ubatan:

    • Perlu mengubah amalan cara hidup andae

    • Amalkan permakanan sihat

    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol

    • Melakukan senaman berkala

    • Kurangkan berat badan jika berlebihan

    • Atasi tekanan secara berkesan

    • Berhenti merokok

    Kategori tekanan darah normal/optima

    • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .

    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

    Pra Hypertensi

    • Amalkan gaya hidup sihat

    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

    • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

     Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

    • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama

    • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup

    • Amalkan pemakanan sihat

      • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan

    • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur

    • Kurangkan berat badan jika berlebihan

    • Atasi tekanan secara berkesan

    • Berhenti merokok

    • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

    • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan

    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

    Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

    • Amalkan gaya hidup sihat

    • Berhenti merokok

    • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan

    • Prevent and treat complications early

    • Pengesanan komplikasi terutamanya :

      • Jantung

      • Ginjal

      • Mata

    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

     *Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM

    Tips Menurunkan Darah Tinggi


    Penyakit Darah Tinggi - merupakan salah satu penyakit yang turut berasal dari penyakit keturunan. Tapi jangan pulak kita salahkan keturunan sebab diorang pun bukannya nak ada penyakit macam tu.

    Jadi buat mereka yang ada darah tinggi, disyorkan untuk membaca panduan di bawah ini:
    • Banyak-banyakkan berehat supaya korang tak stress sebab stress boleh membuatkan darah tinggi korang naik. Tapi jangan lak berehat memanjang sampai tak nak buat kerja langsung. :)
    • Elakkan berada di tempat-tempat yang panas melampau sebab pesakit darah tinggi ni selalu pening kepala. Tapi jangan pulak mintak aircond kalau korang kerja buat bangunan. Tu nak bagi bos korang naik darah pulak. Hehe.. :p
    • Elakkan makan makanan yang boleh menaikkan potensi darah tinggi seperti durian, kopi atau makanan bergaram. Kurangkan jugak aktiviti merokok. Kalau boleh, makan la buah-buahan dan sayur-sayuran. Nak makan buah dam pun ikut suka.
    • Buang tabiat tidur terlalu lewat sebab tidur yang lewat mengurangkan masa rehat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mengurangkan kesabaran bos korang bila korang bangun lewat untuk ke tempat kerja.
    • Selalu-selalulah mendapatkan nasihat doktor dan mengmbil ubat menurunkan darah tinggi. Bukannya pergi mendapatkan nasihat member supaya kahwin lagi atas alasan hidup dah tak lama.

    Kawal Kencing Manis Sebelum Berkhatan

     

    SAYA lelaki bukan Islam berusia awal 20-an. Masalah saya ialah kulit ‘kulup’ yang menutupi kepala zakar saya tidak terbuka.
    Bagaimanapun, jika ia terbuka ia pasti terkoyak. Saya juga menghidap penyakit kencing manis yang dikesan tiga tahun lalu. Saya mahu berkhatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini tetapi takut kesan lain pula berlaku. Apa harus saya lakukan?

    LELAKI INGIN TAHU
    Kuala Lumpur





    Anda mempunyai kulit penutup kepala zakar, yang dikenali sebagai ‘foreskin’ atau ‘kulup’ sempit, yang membuatkan kepala zakar atau ‘glans penis’ anda tidak dapat keluar.

    Jika anda memaksa untuk melurutkan kepala zakar keluar dari kulup, ia pasti terkoyak. Anda sebenarnya mengalami masalah dikenali sebagai ‘Phimosis’.

    Masalah ini hanya dapat dipulihkan melalui ‘circumcision’ atau berkhatan, di mana kulit kulup kepala zakar atau ‘foreskin’ anda dipotong.

    Pembedahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor pakar dalam pembedahan ini. Sebelum anda menjalani pembedahan itu, penyakit kencing manis harus dikawal.

    Jangan khuatir. Segera berjumpa doktor yang merawat kencing manis dan minta dia rujuk kepada doktor yang boleh melakukan pembedahan berkhatan. Jika kencing manis terkawal, luka daripada pembedahan ini akan pulih dalam seminggu.

    http://www.hmetro.com.my/articles/Kawalkencingmanissebelumberkhatan/Article

    Pemeriksaan Diabetes (Kencing Manis)

    Perlukah anda menjalani pemeriksaan saringan Diabetes?

    Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:
    1. Berumur 35 tahun dan ke atas.
    2. Sejarah diabetes pada kandungan lepas
    3. Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
    4. Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
    5. Riwayat keluarga diabetes
    6. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
    7. Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
    8. Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah

    Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:

    1. Hospital dan klinik kerajaan
    2. Hospital swasta
    3. Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
    4. Makmal perubatan swasta

    Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?

    Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan.
    Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.

    Penentuan kadar glukosa dalam darah

    Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnya
    diperlukan.
    Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.

    Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?

    Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
    Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
    Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual