Tuesday 7 August 2012

Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika


Teh Misai Kucing...

Salam,

 khasiat minuman teh misai kucing. Saya ada menanam pokok ini di laman rumah dan pokoknya memang senang nak tumbuh. Paling saya suka ialah bunganya yang cantik. 



Menurut Wikipedia, Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia.  Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiaphon stamineus, Benth.

Ia merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Memang cantik pun..kalau berbunga lebat..ambik gambar, confirm macam kat oversea!

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.


Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Daunnya memang berkhasiat terutamanya untuk kaum lelaki. Sebab kaum Adam ni selalu kena batu karang. Jadi, galakkanlah suami-suami untuk minum air rebusan daun misai kucing. 


Kalau nak tanam, ambil setangkai pokok misai kucing dan cucuk di atas tanah. Siram..Insya Allah tumbuh..

Caranya...
  • Petik daun-daun misai kucing...
  • Basuh bersih-bersih dan toskan airnya
  • Keringkan daunnya di bawah sinaran mentari sampai bertukar jadi warna coklat
  • Bila kita boleh hancurkan dengan tangan itu menandakan dah pun kering
  • Masukkan air ke dalam periuk kaca / tanah..jangan guna periuk besi sebab khasiatnya akan hilang
  • Bila dah agak panas, masukkan dedaun misai kucing yang dah kering tu kemudian tunggu sampai mendidih
  • Bila dah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam cawan/mug/teko...nak lebih feel..tak payah tapis..jadi dapatlah kita gigit2 daun-daun tu..
  • Kalau nak manis tambahkan gula..tapi lagi elok tak payah sebab pahit itu ubat.
Dan minumlah..itulah minuman paling disukai keluarga saya.. homemade Purple Cat's Whiskers tea.

ini rupanya bila sudah dikeringkan..

ini proses seterusnya...iaitu merebus daun untuk dibuat ayaq

jom kita minum dulu!

No comments:

Post a Comment