Monday 9 July 2012

spesies tumbuhan liar di serata Asia Tenggara


Pelbagai spesies tumbuhan liar di serata Asia Tenggara bermanafaat sebagai ubat herba. Namun pengguna harus berhati-hati terhadap cara penggunaan, sukatan, jenis penyakit yang dirawat dan perbezaan species.

tahukah anda bahawa akar kayu pacat, bintangor laut, kacip fatimah dan pakma bermanafaat kepada wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Gelam, keladi murai, jeruju dan kulai berkesan untuk merawat diabetes, darah tinggi, asma, reumatisme, kanser dan gastrik. Rotan dini, ru laut dan tanjung pula boleh juga dimanfaatkan untuk melebatkan rambut dan janggut, merawat cirit-birit dan pelbagai penyakit kulit seperti kurap, gatal-gatal dan jerawat.

Pengarang buku ini menampilkan pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan lain bagi 69 jenis tumbuhan liar yang dilengkapi maklumat tentang nama vernakular (tempatan), nama botani, nama famili, morfologi, kandungan taburan, kaedah penanaman dan ekologi

No comments:

Post a Comment