Monday 9 July 2012

Ekor Kucing - Acalypha hispida & JERANGAU


ucing Galak

Nama Saintifik:Acalypha indica L.
Sinonim:A.hispida, A. lanceolata, A. wilkesiana
Kegunaan:Rawatan untuk lepas bersalin, penyakit sengal tulang, menguatkan tenaga batin, penyakit kulit seperti kurap dan kudis, sakit badan akibat terlebih rembesan hempedu, kecacingan dan sebagai julap.
Rujukan:Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp.

van Valkenburg, J.L.C.H. and Bunyapraphatsara, N.  (Editors), 2002. Plants Resources of South-East Asia No. 12(2). Medicinal and poisonous plants 2. Prosea Foundation, Bogor, Indonesia. 782 pp.

Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Ekor Kucing - Acalypha hispida

Tumbuhan ini berasal dari Oceania dan kemudiannya merebak sehingga ke Amerika Utara termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan Belize.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.8m - 3.7m tinggi. Merupakan tumbuhan 'dioecious' di mana tumbuhan jantan dan betina boleh dibezakan dengan mudah. Pokok betina mempunyai 'pistillate' (bahagian bunga yang mempunyai ovari bunga). Bunganya mempunyai warna yang pelbagai iaitu dari warna ungu ke warna merah cerah dan bunganya tumbuh berjuntai.

Tabiat Tumbuhan

Tumbuhan ini hidup melata dan mudah dijumpai. Ditanam menggunakan biji benih serta boleh ditanam menggunakan keratan dahan.
Bahagian Yang Digunakan

  • Akar, Bunga dan Daun
Amalan Tradisi Perawatan

Daunnya boleh digunakan secara demahan atau menuam bagi mengubati penyakit kusta. Air rebusan daun dan bunganya digunakan untuk merawat luka dan ulser dan juga sebagai pencuci perut serta merawat penyakit kelamin. Minuman bahagian kulit batangnya yang direbus boleh merawat kahak serta mengurangkan serangan asma. Daun rasanya agak kelat dan bahagian bunganya digunakan bagi merawat cirit birit.


Kemunting Cina

Nama Saintifik:Catharanthus roseus (L) G. Don
Sinonim:Vinca rosea L., Lochnera rosea (L.) Reichenbach
Kegunaan:Rawatan untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, cirit birit, senggugut, insomnia, barah, kesan terbakar, bengkak leher, tonsillitis dan gigitan serangga berbisa.
Rujukan:Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp.

Christophe Wiart, 2000. Medicinal Plants of Southeast Asia. Pelanduk Publications.

de Padua, L.S., Bunyapraphatsara, N. and Lemmens, R.H.M.J. (Editors), 1999. Plants Resources of South-East Asia No. 12(1). Medicinal and poisonous plants 1. Backhuys Publishers, Leiden, the Netherlands. 711 pp.

Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Musa Yaacob & Zaharah Hassan (2006). Tumbuhan Ubatan Untuk Penjagaan Kulit. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Jerangau

Nama Saintifik:Acorus calamus L
Kegunaan:Rawatan untuk demam, selsema, sakit perut, cirit-birit, buang ystem, rheumatisme, malaria, menahan muntah, sebagai tonik untuk mengurangkan sakit urat serta asma, menghentikan pendarahan selepas bersalin atau menghentikan pendarahan berlebihan semasa haid, menguatkan tenaga batin, membantu ystem penghadaman dan sebagai mandian untuk wanita lepas bersalin. Daunnya merupakan salah satu bahagian campuran mandian tersad atau mandi serung.

Rizom dan akar tumbuhan ini digunakan sebagai penyedap rasa dalam pelbagai masakan tradisi. Selain itu, aromanya dapat merangsang selera makan.
Rujukan:Indu, Bala Jaganath., Lean, Ng Teik., 2000. Herbs The Green Pharmacy of Malaysia. Vinpress Sdn Bhd in collaboration with Malaysiaan Agricultural Research and Development Institute (MARDI). 126  pp.

Christophe Wiart, 2000. Medicinal Plants of Southeast Asia. Pelanduk Publications.

de Padua, L.S., Bunyapraphatsara, N. and Lemmens, R.H.M.J. (Editors), 1999. Plants Resources of South-East Asia No. 12(1). Medicinal and poisonous plants 1. Backhuys Publishers, Leiden, the Netherlands. 711 pp.

Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp.

Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Fail:AcorusCalamus.jpg



erangau

  • PDF
jerangau
Nama saintifik : Acorus calamus L.
Nama biasa : Calamus root
Nama tempatan : Jerangau
Famili : Araceae
Pendahuluan:
Jerangau mempunyai sejarah perubatan yang lama. Tumbuhan ini digunakan secara meluas di dalam rawatan modern khusunya dalam menghasilkan aroma wangian dan juga sebagai tonik. Tumbuhan ini telah digunakan di Negara Asia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun yang lampau oleh orang-orang Cina dan India. Di Malaysia pokok ini ditanam di belakang rumah oleh kebanyakkan orang-orang Melayu dan India di mana penggunaannya hanyalah di bahagian luar sahaja sebagai demah atau sapu. Tumbuhan ini juga biasanya digunakan sebagai bahan rawatan racun serangga secara biologi yang digunakan untuk menghalang kutu, hama, kutu di kepala dan anai-anai.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Jerangau merupakan tumbuhan yang hidup lama dan boleh tumbuh mencapai 1 m tinggi. Tumbuh dengan banyak dan bentuknya nipis, daunnya seakan-akan daun rumput yang tumbuh secara terus dari rizomnya. Dua daunnya tumbuh secara berlapis pada bahagian pangkalnya, daun ringkas, licin, berwarna hijau dengan tepi daun yang licin seperti mata pisau. Hujung daun tirus dan berselaput pada bahagian pangkalnya. Susunan urat daun secara memanjang memasuki selaput. Daunnya beraroma wangi. Rizomnya berbau sangat wangi dan mengandungi minyak yang mudah meruap. Warna rizomnya adalah keputihan dan berserabut. Tumbuhan ini sangat jarang berbunga di Malaysia.
Tabiat Tumbuhan:
Tumbuhan ini biasanya terdapat di kawasan yang lembab dan berair seperti anak sungai, kolam, tasik atau lubuk atau tempat yang berair.
Bahagian Yang Digunakan:
Rizom
Amalan Tradisi Perawatan:
Jerangau biasa digunakan sebagai 'antiarrhythmic' (iaitu mengawal denyutan jantung), mengawal jangkitan kuman bakteria, antiseptik, mengawal kekejangan otot, merangsang kadar perpeluhan, bahan ubat muntah dan bahan ubat pelali. Rizomnya juga digunakan untuk rawatan senak perut, sakit perut, ketidakhadaman makanan, demam sekejap-sekejap, ulser usus, reumatik, saraf, masalah isi perut, penyakit cirit birit kanak-kanak, bronkus ( berkaitan dengan tiub-tiub yang bercabang dari saluran udara di kerongkong) dan asma. Minyak jerangau juga digunakan untuk menyediakan kordial yang beraroma, minuman keras dan membuat minyak wangi. Di Malaysia, air rebusan rizomnya yang dicampur dengan halia bara dan halia makan digunakan untuk rawatan demam dan kesejukan badan.
Jerangau
(Acorus calamus)
ACORACEAE
  • Turut dikenali dengan nama Jeringau, Jerangang, Alwah,  Sweet Flag, Dlingo (Indonesia),Sweet Sedge,  Myrtle Flag dan Calamus.
  • Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit.
  • Memerlukan cahaya matahari penuh.
  • Keseluruhan tumbuhan menghasilkan bau wangi terutamanya di bahagian rizom.
  • Pertumbuhan jerangau mampu mencapai ketinggian 1m.
  • Memiliki daun yang keras dan memanjang dengan hujung yang runcing.
  • Rizom berbentuk silinder berwarna putih dan diselaputi kulit berwarna coklat.
  • Menghasilkan bunga berwarna kuning di antara ketiak daun namun di Malaysia, jerangau  dikatakan tidak menghasilkan bunga.
  • Dibiakkan dengan menggunakan rizom dan belahan rumpun.
  • Telah lama digunakan sebagai ubat herba tradisional di merata tempat untuk merawat sakit perut, cirit-birit, sakit urat, sawan, demam panas dan rawatan ibu bersalin.
  • Minyak pati jerangau (Calamus oil) turut digunakan secara komersial di dalam industri wangian.
  • Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat nasihat daripada pakar bagi mengelakkan keracunan


Jerangau Biasa




Ini pokok Jerangau yang orang tua-tua selalu buat ubat untuk halau benda-benda halus..
aku tanam pasal aku suka bau dia..
pokok dia pun cantik
Cuma..dia nak tempat sedikit berair.. aku tak de kawasan lembap
so aku letak medium yang menyimpan air sebagai medium penanaman + tanah nursery
nampaknya masih hidup setelah hampir sebulan..
ok la tu
..

Petua Mengatasi Penyakit Darah Tinggi Satu Penambahan

Jerangau Merah

Dulu tok ada juga turun petua bagaimana mengatasi penyakit darah tinggi dengan menggunakan daun hempedu ular. Tetapi kini tok turunkan satu lagi petua yang berkaitan dengan penyakit ini juga, hanya bezanya menggunakan daun pokok jerangau merah ini.

Orang dulu-dulu hanya mengunyahkan daun jerangau merah ini saja dan menghisap airnya bagi mengatasi penyakit darah tinggi ini. Kalau ada yang sanggup buat begitu tidak ada salahnya. Pada mereka yang tak sanggup mengunyah daunnya, caranya sama dengan penggunaan daun hempedu ular iaitu:

Ambil daun jerangau  merah ini sepanjang 3 inci kemudian direndam didalam air panas yang dimasukkan didalam gelas atau mug. Tutup gelas tersebut kira-kira 3 hingga 5 minit. Kemudian keluarkan daun tersebut dan seterusnya airnya bolehlah diminum. Cara meminumnya ialah 3 kali seminggu. Jika penyakit darah tinggi dah turun berhentilah meminumnya. Kalau tidak akan dapat penyakit darah rendah pulak. Jadi kena perlu berhati-hati.

Selamat mencuba


Jerangau dalam perubatan tradisional


PENGENALAN

Keluarga: Araceae
Nama Melayu: Deringu, Jerangau, Jeringau
Nama Lain: Sweet Flag, Sweet Sedge, Myrtle Flag, Calamus, Flagroot, Jerangang, Alwah, Dlingo (Indonesia).
Terdapat 2 jenis 'Jerangau'
a)   Jerangau Merah' dan
b)   Jerangau Putih'.
Kegunaan biasaAmenorea * Aphrodisiac * Asma *Selsema * Kesesakan * Batuk * Sakit kepala * Kesakitan *Sakit tekak *

Nilai Ubatan : Pengguguran (Abortifacient) * Melegakan Kesakitan (Analgesik) * anti-bakteria * Antioksidan *Aromatik * Artritis * Kanser * mengeluarkan gas usus *diuretik * menggalak haid (Emmenagogue) * Penenangan *Psychedelic * sedatif * Tonik rahim *


Bahagian Digunakanrizom
 
Perihal tumbuhan

Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lebih wangi. Sehingga ia berkembang sepenuhnya dan menunjukkan bunganya yang hijautersendiri, jerangau (acorus Calamus) menyerupai beratus-ratus tumbuhan hutan yang lain, yang mempunyai daun panjang seperti pedang yang tumbuh dari rizom bercabang.Tumbuhan liar ini menyerupai rumput rampai dan biasanya dijumpai di kawasan berpaya atau berair. Ia boleh tumbuh pada ketinggian melebihi 3 kaki.
Ubi jerangau yang ditandai dengan parut daun di sebelah atas memiliki banyak anak akar yang menuju ke bawah. Jerangau tidak berbatang dan daun-daunnya tumbuh terus dari ubi. Daunnya berwarna hijau kuning dan berbentuk pedang, dengan tepi yang sedikit berombak-ombak berukuran 0.75 inci lebar. Ia juga mempunyai urat daun yang jelas.
Sebagai tumbuhan yang lasak, jerangau mudah ditanam di kebanyakan jenis tanah, asalkan terdapat air dan cahaya matahari yang mencukupi. Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit. Bunganya berwarna kuning dan hijau, sementara rizomnya berwarna merah muda. Ia boleh ditanam dengan mudah daripada keratan ubi sepanjang 5 sentimeter (2 inci), dengan 3 sentimeter (1 inci lebih) dicucuk ke dalam tanah pada jarak 15-20 sentimeter (6-8 inci) antara satu tumbuhan dengan yang lain.
Jika mendapat peluang untuk berada dekat pada tumbuhan tersebutanda mungkin dapat menghidu akarnya yangdikatakan mempunyai bau seperti lemon yang manis yangmungkin diandaikan bahawa gula-gula di buat dari tumbuhan ini. Ubinya boleh dituai sewaktu jerangau berusia setahun atau sewaktu mencapai 30-40 (12-16 inci) sentimeter tingginya.
Di Malaysia, jerangau ditanam di kedua-dua kawasan rumah orang Melayu dan India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapuan atau losen. Minyak pati ubinya digunakan secara meluas dalam pengeluaran minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghilangkan bau tembakau.

SEJARAH
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain yang mempunyai senarai panjang sifat penyembuhan terapeutiknya, Jerangau (Calamus) dikatakan telah dibawa keluar dari pergunungan Asia Tengah dan India di mana ia telah ditanam dan digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan  Ayurveda dan rawatan Tradisional China. Penyebaran dan kegunaan Calamus keseluruh dunia semenjak dari kurun ke-40an lagi. Hippocrates dari Yunani purba menulis Calamus telah digunakan sebagai kemenyan suci untuk upacara keagamaan bagi kedua-dua Sumeria dan Mesir kuno.
Ia telah sampai ke Eropah, dan digunakan sebagai bahan penyegar di gereja dan sebagai ubat penghalau pepijat. Menjelang abad ke-17, penanaman Calamus telah merebak sampai ke Eropah Tengah dan tidak lama selepas itu, dengan usaha dari peneroka Eropah, ia menempuhi jalan ke pantai Dunia Baru.

Suku-suku asli Amerika Utara mendapati banyak kegunaan perubatan dari akar ini yang dibahawa oleh peneroka Eropah. Mereka memanggil akar tikus kasturi (muskrat root), kerana terdapat bulu-bulu kecil seperti mamalia kesukaan mereka untuk kulit-bulunya. Adalah dipercayai juga bahawa suku kaum berpindah randa ini akan menyemai tumbuh-tumbuhan ini di sepanjang perjalananmereka untuk dituai apabila ia diperlukan, dan sebagai satu cara untuk menarik keluar tikus kasturi, untuk kulit-bulunya yang berharga.

KEGUNAAN PERUBATAN
Sejarah penggunaan Calamus sebagai ubat amat panjang dan melampaui 2,000 tahun sejak digunakan oleh bangsa Cina dan bangsa India. Ubi jerangau digunakan sebagaitonik herba untuk memudakan otak dan sistem saraf. Jerangau juga ubat yang terbaik untuk mengatasi kesan buruk alkohol, khususnya pada otak dan hati.
Di Asia Tengah, Acorus Calamus telah digunakan sebagai ubat melebihii dua ribu tahun, menjadi penawar tradisional untuk apa sahaja dari artritis hingga ke masalah saraf. ‘Dioscorides’, pengamal perubatan klasik Yunani menggunakan asap tumbuhan melalui corong sebagai ubat rawatan batuk. Kaum Cina telah menggunakan akar untuk membantu mengubati pening kepala, pekak dan epilepsi, dan juga telah dikhabarkan menggabungkan jerangau (sweet flag) dengan daun manis (ganja) dan ramuan lain untuk membuat halusinasi (hallucinogenic).
 
Selain sebagai ubat untuk sakit kepala dan cirit-birit, beberapa suku asli Amerika mengguna pakai sifat  ringan halusinogen tumbuhan ini ke dalam upacara berpuak.  Puak suku asli Amerika utara (Cree) percaya bahawa tumbuhan ini membantu mereka berjalan lebih jauh tanpa menyentuh tanah semasa upacara adat. Puak-puak lain, termasuk Ojibwas dari kawasan Great Lakes, dilaporkan telah menguna tumbuhan ini untuk tujuan rekreasi dan upacara adat.

Sehingga 1916, rizom dari Acorus Calamus yang dikupas kering telah disenaraikan dalam Pharmacopoea Amerika Syarikat sebagai rawatan untuk masalah perut (pedih ulu hati, kembung, dan cirit-birit) dan sehingga ke hari ini ia digunakan di beberapa bahagian di  Eropah sebagai membantu merangsangkan kelenjar air liur dan menghasilkan lebih banyak jus perut. Ia juga masih digunakan dalam Perubatan Ayruveda sebagai cara untuk membantu memulihkan dan meremajakan minda dan badan.
Kini ia tidak lagi disenaraikan sebagai ubat rawatan perubatan oleh pertubuhan perubatan moden, tetapi masih wujud penyelidikan yang mengesahkan ia digunakan sebagai ubat rawatan tradisional. Pengambilan dalam jumlah kecil tumbuhan ini menunjukkan ia membantu mengurangkan keasidandalam perut dan bila diambil dalam jumlah yang besar, ia meningkatkan  keasidan dalam perut, ini menunjukkan keberkesanannya pada ke pelbagaian besar gangguan perut.
Terdapat juga bukti menunjukkan bahawa tumbuhan ini menekan sistem saraf pusat, dan dikaji sebagai satu cara untuk merawat epilepsi. Terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa wap dari tumbuhan ini bertindak sebagai penghalau serangga yang berkesan.


  • Demam / Selsema
  • Kembung Perut
  • Asma
  • Menghentikan Pendarahan Selepas Bersalin
  • Membantu Untuk Pencernaan
  • Mandian Aromaterapi
  • Melegakan Sakit Gigi
  • Membuang Angin Dalam Badan
  • Campuran Untuk Membuat Minyak Wangi
  • Menambah Selera Makan

Ubat herba

Dalam perubatan tradisional, ubi yang berusia 2-3 tahun digunakan kerana akar yang lebih tua cenderung menjadi keras dan geronggang. Walaupun ubi yang kering hilang 70% daripada beratnya, ia mempunyai bau dan rasa yang lebih baik. Bagaimanapun, ia merosot jika disimpan terlalu lama.
Jerangau mempunyai sejarah penggunaan yang panjangdalam perubatan tradisi herba Cina dan IndiaIadigunakan secara meluas dalam perubatan herba modensebagai julap sedatifdiuretik, dan sifat mengeluarkan udara (carminative)Ia digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Unani  untuk menangani kesan sampingansemua hallusinasi.  Jerangau adalah salah satu daripadaubat-ubatan yang paling banyak dan kerap digunakan dikalangan masyarakat Chipewyan (Masayarakat  Athapaskanyang tinggal di barat Kanada diantara tasik Great Slave Lake dan Teluk Hudson).
Di kedua-dua akar dan daun jerangau menunjukkan aktivitiantioksidan, aktiviti antimikrobial dan aktiviti insektisid. Jerangau membuktikan ia langkah yang amat berkesan dalam mengawal kutu lembu (cattle tick), Rhipicephalus,(Boophilus) microplus.

Keupayaan ubi jerangau

 

Berikut adalah beberapa ciri-ciri nilai Perubatan jerangau :

Ø  Ia memberi kelegaan perut berat dengan melegakankembung perut, Kesakitan perut dan meningkatkanselera makan. Akar jerangau yang dibakar, abu nya dicampur dengan  minyak hambar seperti minyak kelapa tapis atau dibungkus dalam kain dijadikantuam ke atas perut sebagai rawatan.

Jerangau adalah ubat bernilai untuk cirit-birit kronik.Ia juga berkesan dalam disentri (dysentery) kronik, kerana kehadiran tannin. Diberi secara mencampurkan (Infusi) boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menderita dari penyakit ini.
Ø  Dalam rawatan asma, ia mengeluarkan bahan catarrhal dan kahak dari tiub bronkial. Diambil kira-kira 65 centigrams herba ini setiap 2 atau 3 jam.
Ø  Jerangau juga berguna untuk merawat selsema.Sepotong kecil rizom dipanggang dan diserbukkan.Secubit serbuk ini diambil bersama madu memberi kelegaan yang besarUntuk bayi, pes jerangaudicampur kan dengan susu ibu dan disentuhkan pada lidah bayiSatu lagi kaedah yang mudah memberiubat kepada bayi adalah dengan  meratakan sedikit pes pada puting ibu semasa menyusukan anak.
Ø  Ia juga berguna pada merawat ulser mulutSepotong kecil herba disapukan pada lidah dan bahagiankeradangan kulit  untuk mendapat kelegaan.
Ø  Serbuk jerangau  yang dipanggang merupakan ubatrumah yang bernilai bagi kanak-kanak yangmengalami batuk kokol (whooping cough)  (Penyakitmembran mukus pernafasan)Secubit dari serbuk iniboleh diberikan bersama maduSebagaiantispasmodicia menghalang serangan batukmenjadi-jadi. Untuk kanak-kanak  kecil, sukatan pengambilannya juga mesti berkadar kecil.
Ø  Serbuk dari akar pokok jerangau amat berkesan dalam menyingkirkan cacing usus.
Ubi jerangau juga mempunyai keupayaan yang berikut:
Penyakit ringan:
  1. Jerangau dapat melegakan demam.
  2. Jerangau dapat melegakan rasa sakit dengan mengurangkan kepekaan otak dan sistem saraf. Mengunyah ubi jerangau juga dapat melegakan sakit gigi. Selain itu, jerangau juga digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat penyakit sendi dan sakit saraf.
  3. Jerangau mencegah pembentukan gas di dalam saluran pencernaan dan dengan itu, dapat mengatasi masalahangin (kentut).
  4. Jerangau membaiki selera dan fungsi perut. Dalam dos kecil, ia mengurangkan kemasaman perut, manakala dos yang lebih besar dapat menambahkan perembesan perut dan justeru, digunakan untuk merawat gangguan makanketakcernaan, gangguan pundi hempedu serta gangguan pencernaan yang lain, termasuk berak darahkanak-kanak. Bagaimanapun, jika dos terlalu besar, ia boleh mengakibatkan rasa loya atau muntah.
  5. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat cirit-birit.
  6. Jerangau dapat mengatasi perpeluhan berketerlaluan.
  7. Jerangau bertindak sebagai sedatif bagi mengurangkankerengsaan dan kegegaran.
  8. Jerangau bersifat antiseptik dan justeru, dapat mengurangkan kemungkinan kejangkitankeracunan darah, dan pembusukan, selain digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat letusan kulit.
Penyakit teruk:
  1. Jerangau dapat mengurangkan tekanan darah;
  2. Jerangau melarutkan lendir yang pekat serta melegakan kesukaran pernafasan dan justeru, digunakan untuk melegakan bronkitissinusitis dan penyakit lelah.
  3. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat barahkonvulsi (menggigil-gigil dan terkejang-kejang), dan sawan babi. Selain itu, perubatan tradisional juga menggunakan akar jerangau untuk merawat kencing manis dan sebagai teh untuk merawat sakit usus.
Lain-lain:
  1. Jerangau dapat merangsang aliran darah di bahagianpelvis dan justeru, digunakan sebagai afrodisiak. Ia juga digunakan sebagai herba pengguguran.
  2. Jerangau dapat menghapuskan cacing parasit dari tubuh badan, baik dengan menyebabkannya terasa terhuyung-hayang mahupun dengan membunuhnya.

Penggunaan jerangau di Malaysia
Penggunaan jerangau di Malaysia hanya terhad kepada perubatan tradisional dan biasanya disediakan untuk rawatan yang berikut:

UBATAN DAN kEPERCAYAAN Jerangau Merah (Tunggal)

Adalah dipercayai bahawa 'Jerangau Merah' mempunyainilai perubatan yang lebih tinggi  berbanding  'Jerangau Putih'.  Dikatakan Jerangau merah ialah tumbuhan yang cerewet sedikit untuk tumbuh di atas tanah rendah, ia tidak boleh didedahkan dengan terlalu banyak panas matahariIa tumbuh liar di dataran yang menyediakankeadaan cuaca yang sempurna untuk pertumbuhan.
Diantara beberapa perubatan dan kepercayaan masyarakat setempat,  khususnya pada jerangau merah ialah, ia memiliki kuasa penyinkiran dan penyembuhan seperti berikut :
i.   Bagi para peminum arak'Jerangau' amat terkenal sebagai penawar anti-mabuk. Akarnya samadadikunyah  atau hanya sekadar diletakkan diantara gigisemasa sesi minum arak, di jamin si peminum tidak akan merasa mabuk selagi akar jerangau  itu masih di dalam mulut.
ii.  Anti Rasa – dikatakan apabila jerangau merah diletakkan didalam mulut kemudian cili sepedas manapun  dimakan tidak akan merasa pedasnya,
iii.Garam dimakan tidak masin.
iv.    Penawar Racun : Ikan dimasukkan ke dalam air yang dicampurkan dengan racun rumpai dan dibiarkan beberapa minit, ikan tidak mati dan kekal hidup.
v. Anti Buatan Orang : Apa2 buatan orang seperti menyimpan racun dalam cawan, cawan akan pecah. Ini merupakan pelindung diri.
Petua Mengatasi Penyakit Darah Tinggi Dengan Jerangau Merah

 
JerangauMerah
Orang dulu-dulu hanya mengunyah dan menghisap air daun jerangau merah bagi mengatasi penyakit darah tinggi. Bagi mereka yang tak sanggup mengunyah daun jerangau merah, mereka boleh menggunakan cara  yang  sama seperti penggunaan daun hempedu ular iaitu:
Daun jerangau  merah diambil sepanjang 3 inci kemudian direndam kedalam air panas yang dimasukkan didalam gelas atau mug. Tutup gelas tersebut kira-kira 3 hingga 5 minit. Kemudian keluarkan daun tersebut dan airnya boleh diminum. Cara meminumnya ialah 3 kali seminggu. Jika penyakit darah tinggi sudah turun berhentilah dari meminumnya, kalau tidak ia akan meyebabkan penyakit darah rendah pulak. Maka perlulah berhati-hati.

Kesan Keracunan
Tumbuhan ini boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Beta-Asarone di dalam tumbuhan ini mempunyai kesan karsinogenik.
Rawatan kecemasan
Buangkan saki baki tumbuhan dari anggota yang terdedah dan basuh dengan sabun dan air. Jika masih terasa gatal, kemerahan atau sakit dapatkan rawatan lanjut dari pegawai perubatan.
Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit

FITOKIMIA   
Konstituen: cineole, alfa-pinena, alfa-terpineol, azulene, beta-asarone, camphene, kapur barus, choline, delta-cadinene, elemicin, etanol, eugenol, galangin, limonene, magnesium, menthol, terpines, tanin, zink

                                                          


Keracunan
Bahagian Beracun: Rizom
Bahan Aktif: Eugenoldan Asarone (2,4,5-trimethoxy-1-propenylbenzene)
                                              
Bahan Lain: Monoterpene hydrocarbons, Sequestrine ketones,
Kedua-dua triploid dan tetraploid jerangau mengandungialpha-asarone  fitokimia lain termasuk:
• Beta-asarone
• eugenol
Diploids tidak mengandungi beta-asarone (β-asarone).Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa beta-asaroneyang diasingkan daripada minyak jerangau menghalangadipogenesis dalam sel-sel 3T3-L1 dan sekaligusmengurangkan pengumpulan lemak lipid dalam sel.
Peraturan-peraturan
A. Calamus dan hasil pengeluarannya seperti minyak telah diharamkan pada tahun 1968 sebagai penambahan makanan (food additives)  dan ubat-ubatan oleh Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat. pengharaman ini adalah hasil dari kajian makmal yang melibatkan penambahan diet keatas haiwan makmal dalam tempoh masa yang lama dengan pemberian dos tinggi dari bahan kimia terpencil (β-asarone) dari terikan Calamus jammu India.
Haiwan mengalami ketumbuhan tumor, dan tumbuhan itu dilabelkan 
(penyebab kanser) pro-carcinogenic.  Wichtl berkata, "Ia tidak jelas sama ada kesan karsinogenik  yang diperhatikan dalam tikus itu mempunyai  kaitan dengan organisma manusia."
Empat jenis strain Acorus Calamus terdapat secara semula jadi. Diploid, triploid, tetraploid dan hexaploid. Diploids tidak menghasilkan procarcinogenic β-asarone. Diplois diketahui tumbuh semulajadi di Timur Asia (Mongolia dan Tanah-datar siberia Tengah) dan Amerika Utara. Triploid Cytotype mungkin berasal dari rantau Himalaya, sebagai kacukan diantara diploid dan tetraploid cytotypes. Calamus Amerika Utara dikenali sebagai Acorus Calamus var.

Americanus atau hanya sebagai  Acorus Americanus. Seperti diploid strain dari Calamus di bahagian Himalaya, Mongolia, dan Siberia tengah. Diploid strain Amerika Utara tidak mengandungi β-asarone punca bara kanser (pro-carcinogenic).  Kajian menunjukkan bahawa "β-asarone tidak dikesan dalam diploid acorus Amerika Utara [Calamus var. Americanus] ".
Pada hakikatnya  β-asarone bukanlah karsinogen tetapi ia adalah procarcinogen tidak sama sekali hepatotoxic maupun secara langsung hepatocarcinogenic. Ia mestilah terlebih dahulu menjalani proses  metabolik l'-hydroxylation di dalam hati sebelum mencapai ketoksikan. Cyrochrome P450 dalam  hepatosit (hepatocytes) bertanggungjawab untuk merembeskan enzim hydrolyzing yang menukarkan β-asarone ke dalam struktur epoksida genotoksik.  Walaupun dengan pengaktifan metabolit ini, potensi karsinogen adalah tersangat rendah  disebabkan kerana kerosakan yang pesat pada sisa-sisa epoksida bersama hydrolase yang meninggalkan sebatian ini kaku / lengai (Luo, 1992).  Di samping itu, metabolit utama β- asarone adalah asid 2,4,5-trimethoxyninnamic, punca dari yang bukan karsinogen (Hasheminejad & Caldwell, 1999)




Acorus calamus - Common Sweet Flag - Kalmus (msitua) Tags: flowers plants flower fruit berry berries native sweden calamus acorus msituaAcorus americanus (sweetflag) (tgpotterfield) Tags: usa native pennsylvania newhope acorus sweetflag herbaceousperennial bowmanshill acoraceae acorusamericanus taxonomy:binomial=acorusamericanusSweet Flag (milesizz) Tags: green wisconsin milwaukee wildflowers wi acorus wfgna oddshape sweetflag acoruscalamus acoraceae

RIMG3253 (confessin' QP) Tags: march backyard south  acorus  gramineus
 acorus (confessin' QP) Tags: tokyo oct  chiyodaku otemachi nomura    acorus

 (confessin' QP) Tags: backyard chiba sep  matsudo shadegarden   saxifragastolonifera acorus   kogasaki
Fail:Acorus calamus seeds.jpg


ALAMUS OIL DARI JERINGAU

Akar jerangau


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jerangau atau nama saintifiknya Acorus calamus L. memiliki sejarah panjang dalam perubatan herba tradisional. Herba ini dikatakan berasal dari India, tetapi kini boleh ditemui di sekitar Eropah, selatan Rusia, utara Asia Kecil, selatan Siberia, China, Jepun, Burma, Sri Lanka, Australia dan juga selatan Kanada dan utara Amerika Syarikat.


Jerangau mudah dijumpai di kawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai. Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25 mm. Kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih di dalamnya.




Bahagian dalam herba yang turut dikenali sebagai ‘sweet flag’ ini berbentuk seperti span. Ðaunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunya dikoyakkan, akan terhasil satu bau yang wangi. Jerangau menghasilkan bunga berwarna kuning kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluarkan biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom.

Rizom dan akar tumbuhan ini digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan tradisi. Selain itu, aromanya dapat merangsang selera makan. Manakala dalam perubatan tradisional dan moden, herba jerangau amat dihargai sebagai ubatan perangsang beraroma dan tonik ringan.





Ðikatakan dalam perubatan Ayurveda, jerangau bernilai tinggi sebagai meremajakan semula otak dan system saraf dan juga ramuan untuk penyakit pencernaan. Ðalam perubatan tradisional Cina, dikatakan jerangau mampu digunakan untuk merawat kepekakan, rasa pening kepala dan epilepsy (sawan), muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut dan disenteri.

Rizom dan akar jerangau bersifat anodin (pelega sakit), afrodisiak, aromatik, karminatif (pelega flatulens), emenagog (perangsang haid), ekspektoran (penggalak rembesan kahak), febrifuge (pengurang demam), halusinogenik, hipotensif, sedarif, perangsang, stomakik (perangsang aktiviti rembesan dig aster untuk meningkatkan selera makan) dan vermifuj (penyingkir cacing).

Sejak zaman dahulu lagi, jerangau telah digunakan untuk merawat masalah pencernaan dan paru-paru. Pengambilan herba ini dikatakan mampu membuang kahak dan menenangkan minda. Ia juga boleh digunakan untuk merawat amnesia, palpitasi jantung, insomnia, tinnitus, brongkitis kronik dan asma.

Herba ini juga baik untuk menghentikan pendarahan selepas bersalin atau menghentikan pendarahan berlebihan semasa haid. Ia boleh digunakan sebagai air mandian untuk wanita selepas bersalin. Untuk tujuan perubatan luaran pula, tumbuhan ini boleh digunakan untuk merawat masalah kulit berkudis, sakit reumatik dan neuralgia (sakit teruk yang amat menyucuk).

Rawat pelbagai penyakit

Minyak daripada akar jerangau amat kuat dan berbau kuat. Rasanya agak pahit. Ði negara Eropah, minyak ini digunakan untuk membantu pencernaan, membantu menentang dan melegakan pedih hati dan dyspepsia. Akarnya juga turut dikunyah untuk membantu melegakan masalah sakit gigi.

Masalah ulser mulut, mulut berbau dan rasa melekat pada lidah akibat keradangan juga dikatakan boleh dikurangkan dengan menggunakan jerangau. Caranya adalah dengan menyapu herba ini pada lidah. Akar tumbuhan ini boleh dijadikan teh herba untuk melegakan sakit tekak. Akar ini juga dikatakan boleh digunakan untuk membantu mereka yang ingin berhenti merokok.

Ðaun jerangau memiliki sifat antikulat dan telah digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah bronchitis, jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan pundi hempedu. Bunganya boleh digunakan untuk merawat ekzema, buah pinggang, penyakit hati adan reumatisma.

Walaupun jerangau memiliki pelbagai khasiat ubatan yang dikatakan mampu melegakan penyakit dan masalah kesihatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


Tanaman jeringau (jerangau, dlingo, Acorus calamus) merupakan tumbuhan air. Banyak dijumpai tumbuh liar di pinggiran sungai, rawa-rawa maupun lahan yang tergenang air sepanjang tahun, baik di Jawa maupun di luar Jawa. Oleh masyarakat, jeringau dibudidayakan dengan cara menanamnya di comberan di halaman samping atau rumah. Sepintas tanaman jeringau mirip dengan pandan, tetapi daunnya lebih kecil dan tumbuh lurus seperti pedang. Warna daun hijau tua dan permukaannya licin. Batang tanaman berada dalam lumpur berupa rimpang dengan akar serabut yang besar-besar.
Penampang rimpang sekitar 1 sd. 1,5 cm, sementara akarnya sekitar 3 sd. 4 mm. Rimpang beruas-ruas dengan tunas pada tiap ruas. Panjang rimpang tergantung umur tanaman serta tingkat kegemburan lumpur. Pada pertumbuhan optimal, rimpang jeringau bisa bercabang dan melingkar-lingkar sepanjang 60 sd. 60 cm.   Jeringau tumbuh merumpun membentuk satu koloni tanaman yang makin lama akan semakin melebar. Perkembangbiakannya bisa dilakukan secara generatif, tetapi hal ini hanya akan terjadi di kawasan yang mendekati sub tropis. Di kawasan tropis, jeringau berkembangbiak melalui tunas rimpang yang akan tumbuh menjadi sulur serta individu tanaman baru. Seluruh bagian tanaman, mulai dari daun, rimpang sampai ke akarnya berbau sangat keras dan khas jeringau.
Selama ini masyarakat menanam jeringau di comberan rumah mereka untuk bahan obat tradisional, misalnya dengan ditumbuk bersama rimpang bengle untuk tapal bayi (dioleskan di perut), untuk pilis (dioleskan di dahi) pada ibu-ibu sehabis melahirkan dan lain-lain. Tanaman ini juga merupakan salah satu prasyarat untuk memulai menanam padi di sawah. Biasanya, ketika mulai menanam padi, lebih-lebih apabila sawah itu merupakan bukaan baru, maka petani akan menaruh sesaji di salah satu pojokan tempat asal air. Di situlah jeringau juga ditanam sebagai penolak bala bersama dengan pandan dan hanjuang merah. Tetapi masyarakat tidak pernah tahu bahwa jeringau adalah tanaman penghasil calamus oil yang nilai komersialnya cukup tinggi. Saat ini harga per kg. calamus oil sekitar US $ 100. Dengan kurs Rp 10.000,- per 1 US $, harga calamus oil sudah mencapai Rp 1.000.000,- per kg. di pasar internasional. Selama ini penghasil calamus oil terbesar didunia adalah Nepal, disusul oleh India, Pakistan dan beberapa negara eks Uni Soviet dalam volume yang lebih kecil. Meskipun tanaman ini banyak terdapat di Indonesia, tetapi belum pernah ada pengusaha yang berminat untuk membudidayakannya sebagai penghasil calamus oil.
Penggunaan calamus oil mulai dari untuk parfum, industri farmasi sampai ke pemberi aroma pada berbagai merk minuman serta rokok. Beberapa perusahaan farmasi dan aromatik di Indonesia, sampai saat ini masih mengimpor calamus oil. Perusahaan aromatik ini merupakan suplier esense untuk industri minuman dan terutama rokok keretek. Dalam industri parfum, calamus oil hanya akan dipakai untuk jenis produk-produk parfum maupun kosmetika kelas atas. Hingga sebenarnya, pasar calamus oil dalam negeri pun cukup baik untuk dijadikan peluang agroindustri jeringau. Lebih-lebih kalau kita bisa berproduksi lebih hingga mampu mengekspornya. Memang hukum pasar akan terjadi apabila Indonesia memproduksi calamus oil secara serius. Pasokan pasti akan berlebih sementara permintaan tetap. Akibatnya akan terjadi penurunan harga dari tingkat Rp 1.000.000,- saat ini. Tetapi penurunan harga sampai ke tingkat Rp 750.000,- bahkan Rp 500.000,- per kg. pun, masih akan tetap menguntungkan bagi agroindustri jeringau. Sebab sereh wangi yang harga minyaknya hanya Rp 30.000,- per kg. ternyata juga masih cukup menguntungkan untuk diusahakan.
Tetapi bagaimanakah caranya memulai agroindustri jeringau di Indonesia? Biasanya calon investor penyulingan akan bertanya dengan enteng. "Mana pasarnya?" Kalau mereka berniat untuk menanam jeringaunya, pertanyaannya adalah, berapa harga per kg. rimpang kering? Seakan-akan pihak yang memberi informasi "harus" penjadi pelayan yang bisa memenuhi seluruh keperluan calon investor tersebut. Padahal, yang namanya pasar itu kalau belum ada harus diciptakan, atau kalau sudah ada harus direbut. Dalam hal jeringau, kita harus terlebih dahulu menanamnya. Caranya mudah, kita cari benih jeringau berupa rimpang dengan pucuknya lalu lahan disiapkan. Budidaya jeringau mirip dengan budidaya padi di sawah. Untuk tahap awal, dengan 4 X 5 m. (20 m2) lahan sudah cukup. Jarak tanamnya 30 X 30 cm. Hingga lahan 20 m2 itu akan bisa ditanami dengan 200 benih. Selama ini masyarakat menjual rimpang jeringau basah tetapi sudah dicuci dan dibuang akarnya, dengan harga sekitar Rp 350,- per kg. kepada pengumpul. Pengumpul ini akan menjualnya lagi ke pengusaha jamu. Hingga kalau kita membeli benih jeringau ini dengan harga Rp 500,- sudah sangat memadai. Nilai benih yang rasional untuk agroindustri jeringau adalah Rp 50,- sd. Rp100,- per pucuk. Sebab kebutuhan benih per hektar akan mencapai 100.000 pucuk dengan nilai Rp 5.000.000,- sd. 10.000.000,-
Umur panen ideal tanaman jeringau minimal 1 tahun. Akan lebih ideal kalau tanaman dipanen setelah umur 2 tahun. Dengan hasil sekitar 20 ton rimpang berikut akar pada umur panen 1 tahun. dan 40 ton pada umur panen 2 tahun. Hingga kalau kita menanam 20 m2 maka setelah satu tahun hasilnya sekitar 40 kg. rimpang berikut akar basah. Rimpang ini harus dikering anginkan (setengah kering) hingga bobotnya akan susut tinggal sekitar 20 kg. Contoh rimpang berikut akar ini bisa kita kirim ke Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat (Balittro) di Cimanggu, Bogor. Di sana, contoh rimpang ini akan dicincang lalu disuling dan dianalisis kualitas minyaknya. Minimal contoh material yang bisa disuling adalah 50 kg. Seorang pengusaha yang pernah melakukan hal ini, memperoleh hasil rendemen 3,5 sd. 4 %. Berarti dari 100 kg. raw material, akan didapat 3,5 sd. 4 kg. minyak. Dari 1 hektar lahan, dalam setahun bisa dipanen 20.000 kg rimpang basah berikut akar yang setelah dikeringkan hanya tinggal sekitar 10.000 kg. Dari hasil ini, akan diperoleh minyak dengan bobot antara 350 kg. sampai dengan 40 kg. Kalau nilai terendah tiap kg. calamus oil tersebut Rp 500.000,- maka hasil kotor yang kita peroleh Rp 175.000.000,- sd. Rp 200.000.000,-
Kalau kita sudah memiliki sample minyak dengan hasil analisisnya, maka langkah berikutnya adalah menghubungi pengguna calamus oil di dalam negeri. Misalnya Indo Farma serta beberapa perusahaan aromatik di Jakarta maupun Semarang dan Surabaya. Dari sini kita bisa mengetahui berapa volume kebutuhan calamus oil mereka berikut frekuensi pengiriman, harga yang biasa mereka berikan pada eksportir di luar negeri, spesifikasi produk, cara mengemas, dan cara pembayarannya. Kalau ini semua sudah jelas, dibuatlah MOU. Supaya agroindusrti kita lebih aman, sebaiknya kita menghubungi dan menjalin kerjasama minimal dengan tiga pengguna calamus oil. Akan lebih baik lagi kalau kita juga menawarkan produk kita ke pembeli di Singapura atau negara-negara lain. Pembeli minyak asiri dunia ini bisa kita lacak dengan mudah melalui internet. Biasanya kita juga harus mengirimkan contoh dengan spesifikasi produk kepada mereka, dan mereka akan memberikan harga serta volume kebutuhan berikut persyaratan lainnya. Kalau ini semua sudah beres mulailah kita menyusun program penanaman dengan para petani.
Meskipun jeringau baru bisa dipanen minimal pada umur 1 tahun, tetapi tiap 3 bulan kita bisa memanen anakannya untuk keperluan benih. Tiap individu tanaman, dalam jangka waktu 3 bulan akan tumbuh menjadi sekitar 10 individu. Hingga dari 1 pucuk benih itu, setelah 1 tahun, minimal akan menjadi 40 pucuk benih. Kita bisa mengambil anakan yang kecil dan kurang sehat untuk ditanam di lokasi baru. Hingga dari 20 m2 areal percobaan kita, dengan populasi 200 individu tanaman, setelah 1 tahun akan diperoleh 8.000 individu tanaman. Pada waktu memanen, pucuk tanaman (bagian yang berdaun) dengan sekitar 2 sd. 3 cm. rimpang tidak ikut dikeringkan. bagian ini dibuang daunnya sekitar 2/3 lalu dijadikan benih untuk periode penanaman berikutnya. Hingga pada tahun II setelah kita mulai dengan 20 m2 lahan, kita bisa kembali menanam dengan 8.000 benih pada lahan seluas 800 m2. Pada tahun III, kita sudah bisa punya 320.000 benih dengan luas lahan sekitar 3 hektar. Pada saat inilah kita bisa investasi ketel untuk menyulingnya. Sebab pada tahun IV sudah akan terkumpul benih sebanyak 12.000.000 benih yang bisa dibudidayakan pada lahan seluas 120 hektar. Pada tahun V, hasil rimpang basah sudah mencapai 2.400 ton atau rimpang setengah kering sekitar 1.200 ton. Minyak yang dihasilkan antara 42 sd. 48 ton. Dengan nilai hanya Rp500.000,- per kg, nilai calamus oil tersebut pada tahun V akan mencapai  Rp21.000.000.000,- sd.Rp24.000.000.000,-
Sebuah angka yang cukup menarik untuk segera kita mulai dengan hanya 20 m2 lahan sawah dan 200 pucuk jeringau.

INFO : Kenali Nama Pokok

Pokok Hempedu Beruang; beruang, hempedu

Pokok Hempedu Beruang

Pokok Belimbing Tanah; belimbing, tanah

Pokok Belimbing Tanah


Pokok Dedalu Cina; cina, dedalu

Pokok Dedalu Cina

Pokok Ekor Kucing; pokok ekor kucing

Pokok Ekor Kucing

Pokok Geruda; geruda, pokok

Pokok Geruda

Pokok Jemuju; jawa, ketumbar

Pokok Jemuju


Pokok Jemuju
Pokok Jemuju
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Apiales
Keluarga:Apiaceae
Genus:Eryngium
Spesies:E. foetidum
Nama binomial
Eryngium foetidum
L.

JEMUJU/ ERYNGIUM FOETIDUM



To translate to other languages please click a chosen flag at topmost right column.

Nama sains: Eryngium foetidum Sinonim Eryngium antihystericum
Nama biasa: Jemuju Ketumbar Jawa, Juruju gunung (Malaysia), Katumbar londa, Ketumbar mungsi, Walangan(Indonesia), Long Coriander, Mexican coriander, Fitweed, false coriander, long coriander, sawtooth coriander mexican coriander spiritweed (English), ngo gai(Vietnam), Pak chi farang (Thai)
Famili: Apiaceae

Asal: Seluruh Dunia

Fakta pokok:- 
  • Pokok ini dijual sebagai sayur di Amerika Syarikat dan di panggil ‘Culantro”
  • Bau daun pokok ini macam pijat atau tepus kesin (Pungent odour)
  • Daun pokok ini boleh dikeringkan untuk disimpan dan rasa nya kekal 
Kegunaan sebagai makanan 
  • Sayur atau perasa untuk masakan (Seasoning and marinating)
  • Sedap digoreng dengan telur.
  • Pokok ini boleh menenangkan sekiranya dimakan (Calminative)
Khasiat perubatan 
  • Untuk sakit gila babi /Epilepsi( Epileptic fits/Epilepsy)
  • Untuk mengubati sakit disebabkan oleh sejenis cacing atau nematode (Strongyloidiasis)
  • Tambah nafsu makan (Increase appetite)
  • Penghadaman (Digestion)
  • Sakit perut (Stomach pain)
  • Penahan sakit (Analgesic)
  • Anti radang (Anti-inflammatory)
  • Buang angin (Eliminate gas)
  • Selsema (Flu)
  • Demam (Fevers)
  • Cirit birit (Diarrhea)
  • Sembelit(Con

 Biasa jumpa tak pokok jemuju nih? Rupanya pokok jemuju ni famous ye sebab hampir boleh ditemui di seluruh dunia. Kat US, orang buat pokok ni sebagai sayur youuu. Sedap digoreng bersama telur dan dapat menenangkan fikiran sekiranya dimakan. Juga turut digunakan sebagai perasa untuk masakan. Owh, i'm impressed. Aku ingatkan rupa cenggitu takda nilai apa-apa. I'm totally wrong, shame..shame.

Inilah antara khasiatnya :


Lemuju

Nama Tempatan:Lemuju
Nama Saintifik:Plectranthus amboinicus
Nama Lain:Jemuju, mexican mint, indian borage, cuban oregano
Famili:labiatae /Lamiaceae
Lokasi dijumpai:Rempah
Asal:

keterangan:

Tumbuhan dikot ini biasa ditanam sebagai tumbuhan laman kerana penggunaanya dalam masakan dan juga sebagai hiasan.Daunnya yang berbau wangi boleh dijadikan pengganti daun oregano dalam masakan terutamanya masakan itali dan barat.

kegunaan:

Merapi dan menyihatkan rambut dengan cara meramas beberapa helai daunnya dan dilumurkan pada kepala. untuk merawat luka, seriawan dan ulser pula lekapkan daunnya pada bahagian yang terlibat. Jus atau ekstrak airnya boleh digunakan untuk merawat kembung perut dan angin dalam badan














English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Plectranthus amboinicus
Other Name:Jemuju, mexican mint, indian borage, cuban oregano
Family:labiatae /Lamiaceae




 ~~~~~~~~~~~~~~
Pokok Jerangau; pokok jerangau

Pokok Jerangau

Pokok Jeruju; jeruju, pokok

Pokok Jeruju

Pokok Kapur Barus; Plant

Pokok Kapur Barus

Pokok Lemuni Hitam; hitam, lemuni

Pokok Lemuni Hitam

Pokok Tapak Sulaiman; sulaiman, tapak

Pokok Tapak Sulaiman



No comments:

Post a Comment