Wednesday 4 July 2012

Kulit Berkedut, Kering dan Melayut Sebelum Usia


? Tips Untuk Kekal Awet Muda…

w

Tua sebelum usia? Itu ibarat mimpi ngeri bagi kita kan. Tapi dengan kesibukan harian, kadang kala tiada masa untuk memanjakan diri sendiri. Sedar-sedar je kulit dah berkedut, kendur dan garis-garis halus di muka pun tumbuh macam cendawan dah. Tahukan anda kenapa ini terjadi?


Kerana tubuh kita semakin kekurangan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada 75% berat untuk kulit yang sihat. Tetapi semakin kita meningkat usia, paras kolagen turut berkurangan. Pengurangan kolagen inilah yang menyebkan munculnya tanda-tanda penuaan seperti berikut:

  • Kulit berkedut, kering dan melayut

  • Kuku rapuh dan tidak kukuh

  • Rambut halus dan gugur

Semua orang sebenarnya akan mengalami kemerosotan semulajadi ini. Dan cara untukmengatasinya adalah dengan mengambil supplement kolagen tambahan bagi menggantikan kolagen yang telah hilang. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan kulit yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang awet muda.


Kenapa kita perlukan kolagen tambahan?

Kolagen dihasilkan oleh badan secara semulajadi. Tetapi penghasilan kolagen akanberkurangan sehingga 15% setahun sebaik usia kita mencecah 20-an. Kolagen juga sebenarnya mudah dimusnahkan oleh keracunan di dalam tubuh kita akibat tabiat pemakanan yang tidak sihat, stress, pencemaran kosmetik dan wangian sertapencemaran persekitaran.



Realitinya, hampir separuh kolagen hilang dari badan kita sebaik kita mencecah usia 40 tahun. Kesannya, mulalah kulit berkedut, hilang kelembapan, tampak kusam, jeragat kelihatan, kulit tidak keanjalan dan sebagainya.


Kesan kekurangan kolagen juga boleh dilihat dengan ketara pada bahagian payudara wanita, punggung dan abdomen/perut yang menggeleber ke bawah dan hilang keanjalannya. Bersediakah anda menghadapi masalah kekenduran ini? Mahukah anda kelihatan tua berbanding usia sebenar anda

No comments:

Post a Comment