Wednesday 4 July 2012

galak tua3


Galak Tua

Galak Tua
GALAK TUA (Stemona tuberosa Lour.).  Dikenali juga dengan nama Pecah Kelambu dan Ubi Kemili.  Keseluruhan herba ini mengandungi alkaloid Stemona.  Herba ini mudah ditemui di kebun-kebun getah @ kelapa sawit, pinggir bukit-bukit kecil dengan tanah berpasir dan jenis literait.  Ia sejenis rumput yang menjalar dengan daunnya seperti daun cekur, memanjang dan batang beruas-ruas, bunganya berwarna coklat pada stigma yang panjang.  Isinya berwarna putih susu, banyak dan berjurai dari perdu batangnya manakala rasanya manis memek.  Jika anda ingin mengalinya tentukan berhati-hati kerana isinya panjang kebawah dan lebih besar di bawah.  Ia akan mudah putus kerana isinya berair.  Keseluruhan pokok ini Antibakteria.  Digunakan secara tradisional untuk meningkatkan tenaga batin lelaki yang berumur.  Adalah lebih afdal (baik) meminum air rebusannya dan dicampurkan bersama atau sebahagian Petawali (Tinospora crispa), Tongkat Ali (Eurycoma longifolia)Tongkat Ali Hitam (Polythia buliata), Depu Pelanduk (Wikstromia ridleyi)Payung Ali (Biohytum adiantiodes), Panah Arjuna (Syngramma alysmifolia) dan Elek Tembaga (Smilax calophylla). Awas!...Peringatan:  Herba ini TIDAK BOLEH digunakan secara kerap kerana pati keseluruhan herba ini juga berperanan sebagai racun organik.  Jika anda berminat juga, anda boleh mengunjungi Lab. MARDI @ FRIM, mungkin penyelidik negara kita ada data mengenai bahan kimia yang terdapat di dalam tumbuhan ini.  Saya sebagai pengamal perubatan tradisional pernah meminum campuran air rebusan ubinya, ia hanya bertujuan percubaan.
Stemona tuberosa Lour.

Daun Dewa

 Gynura divaricata

Khasiat  :  DAUN DEWA (Gynura divaricata).  Dikenali juga dengan nama Penawar Cina.  Herba ini kini ditanam sebagai tanaman pasuan untuk hiasan rumah.  Daunnya biasa digunakan untuk penyakit kulit seperti flek hitam pada wajah.  Cara penggunaannya sangat sederhana iaitu dengan mengambil daunnya yang mempunyai getah lalu getahnya disapu pada kawasan muka yang mempunyai flek hitam tersebut. Herba ini juga digunakan utk membantu mengubati kencing manis (diabetes) dan penyakit dalaman iaitu dengan cara meminum air rebusan daun tersebut yang sudah dikeringkan.  Daun Dewa juga dapat digunakan sebagai ubat Ketuat/Kutill. Cara penggunaannya dgn memotong daun herba ini dan tampal pada Ketuat/kutil tersebut, kemudian balut dengan kain bersih. Begitu juga jika terjadi bengkak, gunakan daun dan isi dengan cara menggiling dan tampal ke tempat yang bengkak.


Pegaga

Hydrocotyle asiatica

PEGAGA (Hydrocotyle asiatica). Herba ini mempunyai banyak spesies.  Ini termasuklah Hydrocotyle sibthhorpiodes, Centella asiatica U, dan Centella asiatica (L) Crb.  Dikenali di negeri China dengan nama Fo Ti dan di India dengan nama Gotu Kola.  Merupakan agen penyejuk, Antikanser dan Antiageing.  Herba ini banyak dikomersialkan di pasaran sebagai tonik darah dan minuman kesihatan malahan tidak kurang juga dijadikan sebagai bahan primer dalam pembuatan kosmetik dan ubat-ubatan.  Kaya dengan zat protein.  Digunakan secara tradisional bagi membantu mengelakan masalah kegemukan, selsema, demam kuning, penawar keracunan cendawan dan gigitan ular.  Herba ini merupakan penawar semulajadi bagi alahan, ulser perut, kencing berdarah, batu karang, melawaskan kencing, menghalang kesan-kesan penuaan (antiageing) seperti hilang tona otot dan rambut, merangsang peredaran darah, merawat cirit-birit dan menurun tekanan darah tinggi. Kini herba ini diekstrak untuk mendapatkan patinya bagi Tonik kesihatan badan dan mengurangkan panas badan.  Sementara itu, akar pegaga yang dihancurkan dijadikan minuman dan amat sesuai untuk wanita sebagai mengekalkan kesihatan wajah serta menghindarkan masalah kencing manis dan daunnya pula yang dilumat didemah untuk merawat sakit kulit di bawah kemaluan kanak-kanak (demah - daun pegaga yang telah dilumat diletak di atas batu yang panas dan dibungkus dengan kain bersih, kemudian dituang ke tempat berpenyakit).

Wednesday, May 25, 2011


Pecah Kaca

Strobilanthes crispus

PECAH KACA (Strobilanthes crispus).  Dikenali juga dengan nama Serbajadi (Kelantan, Msia), Pecah Beling, Jin Batu, Pecah Batu  (Malaysia), Kecibeling, Kejibeling, Enyoh Kilo,  (Indonesia).  Herba ini mempunyai pasangannya dengan nama Saricocalix crispus.  Herba ini merupakan agen diuretik.  Berasal dari Madagascar sehingga  Indonesia.  Mengandungi Kalsium Karbonat dengan peratusan tinggi dan jika direbus dari yang telah dikeringkan, pati airnya bersifat alkali lemah.  Mengikut kajian pakar, ekstrak tumbuhan ini mempunyai kompaun atau molekul yang mampu merencatkan pertumbuhan retrovirus (agen dalam jangkitan virus spt Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit - AIDS) dan mampu juga merencatkan pertumbuhan Sel Leukemia (Kanser/Barah Darah).  Terdapat banyak kompaun yang diasingkan dan dikenalpasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanilik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.  Dalam perubatan tradisional herba ini dikaitkan bagi membantu merawat masalah Kanser (Barah), Darah Tinggi (hypertension), Kencing Manis (Diabetes) dan Batu Karang.


Sumber:

Thomas Anderson (1832-1870)
Kajian Kusumoto dan rakan-rakan (1972)
Database APINMAP, Malaysia (UNESCO)

Lalang

Imperata cylindrica

LALANG (Imperata cylindrica). Herba ini amat dikenali oleh semua orang.  Ia merupakan tumbuhan perosak kepada tanaman terutamanya di kebun getah atau di kawasan tanaman kontan. Bunganya berwarna putih dan cantik dipandang apabila ditiup angin.  Di Perak dan Kedah banyak terdapat di atas bukit bersama  pokok  buluh. Walaupun hakikat manusia mengetahui tumbuhan ini adalah perosak tanaman tetapi dalam dunia warisan etnobotani yang menghuraikan hubungan manusia dengan tumbuhan, herba ini merupakan herba semulajadi ciptaan Allah swt yang sememangnya digunakan oleh masyarakat melayu sejak dahulu lagi dalam perubatan tradisi dan salah satu alat binaan rumah.  Kini lalang telah membuka mata banyak pihak terutamanya dalam bidang lanscape iaitu bidang pembuatan atap rumah rehat di persekitaran rumah kediaman.  Kegunaan dalam perubatan tradisional lalang memainkan peranan penting bagi membantu merawat penyakit asma (lelah), batu karang (pundi kencing), sakit perut, kencing manis (kerana akarnya mengandungi gula alami), demam dan  tonik melawas kencing.  Sementara abu dari pokoknya digunakan untuk sengal tulang (rheumatik).  Kebiasaan cara penggunaan herba ini adalah menggunakan akarnya yang telah dikeringkan, direndam di dalam air panas dan dijadikan minuman seperti teh.

Teja


Teja Medang

TEJA MEDANG (Cinnamomum inners).  Teja mempunyai beberapa spesies.  Ia termasuklah seperti Teja Lawang, Teja Lendir dan Teja Sarsi.  Tumbuhan berubat ini boleh ditemui di hutan hujan kita di kawasan tanah pamah, lereng bukit atau di tepi sungai yang berbatu.  Kegunaan Teja Medang untuk membersih darah, Teja Lendir dan Teja Sarsi sebagai campuran ubat sakit urat dan ubat bersalin bagi wanita.  Teja Lendir juga digunakan oleh pengilang ubat nyamuk sebagai bahan lengai dalam pembuatan ubat nyamuk.  Bagi Teja Lawang pula ia digunakan sebagai ramuan tenaga batin bersama Tongkat Ali, Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Emas, Alek Tembaga, Alek Besi, Susuh Ayam Hutan, Ubi Jago dan lain-lain bahan.  Sementara ramuan bagi wanita selepas bersalin pula Teja Lawang biasanya dicampur bersama Kemudu Bukit, Serapat Akar, Sesempit, Mata Pelanduk, Gajah Beranak, Kacip Fatimah Merah dan Bunga Pak Ma (Rafflesia)



Teja Lendir

Duri Semalu


Mimosa pudica L.

DURI SEMALU (Mimosa pudica L.).  Herba ini mudah ditemui di kawasan kebun, padang atau di tepi sungai.  Daunnya mudah dikenali kerana bila tersentuh daunnya akan kucup.   Pokok herba ini dipercayai oleh masyarakat melayu dahulukala bagi melenakan tidur bayi.  Ini bagi mengelakan bayi meragam (pokok herba ini diletak di bawah tikar atau alas tidur).  Kegunaan dalam perubatan tradisi adalah merupakan salah-satu ramuan dalam pembuatan tonik.  Daunnya pula digunakan untuk membantu mengubati bengkak  (lumat dan tampal).  Akarnya pula digunakansebagai campuran dalam akar kayu bagi wanita lepas bersalinKeistimewaan herba ini yang jarang manusia tahu adalah jika diakstrak mampu membantu masalah sengugut, menguat, mengecut, merapat, membersih saluran faraj yang diramu bersama buah manjakani dan daun sireh (sebagai pencuci alat kelaminwanita).

Getam Guri

Getam Guri

GETAM GURI.  Tumbuhan berubat ini mudah ditemui di kawasan kebun kelapa, tepi bendang, kebun pisang dan di tepi padang. Pokoknya boleh dijadikan bonsai atau tanaman hiasan kerana daunnya yang kecil, dahan mudah dilentur dan mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Kegunaan dalam perubatan tradisional untuk membantu merawat sesak nafas atau dengan kata lain penyakit yang membawa angin ke bahagian atas badan seperti gastrik dan medu. Cara penggunaannya ialah dengan mengambil 2-4 pokok dan ambil akarnya.  Akar yang dikeringkan boleh digunakan sebagai teh atau merebusnya dengan 6 gelas air dan biarkan baki air tinggal 2 gelas.  Air rebusan ini diminum dan diamalkan.

Bunga Getam Guri

Tuesday, May 24, 2011


Ulam Raja


Cosmos caudatus
ULAM RAJA (Cosmos caudatus). Dikenali juga dengan nama 
Beritang Berayun (Kelantan).  Herba ini berasal daripada Amerika Latin tetapi tumbuh meliar dan mudah ditemui di Florida, Amerika Syarikat.  Ia juga bukan lagi asing di negara kita, Malaysia kerana ditanam sebagai ulam, malahan kebanyakan restoran nasi ulam ada tumbuhan ini.  Berdasarkan kajian ahli botani/pakar makanan, herba ini mengandungi 3% protein0.4% lemak, dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.  Ia juga mengandungi antioksida (AEAC) yang amat tinggi di kalangan jenis ulam.  Setiap 100gm ulam raja segar berkeupayaan antioksida yang sama dengan 2,400mg L-asid askorbik.  Antioksida utama yang dikenalpasti terkandung dalam herba ini melebihi 20 jenis.  Bahan-bahan antioksida utama dikenalpasti disebabkan kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer melalui heksamer, kuersetin, glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik.  Keupayaannya untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.  Herba ini digunakan  secara tradisi sebagai ulam untuk memperbaiki peredaran darah, mencuci darah, menguatkan tulang,membantu mata sihat, antikanser terutama kanser kolon dan kanser payu dara (barah).  Bahan di dalam herba ini mampu membunuh sel kanser.  Malahan ulam raja juga, membantu pertahanan tubuh keseluruhannya.  Bagi anda yang tercari-cari penawar bagi kesihatan tubuh, gunakanlah herba ini kerana penyakit yang muncul kini, banyak berpunca daripada perut yang setiap kali berlakunya metabolisma maka muncullah pengoksidaan terutamanya pada darah.  Tekanan oksidatif bagai rantaian panjang yang tiada penghujungnya kerana ia tetap akan berlaku selagi manusia makan.  Malahan makanan yang ada kini semakin kekurangan zat dan ditambah dengan perisa, pewarna, penstabil, perasa dan bahan-bahan aktif yg memungkinkan kita terkena penyakit-penyakit yang berisiko.
Bunga ulam raja

No comments:

Post a Comment