Wednesday 5 September 2012

PEMBIAKAN DAN PENANAMAN


MANUAL PEMBIAKAN DAN PENANAMAN


ALATAN KERJA

I. Sudip tangan II. Serampang tangan
  1. Serampang
    - digunakan untuk menggembur tanah
  2. Sudip tangan
    - digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah
  3. Penapis
    - untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium
  4. Penyiram
    - digunakan untuk menyiram tanaman
  5. Sketuar
    - digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil

Sketuar

Penapis

Penyiram
BAHAN-BAHAN

I. Pasu II. Beg poli hitam
  1. Tapak semaian
  2. Beg poli hitam
  3. Pasu
  4. Hormor pengakaran
  5. Baja
  6. Racun

Jenis baja yang digunakan I. Baja kimia II. Baja organik ( najis haiwan )

PEMBIAKAN TANAMAN
  1. Tanaman dibiakkan dengan tujuan seperti :
    1. membanyakkan anak benih dan baka tanaman
    2. memelihara spesis tanaman
    3. memelihara alam sekitar
    4. mendapat keuntungan hasil jualan
  2. Jenis-jenis pembiakan tanaman adalah
    1. Pembiakan seks
      Membiakkan tanaman dengan menggunakan biji benih
    2. Pembiakan aseks
      Membiakan tanaman tanpa menggunakan biji benih
      • membiakkan dengan menggunakan keratan daun
      • membiakkan dengan menggunakan keratan batang
      • membiakkan dengan menggunakan akar
      • membiakkan dengan menggunakan rumpun
PROSES PEMBIAKAN

anak benih daripada beg poli perlu dipindahkan ke dalam pasu apabila besar

PENYEDIAN MEDIUM
  1. Nisbah Campuran
    • Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes
    • bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
    • Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
    • Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat
      • mengekalkan kelembapan medium
      • membaiki struktur tanah dan saliran
      • mengurangkan kepadatan tanah
      • lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia
    • Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
  2. Kompos
    Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput

Bahan campuran medium adalah terdiri daripada I. Tanah loam II. Bahan organik III. Pasir sungai

KERATAN BATANG

Keratan batang boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
I. Bahagian batang keras II. Bahagian batang sederhana keras III. Bahagian batang lembut
  1. Jenis keratan
    • Bahagian keras
      • Hendaklan dibuang semua daun
    • Bahagian sederhana keras
      • Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas sekali
    • Bahagian lembut
      • Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja
  2. Langkah-langkah penyediaan keratan batang
    • Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
    • Kerat dengan menggunakan sketuar
    • Buang daun-daun yang tidak diperlukan
    • Kerat batang kepada beberapa bahagian
    • Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
    • Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
    • Siram dan letakkan ditempat yang teduh
    • Batang keras - Alamanda kuning, Bunga raya, bunga ros dan bunga kertas

      I. Bunga ra II. Bunga Alamanda kuning III. Bunga kertas IV. Bunga ros

Semaian keratan batang boleh dibuat di dalam i. tapak semaian dan ii. Beg poli hitam

PENJAGAAN TANAMAN
  1. Merumput
    • Merumput dilakukan dengan tujuan membuang pesaing tanaman
    • Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklan dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan alatan yang sesuai seperti serampang tangan

    Rumput hendaklan dibuang untuk mengelakkan ia bersaing dengan tanaman

  2. Menyiram

      Tanaman berbatang lembut memelukan air yang lebih

    • Penyiraman dilakukan 2 kali sehari. Pagi dan petang
  3. Menggembur
    • Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran

    Mengembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera

  4. Membaja
    • Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman
    • Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu
    • Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan

    Membaja hendahkah dijauhkan sedikit daripada pangkal pokok
  5. Pengawalan
    • Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat
    • Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul

    I. Belalang II. Siput III. Kumbang

KAEDAH PEMASUAN

Menanam pokok didalam pasu sebenarnya lebih senang jika dibandingkan dengan menanam tanpa pasu. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor keperluan berikut:-
  • Menjimatkan bahan campuran tanah
  • Boleh diubah untuk tujuan hiasan dan jualan
  • Tumbesaran pokok boleh dikawal.
  • Kerja-kerja penyelenggaraan boleh dijalankan mengikut keselesaan pekerja
  • Faktor-faktor keperluan kehidupan pokok seperti baja, air, tanah, cahaya, suhu dan pengurusan perosak dapat dikawal.
Jenis-Jenis Pasu atau Bekas
Terdapat berbagai jenis pasu atau bekas di dalam pasaran. Pemilihan pasu yang sesuai bergantung kepada jenis tumbuhan yang hendak ditanam, tujuan menanam dan juga sifat pasu itu sendiri. Pasu yang dipilih mestilah mempunyai lubang saliran dibawahnya untuk mengelak pengumpulan air yang berlebihan.
Pasu tanah liat mempunyai dinding yang berongga untuk membantu pengudaran dan saliran. Pasu plastik dan seramik tidak mempunyai dinding yang berongga tetapi hanya terdapat lubang saliran. Biasanya pasu-pasu dari jenis ini didapati lebih menarik.
Bagi pasu plastik dan ceramik siraman harus berhati-hati dan dijarangkan kerana dindingnya tidak berongga. bagi pasu jenis plastik tidak perlu diletakkan kepingan-kepingan pasu di atas lubang seperti pasu tanah liat. Juga pasu plastik lebuh mudah dibasuh.
Sebagai panduan pilihlah bekas yang sesuai, murah, ringan, tahan, menarik dan bekas mestilah senang untuk mengeluarkan pokok untuk tujuan menukar pasu.
Cara-Cara Memasu
  • Pilih pasu yang bersih dan sesuai dengan pokok
  • Sediakan tanah campuran untuk pasuan - biasanya tanah J.I.P dengan nisbah 3:2:1 sesuai digunakan.
  • Aturkan serpihan pasu (crock) atau batu-batu kasar berlapis-lapis sehingga lebih kurang 1/4 daripada ketinggian pasu. Susunan janganlah sampai menutup rapat lubang-lubang pasu.
  • Isikan tanah campuran sehingga separuh bahagian pasu.
  • Letakkan pokok yang hendak ditanam di tengah-tengah pasu. Pokok mesti tegak. Isikan tanah campuran sehingga hampir penuh. Padat tanah keliling pokok. Siramkan sehingga kelihatan air keluar melalui lubang di bawah.

Letakkan pasu ini ditempat redup selama 4 - 7 hari. Siram tiap-tiap hari. Tempoh ini bergantung kepada pemulihan pokok berkenaan.
Pemasuan Semula
Pemasuan semula bertujuan menukarkan tanah lama kepada campuran tanah baru supaya mengekal tumbesaran dan kesuburan tanaman. Kerja-kerja lain dilakukan apabila terdapat tanda-tanda seperti:-
  • Keadaan tanah - melekat, padat, tanah cepat kering apabila disiram
  • Keadaan akar - berserabut, berbungkus ke atas dan juga keluar dari lubang-lubang bawah pasu
  • Keadaan dahan - pertumbuhan lambat, ranting halus dan rapuh
  • Keadaan daun - kuning, selalu gugur, tidak lebat, kecil dan tidak segar.
  • Keadaan Bunga - kecil dan selalu gugur sebelum kembang.

Cara-Cara Pemasuan Semula


Gunakan pasu lama atau baru. Jika pasu baru di rendam dalam air semalaman. Pasu lama pula perlu dibasuh bersih.


Sediakan pasu sepertimana biasa dan isikan serpihan pasu 1/4 pasu dan tanah campuran setengah pasu.


Cantas mana-mana bahagian tumbuhan yang tidak dikehendaki, serperti ranting mati, buruk, berpenyakit atau terkeluar dari bentuknya. Potong juga akar yang terkeluar dari lubang bawah pasu. Siramkan pokok yang dicantas. Selepas lebih kurang 1 jam boleh dikeluarkan pokok dari pasu.


Keluarkan pokok dari pasu. Rebahkan atau pusingkan pasu dan ketok bibir pasu perlahan-perlahan supaya tanah dan pasu terpisah. Kemudian pegang pangkal pokok dan tarik keluar perlahan-lahan.


Cantas mana-mana bahagian akar yang berserabut dan tidak dikehendaki. Bahagian akar dan tanah yang tinggal bolehlah dalam bentuk segiempat atau bulat. Sebanyak mana yang perlu dibuang bergantung kepada keadaan pokok, pasu dan akar yang penting akar utama tidak rosak.


Tanam sepertimana biasa. Padatkan tanah di sekeliling akar dengan ibu jari. Tambahkan tanah sehingga tanah sama paras dengan pangkal rokok. Hentakan pasu perlahan-lahan supaya tanah mendap.


Tanam pokok secukupnya. Letakkan seminggu di bawah teduhan. Kemudahan barulah dikeluarkan ke tempat biasa.

No comments:

Post a Comment