Sunday 5 August 2012

tumbuh rambut-buah keras


kemiri
Kandungan kimia yang terdapat dalam kemiri adalah gliserida, asam linoleat, palmitat, stearat, miristat, asam minyak, protein, vitamin B1, dan zat lemak. Bagian yang bisa dimanfaatkan sebagai obat adalah biji, kulit, dan daun.
Khasiat yang cukup dikenal masyarakat dari buah kemiri adalah memperkuat dan menyuburkan rambut. Untuk menyuburkan rambut, enam biji kemiri ditumbuk halus lalu ditambah air secukupnya dan dimasak hingga mengeluarkan minyak. Minyak tersebut digosokkan pada kulit kepala, tiga kali seminggu. Bisa juga dengan ramuan 10 gram kemiri, enam lembar daun mangkokan, dua lembar daun pandan wangi, enam lembar daun urang aring, 50 cc minyak kelapa, 50 cc minyak wijen, dua kuntum bunga mawar, 14 kuntum bunga melati direbus dengan 2.000 cc air hingga tersisa 1.000 cc. Kemudian rebusan disaring dan dioleskan ke kulit kepala setelah dingin sambil dipijat. Lakukan dua kali sehari.
Untuk mengatasi rambut rontok, 40 gram daun lidah buaya yang telah dikupas kulitnya, 20 gram daun mangkokan, dan 20 gram daun waru muda dihaluskan. Kemudian tambahkan 50 cc minyak kemiri hangat. Diaduk, lalu dioleskan pada kulit rambut hingga rata, diamkan beberapa saat lalu rambut dicuci hingga bersih.
Mengatasi sariawan, getah dari kulit batang kemiri ditambah santan kelapa secukupnya ditempelkan pada bagian tubuh yang sakit. Untuk sakit gigi, getah daun kemiri beberapa tetes dilumaskan pada gigi yang sakit.
Obat buang air besar yang berdarah, 20 gram kulit batang kemiri direus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, lalu disaring dan diminum airnya hangat-hangat. Obat disentri, 10 gram kulit batang kemiri direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, lalu disaring dan diminum airnya hangat-hangat sebanyak dua kali sehari.
Mengatasi diare, 20 gram kulit batang kemiri segar ditumbuk hingga halus lalu direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc. Rebusan kemudian disaring dan diminum sebanyak 150 cc, lakukan dua kali sehari. (erabaru.net)*

Kemiri yang biasa dipakai sebagai bumbu masakan ternyata memiliki manfaat luar biasa mulai dari perawatan kulit hingga rambut.
Kemiri mengandung zat gizi dan nongizi. Zat nongizi dalaam kemiri misalnya saponin, falvonoida, dan polifenol. Banyak peneliti telah membuktikan bahwa ketiga komponen ini memiliki arti besar bagi kesehatan. Kandungan zat gizi mikro yang terdapat dalam kemiri contohnya protein, lemak, dan karbohidrat.
Mineral yang dominan dalam kemiri adalah kalium, fosfor, magnesium, dan kalsium. Juga terkandung zat besi, seng, tembaga, dan selenium, dalam jumlah sedikit.
Kandungan penting lainnya dari minyak kemiri  adalah vitamin, folat, serta fitosterol yang dapat meruask enzim pembentuk kolesterol di dalam hati, sehingga menghambat pembentukan kolesterol.
Protein pada biji kemiri terdiri dari asam amino esensial maupun nonesensial. Fungsi asam amino esensial antara lain untuk pertumbuhan karena asam amino terdapat di semua jaringan dan membentuk protein dan antibodi.
Asam amino nonesensial yang menonjol pada kemiri, yaitu asam glutamat dan asam aspartat. Keberadaan asam glutamat yang memberikan rasa nikmat ketika kemiri digunakan sebagai bumbu. Hal itu membuat kemiri dapat mengganti penyedap masakan seperti MSG.
Manfaat Minyak Kemiri Untuk Rambut:
  • Menyuburkan Rambut
  • Menghitamkan Rambut
  • Mencegah Ketombe
  • Menguatkan Akar Rambut
Cara Pemakaian:
  • Kocok terlebih dahulu dan oleskan secara merata pada rambut dan biarkan selama 30 menit.Kemudian bilas dengan shampoo

ber yang boleh mengenyangkan sebagai gantian nasi
Lemon Juice Powder
Sebagai base makanan
Citric Acid
Kondisioner makanan
Guar Gum
Kondisioner makanan
ChiorophyII
Detox, bertindak sebagai pemversih darah
Fructose
Sweetener
Sucrolose
Sweetener
Maltodextrin
Filler
Goji Berry
Goji Berry diperlukan untuk melindungi hati, membantu penglihatan, meningkatkan imunisasi dan mengelakkan kanser
Collagen
Collagen diperlukan untuk menganjalkan kulit, kelihatan muda. Ia juga baik untuk kuku dan rambut
Manjakani
Merapatkan vagina wanita
Guarana
Meningkatkan paras tenaga
Cayenne Pepper
Meningkatkan metabolisma
Fenugreek
Membantu perbanyakkan susu badan
Calcium
Baik untuk kesihatan tulang, gigi dan diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan pureria mirifica
Vitamin E
Bertindak sebagai antioksida
Vitamin C
Vitamin C diperlukan untuk pembentukan collagen
Vitamin B6
Sistem imunisasi untuk antibodi yang diperlukan oleh golongan tua
Vitamin B12
Vitamin B12 diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan seperti penghasilan darah merah dan mengawal emosi
Vitamin B2
Mengekalkan mata dan kulit yang sihat
Vitamin A
Untuk kecantikan kulit dan mengekalkan mata yang sihat
Fennel
Melawaskan pembuangan air besar. Mengurangkan kesakitan semasa haid
Garania
Merencatkan selera makan, menghalang pembentukan karbohidrat menjadi lemak
Lobata
Menganjalkan payudara
Mirifica
Mengurangkan keguguran rambut, mengurangkan kedutan kulit, memperbaiki dan membantu sistem peredaran darah dalam badan
Astaxanthin
10x baik dari Beta Carotene dan 100x baik daripada Vitamin E




  • Jerawat yang teruk di muka atau di badan
  • Kulit kepala berkelimumur
  • Selalu pening
  • Telinga gatal
Kalau di saloon. Saya galakkan mereka membuat rawatan facial resdung , dimana kami membuat facial seperti biasa. Setelah muka di wapkan, kami akan asapkan muka pelanggan dengan rokok resdung.
Ada juga pelanggan yang membeli di kedai dan membuat sendiri. Tetapi..... Kesan dan kualiti kurang memuaskan kerana you all tak buat seperti kami buat di saloon.
Disini saya berikan satu tips orang melayu bagaimana untuk menggurangkan resdung di wajah. harus diingatkan bahawa resdung tidak boleh di hapuskan sama sekali, cuma amalan kita ni boleh menggurangkan alahan resdung ni.
Tips menggurangkan resdung
Ambil sedikit akar pokok betik hutan.Keringkan dan di cincang halus.Sebelum di mesin,kemudian isi ke dalam kapsul.Amalkan memakannya Dua biji pagi dan dua biji malam.Dan Insya Allah masalah resdung anda akan reda .Dalam masa yang sama juga.akar betik hutan ini,boleh juga di asah Kemudian sapu di seluruh muka dan sedutkan ke dalam hidung.Insya Allah berkesan.
Ohhh, Jika anda tahu anda ada resdung, kurangkan makanan yang boleh membuatkan anda terseksa. Contoh seperti ayam, telor, udang, sotong.
Semoga bertemu kembali, Jangan lupa untuk mendaftar kan diri anda sebagai peserta bengkel kami. Jumpa saya di sana

Selasa, 27 Januari 2009


Rambut Adalah Mahkota Wanita

Selamat pagi semua.
Lihat topik di atas. Betul ker? Sekarang ni ramai orang tak kiralah lelaki atau perempuan yang suka mewarnakan rambut dan membuat rebonding. Lepas tu mereka menggalami masalah rambut gugur , kering dan tidak bermaya. Kenapa yek??

Jika anda membuat rebonding atau mewarnakan rambut. Anda juga haruslah membuat rawatan rambut. Salah satu cara untuk megembalikan kesegaran rambut adalah menggunakan moisturizer rambut atau tonerrambut. Ini akan menggelakkan rambut anda menjadi kusam dan tidak bermaya. Satu lagi cara adalah stim atau wapkan rambut , kalau boleh setiap minggu. Kebaikan stim rambut adalah ianya untuk melembutkan rambut dan juga membersihkan kulit kepala kita jika kita menggalami kelimumur. Kelimumur akan hadir jika ubat rebonding atau pewarna rambut terkena di kulit kepala. So HATI -HATI JIKA MEMBUAT REBONDING DAN MEWARNAKAN RAMBUT.
Di sini saya akan turunkan beberapa panduan tentang penjagaan rambut. Harap ianya dapat dimanfaatkan kepada pembaca semua.

*Panjangkan Rambut*Ambil sekurang2nya empat batang serai. Rebus dan biarkan ia mendidih.Kemudian,biarkan sejuk dan Basahkan rambut.Biarkan selama setengah jam.Kemudian bersihkanRambut anda Lakukan dua kali seminggu.*Lembutkan Rambut*Jika anda bercadang untuk shampoo rambut pada pagi esok Malam sebelum tidur hendaklah anda menyapukan minyak Bayi keseluruh bahagian rambut,pada pagi esoknya,syampulah Rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut anda lembut seperti biasa.
*Menghitamkan Rambut*Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan.Gaulkan kedua-duanya kemudian lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas itu cuci rambut anda. Selamat mencoba.
*Elakan rambut gugur*Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-bersihnya. Lakukan dua kali seminggu.Insya Allah masalah rambut gugur tiada lagi.
*Khasiat Buah mengkudu*
Ambil tiga biji buah mengkudu yg sudah tua,Campurkan dgn sedikit air kemudian ramas dan tapis.Ambil airnya,lumurkan ke rambut yang berkelelumur.Biarkan selama 5 minit.Setelah itu cuci dengan sabun mandi.Dan lakukan beberapa kali sehingga kelelumur hilang.
*Mengatasi Rambut Gugur*Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda. Tumbuk hinga lumut.Gosokan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering, Kemudian,bilas dgn air suan dan cuci rambut menggunakan shampu. yang sesuai dengan anda.



Pegaga

Pegaga @ Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.

Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.

Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam




Khasiat Pegaga


Nama Tempatan : Pegaga
Nama Saintifik : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae

Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Order : Apiales
Famili : Apiaceae
Genus : Centella
Spesies : C. asiatica

Keterangan:

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Fakta sejarah
Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran

Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu

Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia

1. Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya
2. Pegaga Daun Lebar
3. Pegaga Kelantan
4. Pegaga Renek
5. Pegaga Salad
6. Pegaga Gajah
7. Pegaga Brunei

Kandungan

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk
revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
15. melambatkan proses penuaan

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

http://www.bio-asli.com

-------------------------------------------------

Tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.

Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu.

Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.

Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.

Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga, jenis pegaga yang agak popular ialah pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.

Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah.

---------------------------

Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.



Petua Untuk Mengelakkan Rambut Gugur atau Botak

Pilihan 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Pilihan 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Pilihan 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas.  Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Pilihan 5: Ambil kulit landak, lalu dibakar. Kemudian masak dalam minyak zaitun.  Seterusnya anda minyakkanlah rambut anda dengannya selama  9 hari.
Pilihan 6: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.
Pilihan 7: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.
Pilihan 8: Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama ½ jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.
Pilihan 9: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
Pilihan 10: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua Berkaitan Dengan Rambut, Bulu, Misai dan seangkatan dengannya

Koleksi Petua Orang-orang Tua dan Orang-orang Lama Untuk Kesihatan Umat Manusia. Petua-petua ini disusun mengikut kategori:

Petua : Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini. Ambil segenggam daun inai, mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan, kemudian sapulah pada rambut anda.


Petua : Kurangkan Misai atau Janggut
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut


Petua : Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik, Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insya-Allah, lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.


Petua : Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambil Daun Lidah Buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.


Petua : Sejukkan kepala & menghitam Rambut
Ambil daun bunga raya segenggam, kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga belendir. Selepas itu sapu di atas kepala beberapa minit sebelum mandi Insya-Allah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam.


Petua : Menghaluskan Rambut
Cubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.


Petua : Melambatkan Rambut Uban
Selepas membasuh tangan (selepas makan), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap. Insya-Allah, rambut anda tidak beruban.


Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar petua dari arwah nenek saya (dia meninggal semasa berumur 102 tahun) rambutnya masih hitam dan dia bagi petua pada saya katanya, kalau hendak lambat atau menahan uban daripada tumbuh, caranya :

Ambil segengam biji buah betik (banyak pun tak apa) yang dah masak kamudian jemur (keringkan), kemudian goreng dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, selepas itu tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insya-Allah menjadi.





Menghilangkan Tompok Hitam Bekas Jerawat
Ambil sepotong ubi kayu yang sudah dikupas kulitnya. Parut ubi kayu tersebut dan perah untuk mendapatkan airnya. Sapukan air perahan tersebut kemuka. Lakukan sebegini dalam masa seminggu

1. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

2. Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

3. Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.

4. Santan - Antara yang paling terkenal di kalangan orang Melayu ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal untuk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap setengah jam.



yak Kelapa - Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah- perah santan daripada dua atau tiga biji kelapa tua. Ambil yang pekat sahaja (dua kali perahan). Kemudian jerang di dalam kuali besar tebal. Sebaik-baiknya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sangat lama (hampir sehari). Kemudian biarkan ia sejuk dan baru dijaram pada kepala.

6. Minyak Bijan - Minyak bijan juga baik untuk melebatkan serta menghitamkan rambut. Agar lebih harum, minyak dicampurkan dengan bunga melati atau daun pandan. Bagi mengelakkan rambut hapak, sisa minyak dipastikan telah dibasuh sebersih-bersihnya.

7. Abu Batang Padi - Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi untuk mencuci rambut. Biasanya batang padi yang baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Hampas tapisan batang padi digunakan untuk mencuci rambut kemudian dibilas dengan air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dengan air biasa sebersih-bersihnya.

8. Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air dan genyeh pada kulit kepala. Ada juga yang rajin, mengumpul embun pada awal pagi dan diusap-usap pada pangkal rambut. Ia dipercayai mampu mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala.

9. Lendir Daun Bunga Raya - Lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala untuk menyejukkannya serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sebagai perapi.

10. Di kalangan wanita Barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng dan minyak bunga kesumba digunakan secara meluas untuk mengatasi rambut gugur. Ada yang menggunakan gel kaktus dan lidah buaya (aloe vera). Wanita Cina dan Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, akar Dong Quoi, teh herba Cina dan halia untuk merawat rambut mereka.

11. Sebenarnya, setiap wanita dari negara berbeza mempunyai cara tersendiri untuk merawat masalah kecantikan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bunga dan daun kayu yang digunakan juga berbeza, bergantung keadaan geografi serta cuaca dan musim di negara berkenaan. Misalnya, wanita New Zealand memanfaatkan buah kiwi untuk mengatasi seribu satu masalah kecantikan dan kesihatan mereka. [sumber]




No comments:

Post a Comment