Wednesday 29 August 2012

langkah lian




Gerak Lian - Sedikit Penerangan

1. Gerak Lian berbeza dari seni silat Melayu. Asalnya dari negeri China, dan mula berkembang di Johor dan ke utara melalui Mersing dan hingga ke Terengganu.
2. Silat ini lansung tidak ada kaitan dengan unsur-unsur mistik yang sinonim dengan silat-silat Melayu.
3. Silat ini bukan 'self defence' tapi bersifat 'self offence' maknanya, dalam bab gaduh, dia pukul dulu. Sebab dalam gaduh tak kira sapa gentleman. Yang kira, sapa menang.
4. Untuk keyakinan dan kekuatan fizikal, tak ada cara lain. Latihan fizikal seperti pumping kena buat tiap2 hari. Ini termasuk latihan lain seperti jogging, berbasikal, berenang, shadow boxing, dan lain2 aktiviti yang boleh menguatkan badan.
5. Tidak ada short-cut untuk jadi kuat. Dalam Gerak Lian tak ada konsep menurun atau download kebolehan2 luar biasa. Nak kuat, kena buat drill. Simple, macam martial art lain seperti Karate, Taekwondo, dan Kungfu, JKD, Wing Chun.
6. Tak ada unsur kurafat nak panggil jin atau hulubalang yang pesilat terpaksa hormat seolah2 mereka ni semua sama taraf dengan nabi. Ini semua yang jadi perosak aqidah Islam.
7. Atas dasar ini, gelanggang silat Gerak Lian boleh di adakan di mana2
8. Tak ada konsep buka gelanggang dengan bacaan atau mentera, atau yang amalan kurafat seperti kemeyan.
9. Sebab itu gelanggang USJ 4 lebih selesa diadakan di Masjid Annur USJ 4.
10. Tak ada seru2 dalam silat ini. Lagipun kalau nak gaduh mana ada masa nak seru2. Ini semua mengarut.
11. Kalah menang dalam bergaduh ditentukan oleh Allah. Kalau berlatih tapi kalau dah ditentukan oleh Allah yang kita akan kalah di tangan orang yang tak pernah belajar silat, maka kalah lah kita. Oleh itu dalam Silat Gerak Lian, jangan ada rasa takabur.
12. Silat ini memang tak ada seni tari dan gerak geri yang biasa dikaitkan dengan silat Melayu. Silat ini kalau dah jadi gaduh tak ada masa nak menari atau berjoget. Yang penting tumbuk atau perisai pergi dulu. Apa yang nak jadi lepas tu tak perlu fikir panjang.
13. Sesuai untuk wanita dan remaja.
14. Ringkas dan mudah - guna segala anggota untuk menang.



















Feb 24, '10 12:55 AM
for everyone
SUATU SOROTAN RINGKAS MENGIKUT RIWAYAT LISAN GENERASI MENGENAI ASAL USUL SENI SILAT MELAYU BELEBAT LIAN (BELIAN)
Alhamdulillahi rabbil aalamin. Wassolaatu wassalam ala sayyidina Muhammadin Waala aalihi wasohbihi ajmain. Amin.
Assalamuakum wrt. Selamat sejahtera semua pembaca laman. Terutama kapada pencinta seni beladiri Melayu aliran Lian Yunan dan Belebat Jemaja kepulaun Riau-Bentan dan lain-lain pengamal persilatan rumpun Melayu Nusantara yang saya hormati dan kasihi semua. Biar serumpun tak serupa tapi kita tetap bersaudara untuk kebaikan bersama. Insaallah.
Riwayat ini bermula pada tahun-tahun di penghujung abad ke 19 (1890an) bilamana saorang perantau – peniaga dari Perapat Sumatera telah singgah bermastautin di Kepulauan Melayu Riau – Bentan (Penduduk asalnya rumpun Melayu) namanya TOK MAT digelar orang. kemudiannya dikenali sebagai TOK MAT TOK PERPAT PANGLIMA HITAM. Tetapi ada pula yang beriwayat bahawa beliau ini ialah PAK KATUL yang digelar PAK HITAM atau Panglima Hitam atau dipanggil juga PAK HITAM DIRAJA seorang pendekar ahli pertapa di Gunong Daik. Dari alirannyalah konon lahirnya pula nama Silat Kwitang di Betawi dan di lain tempat… Semasa TOK MAT TOK PERPAT menetap di Kepuluan Riau atau Jemaja – Bentan itu beliau telah mempelajari sejenis silat tempatan yang diberi nama SILAT BELEBAT JEMAJA – BENTAN. Mengikut sesetengah pendapat seni silat itu adalah sejenis silat asli Melayu pembawaan Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya semasa kecil tinggal di Bentan yang telah belajar terlebih dahulu sebelum menyambung pelajaran silat dan kebatinannya dengan pertapa Sang Adi Putera di Bukit Pancalusa (Di Gunung Daik atau banjaran Gunung Ledang?) dan kemudiannya semasa di Jawa, mereka belajar pula dengan Pendita Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura (Ampeldenta / Surabaya). Erti Belebat dari sudut persilatan ini ialah langkahan-langkahan jurus tertentu bersama pergerakan anggota  tubuh berserta kaki dan tangan pada permainan seni pencak serangan dan mempertahankan diri (beladiri).
Semasa itu (1890an) juga datang pula saorang pendekar juga pedagang dan pendakwah dari Yunan (Cina Islam) yang dikenali namanya sebagai Syeikh Abdul Rahman Al Yunani (Ada kata namanya juga Ali Hassan). Adakah Syeikh Abdul Rahman seorang Cina Islam Yunan atau sebenarnya seorang pendakwah dan pedagang keturunan Arab asalnya ataupun ia seorang Melayu Nusantara yang pernah menuntut di Yunan? kerana Yunan adalah negara Islam di benua Cina yang paling Awal dalam sejarah – Hal ini perlu suatu kajian cermat bagi kebenaran sejarah. Syeikh Abdul Rahman Al-Yunani telah terjebak dalam beberapa pergaduhan jalanan ketika di Pulau Jemaja namun dengan mudah saja beliau dapat menewaskan semua lawannya daripada jenis kuntau Cina. Kehebatan beliau diuji pula oleh beberapa pendekar tempatan. Mereka termasuklah TOK MAT  TOK PERPAT PANGLIMA HITAM. Tidak semua silat aliran tempatan tewas ditangan Syeikh Abdul Rahman. Tetapi Tok Mat Tok Perpat telah memohon belajar juga dengan Syeikh Abdul Rahman kerana ia mendapati silat pembawaan Syeikh itu amat baik dan jika dipadukan dengan silat Belebat Jemajanya akan bertambah bagus lagi. Lantaran itu setelah tamat belajar TOK PERPAT PANGLIMA HITAM telah mengadunkan SENI SILAT BELEBAT JEMAJA – BENTAN itu dengan SENI LIAN YUNAN daripada Syeikh Abd Rahman Al Yunani. Kemudian  Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam telah berpindah  bermastautin di Pulau Bukum di selatan Singapura setelah beberapa lama di Pulau Jemaja. Generasi yang mempelajari silat Tok Perpat Panglima Hitam menamakan silatnya Silat Belebat Lian. Ertian Lian pada pembelajaran silat ini ialah liang liuk (Gayangan) gerakan halus pendekar yang berteras (bertapak) dan berseni hayyun (gerakan seni tangkas-gayong) berkelok  ke kiri  ke kanan ke hadapan dan ke belakang dengan pantas dalam maksud serangan dan belaan seni mempertahankan diri (Gerakan Seni Bunga Yunan).
Semasa di Pulau Bukum Tok Perpat Panglima Hitam didatangi dua orang muda yang ingin belajar kepada beliau (maaf penulis tidak menyebut sesiapa lagi yang selain dua orang ini kerana di luar pengetahuan  penulis) iaitu saorang  yang mempunyai talian darah dengan Kesultanan Singapura (Temasik) iaitu Y.M. TENGKU JAAFAR dan seorang lagi ahli pelaut – seorang perantau dari negeri Terengganu Pantai Timur Malaysia sekarang dipanggil  namanya PAK UDA JEN.
Kononnya Tok Perpat mempunyai seorang anak perempuan yang handal bersilat kerana asuhan ayahandanya Tok Perpat Panglima Hitam. Dalam suatu  ujian kepantasan, kononnya Tengku Jaafar tewas di tangan puteri ini menyebabkan beliau malu dan berundur diri merantau ke Semenanjung untuk menambah ilmunya. Kemudiannya beliau menetap di Dungun Terengganu kemungkinan atas nasihat sahabatnya Pak Uda Jen. Sebenarnya Tengku Jaafar belum tamat belajar dengan gurunya Tok Perpat semasa suwayambara itu berlaku. Sebab itu ia tewas dengan puteri serikandi gurunya itu.
Silibus Silat Belebat Lian Tok Perpat Panglima Hitam mempuyai 12 jurus utama. Ada juga orang yang menyebutnya Gayang Lian Lima, Buah Pukul Mersing, Lian Yunan, Buah Pukul Dungun, Gayong Belebat, Silat Belebat, Buah Buku Belebat, Silat Lian, Gayong Tumbuk, Buah Ku Jaafar Dungun, Silat Buah Ayah Da Manir dan ada yang dah berubah dengan nama lain sama sekali misalnya nama Seni Silat Warisan (Dungun), Silat Tok perpat Panglima Hitam (Dungun) yang tidak di sebut langsung nama Lian itu. Ada juga Silat Lian Belebat ini telah digabungkan silibusnya dalam satu perguruan silat yang memakai nama yang lain saperti mana perguruan Seni Silat Melayu Asli Sejati (Gerak Sejati) yang banyak mempunyai cabangan Silat Melayu Asli  tergabung di dalam pembelajaran silat perguruannya. Maaf  penulis tidak sebut semua nama perguruan silat lain yang  berketurunan silat Lian Yunan yang ada di Malaysia ini atau silat  rumpun Melayu Nusantara sebab perkara tersebut di luar pengetahuan penulis.
BIDANG PELAJARAN SILAT  BELEBAT LIAN (RINGKAS).
Peringkat Asas :
Melatihkan kemantapan kedudukan dan berbelebat iaitu di sebut belebat tinggi dan belebat rendah. Bermula dengan bergilir gilir (kiri dan kanan)melakukan pancungan tangan kebawah, tubuh badan pesilat berkedudukan menyendeng kiri dan kanan lalu melakukan tusukan tangan berpepisau kehadapan bertubi tubian, terus mara sepanjang gelanggang dan gerakan undur berkelek (sendeng) kiri dan kanan  dengan sisipan tangan kiri dan kanan hingga kembali ke tempat bermula.
Peringkat kedua:
Asas serangan tangan: Pesilat dilatih dengan tumbukan padu seturut dan tumbukan sumbang seturut (songsang), Tumbukan biring, Tumbukan  empat pedahat dan permainan siku.
Peringkat ketiga :
1. Asas serangan kaki: Pesilat diajar tendangan. Ada dua tendangan utama iaitu tendangan lurus dan tendangan sisi (jembret) dalam istilah pantai Timur Semenanjung disebut `tendang kuda sisi` dan pergerakan lutut.
11. Asas belaan (tangan, siku, lutut dan kaki).
Peringkat keempat:
1. Menerima buah asas resmi 13 biji (tanpa senjata). Melibatkan semua kemahiran 1,2 dan 3 di atas.
2. Pesilat diajar gerak pukul belebat (beregu) maksud latihan `sparing` pukulan Belebat Lian ini di Pantai Timur Semenanjung disebut  dengan istilah `Masuk Pukul` iaitu gerakan saling mendada dalam jarak selengan antara satu sama lain. Bergerak ke hadapan (penyerang) atau kebelakang (yang diserang) dengan pukulan bertubi-tubi dengan dua tangan, dua siku, dua lutut, dua kaki dan begitu juga buangan, tepisan pun cepat bertubi-tubi juga `siapa cepat dia dapat`. Pada peringkat ini juga pesilat juga berlatih membuat tangkisan, tepisan, elakan, kuncian (cekak) dan  juga jatuhan. Aplikasi buah pukulan asas yang 13 dan juga menggalakkan kreativiti sendiri ketangkasan diri. Melalui latihan-latihan yang lasak dan berat (Bengkak bengkil tubuh dengan cakap rinkasnya) inilah sebabnya terkadang pelajar Silat Belebat Lian hanya belajar sekerat jalan saja. Jika pelajar mahir `banyak perkara` di peringkat ini dia akan mula menyedari nilai persilatannya akan bidalan kata berikut:
Molek liannya- pada kemas kedudukan
Molek belebatnya- pada kaedah buangan
Molek cekak (kunci)nya- pada buah pukulan
Molek bunga (gayang)nya -pada surupan
PERINGKAT KE LIMA: Diajar gerakan lima jenis Bunga Lian Belebat disebut juga Pecah Tapak Empat Belebat Lian untuk aplikasi pelajaran berikut:
Lian bunga Satu:
1. Untuk pukulan (gelut) tangan kosong aplikasi buah pukulan asas 13.
11. Memberi buah asas kuncian 19  biji.
111. Permainan buah lapisan dua.                    
Bunga Lian Dua:
Untuk senjata keris dan senjata-senjata pendek.
Bunga Lian Tiga:
Untuk senjata tekpi (Trisula).
Bunga Lian Empat:
Untuk senjata tongkat-tombak-lembing.
Bunga Lian Lima:
Untuk senjata keris panjang dan pedang.
Peringkat Keenam:
Rahsia serangan dan rahsia belaan.
Peringkat ke Tujuh:
Kerohanian dan Pengiktirafan sebagai Guru.
Apabila Pak Uda Jen tamat belajar di Pulau Bukum dengan gurunya Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam beliau ingin pulang ke Terengganu. Gurunya berpesan jika bertemu dengan Tg. Jaafar hendaklah menyuruhnya datang semula ke Pulau Bukum untuk menamatkan pelajaran Belebat Lian dan untuk menerima mandat sebagai pewaris yang akan menurunkan ilmu persilatan itu kepada generasi berikut sebagaimana mandat yang diterima Pak Uda Jen. Pak Uda Jen telah bertemu semula dengan Tg. Jaafar di Dungun yang ketika itu telah mashor kepakarannya sebagai penangkap buaya ganas (sumber lisan dari arwah Ayah Da Haji Jusoh  iaitu Murid Tg. Jaafar).
Mematuhi pesanan gurunya Tok Perpat Panglima Hitam yang disampaikan oleh sahabat seperguruannya yang lalu (Pak Uda Jen) Tg. Jaafar kembali semula ke Pulau Bukum belajar dengan Tok Perpat Panglima Hitam hingga di khatamkan. Selepas tamat belajar di Pulau Bukum Tengku Jaafar pulang semula ke Dungun dan mengajar ilmu persilatan Belebat Lian. Ketika ini  penduduk Pantai Timur negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu (dari pantai timur Johor hingga Pahang, Terengganu dan Kelantan) sedang dilanda kegundahan kerana aktiviti perlanunan yang aktif sebab zaman kemelesetan ekonomi selepas perang dunia pertama. Kumpulan perompak laut (lanun) yang paling ganas dan ditakuti ialah kumpulan Pendekar Helang Merah. Pendekar Helang Merah memang hebat ilmu persilatannya. Ia boleh melompat terbang dari kepala jong (kapal)nya yang berlabuh hingga ke gigian pantai. (Sumber lisan dari Pendekar Pak Khalid – Silat Cekak Pongok @ Punggok Dungun). Pendekar Helang Merah sebenarnya orang Kelantan tapi berguru di selatan Johor. Mungkinkah gurunya juga Tok Perpat Panglima Hitam? Sebab mengikut cerita lisan  apabila  Lanun Helang Merah tamat belajar dengan gurunya dia memberitahu kepada gurunya ia mahu kerja `Melanun` (menjadi perompak laut). Zaman dulu sesetengah tempat di Nusantara dakwah dalam syariat agama islam belum meluas jadi perbuatan melanun atau merompak itu semacam suatu pekerjaan khas atau sambilan oleh orang handal dan berani (yang mana dosa pahala tidak diambil berat) di sesuatu tempat dan juga ia bermusim mengikut banyaknya kegiatan perniagaan melalui pesisir laut. Apabila Helang Merah memberitahu gurunya ia mahu melanun saja kerjanya dan nasihat gurunya yang mengata `jangan` dia (Helang Merah) tidak ikut. Gurunya yang kasihkan murid itu berpesan` Jika engkau mahu melanun juga jangan lah engkau menjejak kakimu (merompak) di tanah Dungun `nanti engkau terkena bahaya`. Takwilan daripada larangan ini semacam ada satu firasat gurunya yang ia akan tewas di Dungun atau kalaulah guru Helang Merah ini memang Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitam juga  tentulah beliau tahu ilmu pendekar yang ada di Dungun itu (muridnya juga) lebih tinggi dan lebih banyak diberi rahsia ilmu persilatannya daripada Helang Merah yang berniat jahat bila menguasai ilmu persilatan. Wallahu`alam.
Anggota Perompak Lanun Helang Merah mengikut cerita lisan daripada salah seorang penduduk lama Dungun sekarang (Pak Manan – pakar rawatan urut dan patah di Belakang Hospital Dungun sekarang) terdiri dari sembilan orang pendekar. Mengikut kata Pak Manan dan juga Pendekar Silat Seni Cekak Melayu Asli (Pak Khalid) Dungun kesemua mereka memakai nama samaran belaka iaitu: Helang Merah, Tagar Maut, Kerisik, Demam tak Kebah, Tunggul buloh, Sabut Kering, Urat Dawai, Guruh, Buloh Sumpit (nama samaran terakhir yang tiga itu tidak pasti benar oleh kedua orang sumber kerana mereka sudah `ingat tak ingat` kerana peristiwa berlaku zaman tahun 192oan.
Pada suatu masa tahun 1920an penduduk Dungun (Trg) gempar mengatakan kedatangan sebuah jong lanun Helang Merah di perairan Dungun. Mengikut cerita lisan, pendekar pendekar Dungun di bawah pimpinan Tengku Jaafar murid Tok Mat Tok Perpat Panglima Hitamlah yang bertindak sukarela untuk memberkas kumpulan lanun ini. Tengku Jaafar melantik lapan orang pendekar pilihannya untuk menentang lapan orang anggota lanun Helang Merah (Sama ada Pak Uda Jen sahabatnya juga berserta tidak  dapat di pastikan). Manakala beliau sendiri akan menentang satu sama satu dengan Helang Merah. Pada suatu malam apabila Jong Helang Merah berlabuh di pantai Dungun dengan tujuan merompak, Tengku Jaafar dan orangnya menunggu di pantai dengan membuat unggun api dan berlagak seperti orang kampung memanggang ikan yang ditangkap. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian perompak laut tersebut untuk ditangkap. Tengku Jaafar memberi tugas satu lawan satu. Apabila Helang Merah melihat unggun api `orang kampong itu` ia memerintahkan orang-orangnya datang menyerbu terlebih dahulu manakala beliau masih di kapal. Berlaku perkelahian sengit antara lapan orang pendekar pimpinan Tengku Jaafar dengan lapan orang pendekar pengikut Helang Merah. Dengan menggunakan kaedah persilatan Belebat Lian kelapan orang perompak itu dapat ditewaskan dan diberkas oleh orang-orang Tengku Jaafar.
Setelah berjaya Tengku Jaafar telah mencabar Helang Merah turun dari kapalnya untuk berlawan satu lawan satu dengan beliau. Cabar mencabar berlaku. Untuk memancing Helang Merah turun dari kapal lanunnya Tengku Jaafar telah membaling kerisnya ke arah Helang Merah yang sedang berdiri di haluan kapalnya (ertinya Tengku Jaafar tidak bersenjata sekarang) lalu Helang Merah melompat terbang menyambar keris yang dibaling ke arahnya dan beliau mendarat dengan baik di gigi air separas betis di mana Tengku Jaafar berdiri lalu berlakulah pergelutan silat antara kedua mereka dengan begitu sengit sekali. Akhir sekali tewaslah Helang Merah dengan kuncian kemas dari Tengku Jaafar. Helang merah dan gerombolannya dibawa ke balai polis Dungun untuk menghadapi pengadilan kerana jenayah merompak mereka. Dari tarikh peristiwa itu terkenallah silat aliran Tengku Jaafar dengan nama Buah Ku Jaafar atau Buah Dungun. Tetapi yang asalnya ialah Seni Silat Belebat Lian atau Belian Tok Perpat Panglima Hitam.
Kemashuran nama Tengku Jaafar atas peristiwa menewaskan Perompak Lanun Helang Merah yang ditakuti penduduk sepanjang pesisir pantai timur semenanjung itu cepat merebak maka ramailah para pencari ilmu persilatan yang berkesan dalam pergelutan sebenar menjadi murid Tengku Jaafar. Antara yang tersohor antara mereka ialah Awang Hakim Mersing dan Ayah Da  Haji Jusoh Bukit Gemuruh K. Berang Trg. (lain sebutan: Ayah Da Paloh dan Ayah Da Manir). Awang Hakim Mersing itu mungkin orang yang sama dengan Pendekar Awang Daik atau pun bukan, telah membuka aliran Tengku Jaafar di Mersing dan mungkin dengan nama `Buah Pukul Mersing` yang mashur itu atau pun dengan nama silat lian yang lain. Walau bagaimana pun Awang Hakim itu mungkin juga seorang Terengganu dan`Bukannya Awang Daik` sebenar yang mashor dalam persilatan Lian Mersing. Kerana sebahagian besar penduduk Mersing itu zaman dulu ialah para perantau dari gulongan nelayan Terengganu juga. Jika Tuan guru Awang Daik bukan murid kepada Tengku Jaafar bermakna keturunan silat Lian beliau yang bersasilah daripada Syeikh Abd Rahman al Yunani  adalah dari pendekar lain yang juga menjadi murid kepada Syeikh Abdul Rahman Al-Yunani. Tetapi silat Lian beliau bukanlah Silat Belabat Lian aliran Tok Perpat Panglima Hitam. Hal ini mungkin lebih jelas penghuraiannya oleh para pencinta Silat aliran Lian Yunan dari jalur salasilah persilatan beliau sendiri.
Di Terengganu silat aliran Belebat Lian telah merebak dari dua pendekar utama Murid Tok Perpat iaitu Pak Uda Jen dan Tengku Jaafar. Murid Tengku Jaafar yang tersohor mainan Belebat Lian ialah Pendekar Che Muda bin Haji Jusoh (Ayahda Hj. Jusoh) yang ada talian darahnya dengan Syeikh Abadul Malik bin Abdillah (Tok Pulau Manis pengarang kitab Hikam Melayu) yang susur galur keturunannya hingga  kapada Sayyed Hussein jamadil Kubra Moyang muyut kapada para Wali Sembilan Indonesia. Kuburan beliau sekarang berada berjiran dengan makam keramat Tok Pulau Manis, Terengganu. Silat Belebat Lian aliran beliau sekarang sedang dipelihara dan dikembangkan oleh Guru Seni Silat Melayu Asli sejati Ustaz Haji Wan Ismail W.E. al Fakir Ilallah yang juga ada talian keturunan dengan sayyed Hussein Jamadil Kubra melalui jalur keturunan Syeikh Abdul Malik Abdillah (Tokku Pulau Manis dan menerima mandat secara bersasilah guru (bersanad)mengajar kitab Hikam Melayu Tok pulau Manis – sekarang) dan juga mendapat mandat dari arwah Pendekar Arifinbillah Ayah Da Hj Jusoh yang juga murid kepada pendekar Tok Wali Hassan Cik Hir. Wallahu`alm.
diambil dari Laman Web Rasmi Seni Silat Melayu Asli Sejat



Tuesday, August 21, 2012


Teknik Gayang Lima - 2

Lian buah pukul merangkumi pukulan keliling 360 darjah. Ia bukan hanya sekadar berdepan dengan musuh dan buat pukulan gulung macam keretapi, kedepan dan kebelakang. Bila berdepan dengan orang yang bukan ahli bolehlah begitu. Bagaimana jika musuh kita seorang ahli silat dan buah pukul yang tahu gunakan unsur unsur gelek dan elak serta elat. Atau musuh kita ramai dan berdiri keliling.

Dalam Gayang Lima, penekanan terhadap terhadap pukulan tunggal, pukul lapis pukul, gelek, melangkah dan elak amat dititikberatkan. Dibawah ini ditunjukkan bagaimana permainan siku dalam Gayang Lima boleh dilapis dan pukul dengan elemen gelek yang tersedia ada pada Lian. Tidak ketinggalan juga, sapuan yang boleh dilakukan bersempena degan langkah Lian yang kita buat. Selamat mencuba. 










Semuanya Berkenaan Buah Pukul
[ ]Topik Umum Buah Pukul
Tulis apa sahaja topik mengenai buah pukul di sini
Moderator: buah pukul
546on Aug 13, 2012, 7:21am
by cucugajah
in Video Pengakuan Pak Ma...
[ ]Buah Pukul Mersing
Bincang Buah Pukul Mersing di sini
18on Nov 17, 2011, 11:41am
by Lian Paduka
in BPM Gelanggang Pak Mat...
[ ]Gayang Lima
Bincang mengenai Gayang Lima di sini
323on Aug 13, 2012, 6:56am
by cucugajah
in Gayang Lima gelanggang...
[ ]Lian Padukan
Bincang mengenai Lian Padukan di sini
23on May 27, 2010, 12:50pm
by dan
in Lian Padukan Terengganu
[ ]Jurus Senjata Lapan
Bincang mengenai Jurus Senjata 8 Pak Mat Kedidi di sini
22on May 17, 2010, 4:01pm
by js8
in Majlis Tahlil
[ ]Gerak Silat Lian
Bincang mengenai Gerak Silat Lian di sini
11on May 17, 2010, 11:57am
by buah pukul
in Sejarah Gerak Silat Lian
[ ]Lain-lain Aliran Buah Pukul
Bincang mengenai aliran Buah Pukul selain di atas
217on Aug 27, 2012, 2:38pm
by cruelpredator
in Lian Yunan, Kwangtung


Info Center


Orang Kayu @ Wooden Dummy

Assalamualaikum w.b.t... Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku belajar ini, Sparring Partner utama yang digunakan ialah Orang Kayu @ Wooden Dummy. Sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana latihan menggunakan Orang Kayu dibuat iaitu1. Teknik menggunakan anggota kaki untuk blocking/menyerang dilakukan ke atas Orang Kayu => Teknik blocking dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian anggota tapak kaki yg berlengkuk !=> Teknik serangan pukulan dibuat dengan menggunakan anggota tapak kaki di bahagian hadapan ( untuk Lian jurus # 6 & # 7 ) . Juga dengan menggunakan anggota tumit kaki ! ( untuk Lian jurus # 8 & # 9 ) 2. Teknik menggunakan anggota lutut untuk blocking / menyerang di buat dengan menggunakan Orang Kayu .=> Sifu aku memberi tunjuk ajar tentang bilamana seorang pengamal Lian menggunakan anggota lutut untuk melakukan serangan maka teknik yang betul ialah kedudukan posisi anggota badan hendaklah melentur ke belakang sedikit ! Ini untuk memastikan agar pukulan anggota lutut kita tepat mengenai ke sasaran yang di buat !Di bawah ini aku sertakan beberapa video yang aku perolehi daripada YouTube yang berkaitan dengan Orang Kayu . Teknik yang ditunjukkan adalah seakan serupa sepertimana yang Sifu aku telah memberi tunjuk ajar kepada aku 

Teknik Anggota Siku & Kaki

Assalamualaikum w.b.t.... Alhamdulillah aku suka berkongsi akan beberapa teknik yang terdapat dalam majalah Beladiri edisi untuk bulan August ini. Antara teknik yang sebenarnya amatlah berkesan untuk kita menumpaskan pihak lawan sekiranya kita menguasai & mahir dalam pergunaan teknik menggunakan anggota siku !Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) mempunyai beberapa teknik anggota siku yang popular ialah teknik siku helang,siku sendeng , siku kapak & Angkat Siku !Silalah mengadap guru sekiranya ingin mengetahui & mempelajari secara lebih terperinci akan semua teknik anggota siku yang di atas . Secara peribadi aku sangat mengemari akan teknik siku kapak & juga teknik angkat siku !Teknik di atas boleh digunakan sekiranya kita dengan tidak semena mena tanpa disangka diserang daripada arah belakang ! Perlu difahami kawasan sasaran serangan kita ialah dengan cara kita menyerang dengan menekan anggota pelapik sendi lutut pihak lawan dengan menggunakan anggota tapak kaki kita !Percayalah dengan teknik yang sebenarnya kelihatan mudah ini membolehkan kita menumpaskan apa jua pihak lawan tanpa mengira saiz anggota badan lawan kita tersebut !Lihatlah YouTube di atas bagaimana Tony Jaa & Jason Bourne mengunakan ilmu beladiri masing masing dalam street fighting ! Jason Boune sedang beraksi !

No comments:

Post a Comment