Wednesday 11 July 2012

tunjuk langit1





Paku Tunjuk Langit atau nama botaninya helminthostachys zeylanica juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti akar tunjuk langit, jelai, pancar bumi, tongkat langit, flowering fern dan  australasian fern. Ia dijumpai di kawasan redup yang terbuka dan bertanah liat atau laterit seperti di kebun getah. Batangnya berupa rizom di bawah tanah dan dari rizom ini munculnya akar-akar serabut yang tebal. Daunnya adalah dari jenis daun majmuk yang terdiri dari banyak anak daun. Bahagian paling atas yang merupakan sporangium yang terbuka menegak keatas. Sporangium ini tersusun rapat tetapi tidak melekat antara satu sama lain dan membentuk kapsul yang hampir bulat bentuknya.
Di gunakan untuk rawatan.
Meredakan Batuk - Rizomnya ditumbuk hingga halus dan dikunyah bersama pinang.
Merawat Berak Darah (Disentri) - Akarnya ditumbuk halus dan direbus. Air rebusan ini ditapis, disejukkan dan diminum.
Merawat Lemah Syahwat - Keseluruhan pokok ini termasuk akarnya direbus dan air rebusan ini diminum.

No comments:

Post a Comment