Wednesday 11 July 2012

buah ajaib melekat pada lidah


asa manis buah ajaib melekat pada lidah untuk tempoh sehingga tiga jam
SEJAK kebelakangan ini, ramai yang beralih mengambil makanan tambahan daripada herba
kerana dijamin selamat dan tidak memberikan kesan sampingan. Pelbagai herba baru muncul
di pasaran walaupun tumbuhan berkenaan sebenarnya sudah lama wujud dan dijadikan
ramuan sebagai makanan kesihatan.

Sweet berry yang digelar buah ajaib atau "miracles berry" yang berasal dari Afrika Selatan
adalah antara herba yang semakin mendapat tempat.
Mendapat nama daripada keunikan rasa buahnya yang manis serta bertahan selama dua
hingga tiga jam selepas memakannya. Sebarang makanan atau minuman yang masam, jika
dimakan dalam tempoh dua hingga tiga jam akan berasa manis kerana rasa manis "sweet
berry" ini melekat pada lidah.
Pokok yang dikategorikan sebagai tumbuhan liar ini mempunyai daun yang lebar, lonjong dan
berwarna hijau tua. Buahnya bersaiz kecil seperti biji kopi, namun sedikit lonjong, dan biasanya
bertukar warna merah apabila matang.
Tinggi pokok boleh mencecah sehingga 6.1 meter dan ia ditemui hidup meliar di kawasan hutan
di benua Afrika iaitu di Ghana dan Nigeria.
Pokok ini mula didokumenkan pengkaji Chevalier des Marchais yang melakukan kajian
mengenai tumbuhan di barat benua Afrika. Dalam kajiannya itu, Marchais mendapati
masyarakat setempat selalu mengunyah buah ajaib sebelum makan hidangan mereka.
Selepas diselidiki, beliau mendapati buah berkenaan meninggalkan rasa manis dan ia kekal
sehingga tiga empat jam walaupun selepas memakan makanan masam.
Buah ajaib mempunyai rasa yang manis namun kandungan gulanya tidak memudaratkan
 1 / 2Buah herba
kesihatan. Gulanya mengandungi protein miraculin yang merangsang deria rasa manis pada
lidah, ia dapat mengubah rasa masam walaupun rasa cuka sekalipun.
Pokok ini mudah untuk ditanam dan sesuai dengan cuaca di negara ini. Buah ajaib memerlukan
air dan matahari yang banyak sepanjang tahun.
Kadar pH tanah yang sesuai bagi penanaman pokok ini ialah 4.5 hingga 5.8, dan pokok
sukakan tanah yang sedikit lembap dan biasanya akan berbuah selepas setahun ditanam.
Pokok ‘sweet berry’ mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Contohnya daunnya
digunakan untuk mengubati sakit gigi, manakala untuk penghidap kencing manis, mereka perlu
memakan tiga helai daunnya setiap hari dan dipercayai boleh mengurangkan kadar gula yang
tinggi dalam darah.
Selain itu, dikatakan daun buah ajaib sesuai dimakan apabila tidak sedap badan seperti hendak
demam. Rasa daunnya agak pahit dan sedikit pedas.
Selain mujarab dan mempunyai banyak khasiat, pokok ini sesuai dijadikan bonsai dan pokok
pagaran bagi menghias kediaman.
Oleh kerana ia mempunyai khasiat yang banyak, harga pokok sweet berry yang sedang
berbuah lebat mencecah RM500, manakala anak pokok biasanya dijual pada harga RM20
hingga RM80 bergantung kepada saiz.
Fakta:
# Nama: Miracle Berry, Miracle Fruit, Sweet Berry
# Nama Saintifik: Synsepalum dulcificum
# Buah ini menjadi isu hangat dalam industri makanan di Amerika Syarikat pada 1970 apabila
ada usaha mahu menjadikannya bahan gula gantian, malah sehingga kini Pihak Berkuasa
Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat hanya melabelkan sweet berry sebagai makanan
tambahan bukannya gula.
# Di Jepun buah ini popular di kalangan pesakit diabetis dan mereka yang mengikut program
penurunan berat badan.
# Selain dimakan, buah ini boleh didapati dalam bentuk yang dikeringkan dan diproses menjadi
pil yang lebih mudah disimpan. Buah ajaib kering sangat popular untuk jualan melalui internet.
S


Pokok ajaib

Nama Tempatan:Pokok ajaib
Nama Saintifik:Synsepalum dulcificum
Nama Lain:Miraculous berry, buah ajaib,pokok ajaib, miracle fruit,miracle berry,magic berry
Famili:Sapotaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan di Nurseri Melur
Asal:Afrika Barat

keterangan:

pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik.Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid.Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, Ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut.Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.

Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.

Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.

kegunaan:

Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis


No comments:

Post a Comment