Sunday 15 July 2012


khasiat bayam


BAYAM

 Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

khasiat sayur bayam



  • Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. 
  • Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi kerana bayam mengandungi asid aksalik 
  • bayam merah kaya dengan vitamin A
  • bayam cina kaya dengan vitamin C , kalsium, dan zat besi
  • ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
  •  bayam kaya dengan vitamin C dan A. (menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas )







Bahan-Bahan:
250 gm bayan
1 sudu minyak makan/salad
2 ulas baeng merah (dihiris tipis)
¼ cawan air
1 batang lada merah (dihiris tipis menyerong)
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tumbuk:
60 gm ikan bilis (dibersihkan,direndam & ditoskan )
3 ulas bawang putih
Cara:
Petik daun bayam dari batangnya. Buangkan akar & batangnya yang keras. Potong-potongkan batang yang muda supaya menjadi panjang 2.5 cm & siat kulit luarnya. Cuci & toskan sayur itu. Pijarkan minyak & masukkan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bawang merah & gorengkan selama 2 minit. Kecilkan api. Masukkan air,lada & serbuk perasa secukup rasa. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup untuk selama 1-2 minit lagi. Masukkan daun bayam & padamkan apinya. Tutup periuknya & biarkan sayurnya masak dalam wap selama 1-2 minit.sesuaikan rasanya & kacau rata-rata. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan dengan segera dengan nasi putih,ikan goreng & samba.


PANDUAN MENANAM BAYAMPENGENALANBayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium danbesi.JENISTerdapat 2 jenis bayam iaitu:Bayam berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar dan kadangkala berdaun bujur.Bayam berwarna hijau keunguan dan kemerahan.TANAHBayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah di antar 5.5 – 6.5 adalahpaling sesuai.PENANAMANMenyediakan BatasBajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas. Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan 760 cm panjang. Jarak antara batas ialah 46 cm. Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas.MenanamBayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan bijibenih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas. Selepas 2-3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 8-10cm antara pokokdan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum di ubah ke batas. Sebelum menyemai, gaulkan biji benihdengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm Thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakitmelecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak benih dengan baja larutan urea sebanyak 4 gm dalamseliter air. Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batasyang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.PENJAGAANMembajaBaja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaul kedalam batas. Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar.Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan 100 kg N, 23 kg P2O5, 144 kg K2O sehektar.pada hari ke-4 dan hari ke 10-14.Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok.MenyiramBayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya. Dalam musim panas siram 2 kali sehari.SungkupanSungkupan diletakkan di atas batas selepas manabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau rumputrumput kering sebagai bahan sungkupan. Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, pertumbuhan rumput rampaiserta memperbaiki struktur serta kesuburan tanah.MerumputKawalan rumput rampai dilakukan sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.MEMUNGUT HASILBayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi. Kutipan dibuat 3-7 hari sekali. Pokok dicabut atau dipotong batangnya.Tanam di tanah yang mempunyai saliranyang elok. Amalkan giliran. Elakkanmenyiram berlebihan. Gaulkan 3 gm Thiram (80WP) dengan 100 gm biji benihs

No comments:

Post a Comment