Sunday 15 July 2012

BAYAM






PANDUAN MENANAM BAYAM
PENGENALAN
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan
besi.
JENIS
Terdapat 2 jenis bayam iaitu:
Bayam berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar dan kadangkala berdaun bujur.
Bayam berwarna hijau keunguan dan kemerahan.
TANAH
Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang
kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah di antar 5.5 – 6.5 adalah
paling sesuai.
PENANAMAN
Menyediakan Batas
Bajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas. Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan 760
cm panjang. Jarak antara batas ialah 46 cm. Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas.
Menanam
Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan biji
benih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas.
Selepas 2-3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 8-10cm antara pokok
dan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.
Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum di ubah ke batas. Sebelum menyemai, gaulkan biji benih
dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm Thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakit
melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak benih dengan baja larutan urea sebanyak 4 gm dalam
seliter air. Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batas
yang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.
PENJAGAAN
Membaja
Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaul kedalam batas. Lebih kurang 5 tan
metrik baja ini diperlukan untuk sehektar.
Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan 100 kg N, 23 kg P2O5, 144 kg K2O sehektar.
pada hari ke-4 dan hari ke 10-14.
Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok.
Menyiram
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya. Dalam musim panas siram 2 kali sehari.
Sungkupan
Sungkupan diletakkan di atas batas selepas manabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau rumputrumput kering sebagai bahan sungkupan. Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, pertumbuhan rumput rampai
serta memperbaiki struktur serta kesuburan tanah.
Merumput
Kawalan rumput rampai dilakukan sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.
MEMUNGUT HASIL
Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi. Kutipan dibuat 3-7
hari sekali. Pokok dicabut atau dipotong batangnya.Tanam di tanah yang mempunyai saliran
yang elok. Amalkan giliran. Elakkan
menyiram berlebihan. Gaulkan 3 gm
Thiram (80WP) dengan 100 gm biji benih
s

khasiat bayam


BAYAM

 Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

khasiat sayur bayam



  • Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. 
  • Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi kerana bayam mengandungi asid aksalik 
  • bayam merah kaya dengan vitamin A
  • bayam cina kaya dengan vitamin C , kalsium, dan zat besi
  • ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
  •  bayam kaya dengan vitamin C dan A. (menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas )

, F1 baka 423, amaranth

Posting asal, 5 Januari 2011.

5 pek RM10.00
Pesan melalui emel, iskandar.abdulrashid@gmail.com

Benih Bayam Putih Daun Bulat bakan 423

Bahan-Bahan:
250 gm bayan
1 sudu minyak makan/salad
2 ulas baeng merah (dihiris tipis)
¼ cawan air
1 batang lada merah (dihiris tipis menyerong)
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tumbuk:
60 gm ikan bilis (dibersihkan,direndam & ditoskan )
3 ulas bawang putih
Cara:
Petik daun bayam dari batangnya. Buangkan akar & batangnya yang keras. Potong-potongkan batang yang muda supaya menjadi panjang 2.5 cm & siat kulit luarnya. Cuci & toskan sayur itu. Pijarkan minyak & masukkan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bawang merah & gorengkan selama 2 minit. Kecilkan api. Masukkan air,lada & serbuk perasa secukup rasa. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup untuk selama 1-2 minit lagi. Masukkan daun bayam & padamkan apinya. Tutup periuknya & biarkan sayurnya masak dalam wap selama 1-2 minit.sesuaikan rasanya & kacau rata-rata. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan dengan segera dengan nasi putih,ikan goreng & samba.





HANYA 1 NYAWA YANG SELAMAT

POSTED ON MARCH 10TH, 2011 BY 
.
harini pun lambat ke udara. kepala tingtong la… dari malam tadi. anak-anak ajak g tengok dikir barat pun kakngah tak pergi. Abem sorang jek yang bawak diorang pergi. tak tau apa sebabnya. nak kata kene hujan.. tak pulak. lagi satu, kakngah takde pun minum nescafe. mak bedah ajak beramas mesra pun tak mendapat sahutan… :P
masih ingat lagi kotak semaian kakngah minggu lepas??? mari kita tengok progress minggu ini…
anak kailan
kotak 1 – benih kailan 
dedaun anak kailan dah keluar urat daunnya.
anak kangkung
kotak 2 – benih kangkung
haritu kan anak kangkung tak sempat bercambah sebab adief dah kokak ngan spanar. tak di sangka-sangka.. ada jugak 1 nyawa yang terselamat.
anak bayam
kan ada lagi 1 kotak semaian yang kosong…
yang itu Abem semai benih bayam. tah bila Abem semai pun kakngah tak perasan. alik-alik Abem bagitau anak bayam dah bercambah. tak dapat la kakngah nak snap step by step menyemai benih. kene tunggu kitaran yang akan datang la nampaknya.

3. BayamPenanaman bayam bisa langsung dilakukan di pot atau polibag. Cukup mudah. Polibag/Pot diisi dengan tanah gembur dan pupuk kandang/kompos dengan perbandingan 1 : 1. Lalu tebar langsung benih bayam dalam polibag tersebut, Setelah itu cukup disiram. ^^

Masa tumbuh bayam cukup singkat. Dalam sehari sudah mulai tumbuh benih yang ditebar kemarin



Pokok bawang ni cm tanam dicelah celah pokok lobak putih sebab tak cukup tanah tapi begitu cepat membesar.
Biji ketumbar  mengambil masa yang agak lama untuk bercambah  tiap-tiap hari Cm siram dan jaga bagai menatang minyak yang penuh...mulanya tak sabar.....ada terlintas nak buang je bekas tu sebab penat menanti benih ni tak tumbuh  tumbuh.Akhirnya Alhamdulillah...
bukan satu tapi dua:)tanam


Pernah tak anda dengar mengenai sejenis tumbuhan yang diberi nama bayam duri? Ataupun sesetengah tempat menggelarkannya bayam hutan. Nama saintifiknya pula adalah Amaranthus Spinosus. Ia dikatakan mampu menghilangkan jerawat dan seterusnya melembutkan kulit muka anda.

Saya pun baru tahu mengenai perkara ni. Malah, rupa bayam duri ni pun saya tak kenal. Tapi, saya telah menjumpai dua imej yang boleh dijadikan rujukan bersama seperti di bawah.

Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade


Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade


Bagi menghilangkan jerawat serta melembutkan kulit wajah anda dengan bayam duri ni, ada dua cara yang boleh dipraktikkan;


Cara Pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya.

2. Ramas daun tersebut sehingga hancur.

3. Selepas itu, gosokkan daun yang telah hancur tadi ke muka anda dengan lembut atau perlahan-lahan. Buatlah lebih kurang dalam 5 ke 10 minit.

4. Akhir sekali, bilas atau cuci muka anda dengan air bersih.


Cara Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya dahulu.

2. Terus ramas daun tersebut ke muka anda secara berhati-hati atau perlahan-lahan.

3. Lepas dah ramas, sentalkan pula daun tadi ke muka anda. Sental dengan lembut serta perlahan-lahan yer. Lakukan proses ini selama 5 ke 10 minit.

4. Akhir sekali, basuhlah muka anda dengan air bersih.


Sekali lagi, ingin saya tekankan di sini bahawa semasa anda menggosok, meramas atau menyental daun bayam duri ke muka, pastikan ia dibuat secara lembut. Jika anda melakukannya dengan kuat, saya khuatir ia akan mencacatkan kulit muka anda pula. Jadi, pastikan anda melakukannya dengan tenang dan tak tergesa-gesa.

Petua ini boleh anda amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari.

Kebaikan Herba untuk mata

Bilberry

  • Meningkatkan sacara ketara keupayaanmata kita untuk menyesuaikan diri terhadap silau serta kegelapan 
  • Menguatkan kapilari darah  yang membekalkan nutrien kepada otak dan saraf  mata serta meningkatkan. peredaran mikro ke mata 
  • Meningkatkan penghantaran oksigen dan nutrien perlu ke mata 
  • Menghalang histamin dan prostagladin yang menyebabkan keradangan  untuk melegakan kemerahan dan kepekaan mata 
  • Terbukti berkesan untuk membantu retinopati diabetik, katarak, retinitis pigmentosa , glaukoma dan rabun malam


Eyebright

  • Penawar yang popular untuk mata yang letih, mengalami keradangan atau mata berair 
  • Sering dikenali sebagai sumber "air yang bernilai untuk membersihkan penglihatan seseorang "
  • Menguatkan saraf, bahagian optik dan tisu di mata untuk meningkatkan daya penglihatan

Lutien & zeaxanthin (Marigold flowers)

  • Melindungi  mata daripada sinaran UV dan cahaya biru 
  • Mengurangkan risiko degenerasi makular yang menyebabkan oleh peningkatan usia, iaitu penyebab kebutaan  yang utama
  • Biasanya dijumpai dalam sayuran berdaun hijau seperti daun kobis hijau dan bayam. Tetapi  seseorang perlu mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sayuran tersebut setiap hari untuk menikmati manfaat sifat pelindungan penglihatanya 

Grape seed (OPC)

  • Anti-oksidan  yang kuat -20 kali lebih kuat berbanding dengan vitamin C dan 50 kali lebih kuat berbanding dengan vitamin E
  • Juga meningkatkan keberkesanan anti-oksidan lain di dalam badan 

Wolberry fruit (Fructus Lycii)

  • Mempunyai sifat anti-keletihan yang kuat untuk mengurangkan keletihan mata 

Cassia seed, Chrysanthemum Flower & Pale Butterflybush Flowers

  • Menurut Pengamal Perubatan Tradisional Cina, kebanyakan penyakit yang mempengaruhi mata berpunca daripada hati (hepar) yang tidak sihat dan kunci kepada daya penglihatan yang sihat adalah dangan mempunyai hati yang sihat 
  • Menolong menyahtoksik, menguat dan membekalkan nutrien untuk hati 
  • melegakan "panas hati" yang yang menyebabkan kemerahan mata dan mata berair


No comments:

Post a Comment