Thursday 12 July 2012

Dukung anak


Dukung anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dukung anak
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Malpighiales
Famili:Phyllanthaceae
Genus:Phyllanthus
Spesies:P. niruri

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.
Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.
Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan.




DUKUNG ANAK – Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Nama Botani : Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis
Nama Lain : Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)
Famili : Euphorbiaceae
Pengenalan : Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic.  Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut.  Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies.  Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun.  Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga.   Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal.
Khasiat dan Kegunaan : Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.
DUKUNG ANAK Cina, DUKUNG ANAK kategori, sumber DUKUNG ANAK, DUKUNG ANAK tanaman, tanaman DUKUNG ANAK morfologi, DUKUNG ANAK Cina mengumpulkan dan memproses, DUKUNG ANAK cina ciri-ciri, komposisi kimia DUKUNG ANAK cina, DUKUNG ANAK selera seksual, fungsi DUKUNG ANAK cina, Indikasi DUKUNG ANAK, DUKUNG ANAK rincian, DUKUNG ANAK informasi, DUKUNG ANAK foto, cina DUKUNG ANAK gambar, video DUKUNG ANAK Cina, DUKUNG ANAK studio,  Cina DUKUNG ANAK, DUKUNG ANAK buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman
Nama Saintifik:Phyllanthus niruri L.
Sinonim:Phyllanthus amarus
Kegunaan:Rawatan untuk penyakit bengkak hati, juandis, kencing manis, darah tinggi, jangkitan saluran kencing, luka ringan, lebam, ulser, bengkak, mengatur haid, pelawas kencing, batu karang, gonorrhea, siplis, sebagai tonik selepas bersalin atau keguguran, menguatkan buah pinggang, gatal-gatal dan vertigo selepas bersalin.


Khasiat Pokok Semalu



Assalamualaikum w.b.h. dan salam sejahtera.

Info Medik merupakan satu slot baharu khususnya kepada para pelawat yang datang singgah melawat ke blog Forest Dweller ini. Slot ini akan merungkai rahsia perubatan yang hanya wujud di hutan hujan yang ada di Malaysia ini. Baiklah, pada edisi sulung ini saya akan berkongsi maklumat mengenai tumbuhan semalu (Mimosa pudica).


Anda kenal tumbuhan di atas? Sudah tentunya semua orang kenal dengan tumbuhan semalu. Tumbuhan semalu ini biasanya tumbuh meliar di kawasan-kawasan tanah lapang yang berpasir. Ianya berduri dan mempunyai satu ciri unik di mana daunnya akan kuncup apabila disentuh.

Tahukah anda, apakah khasiat tumbuhan unik ini? Ya, tuan-tuan dan puan-puan, khasiatnya sangatlah besar. Tumbuhan ini mempunyai keupayaan untuk MELAWASKAN KENCING dan MEMECAHKAN BATU KARANG dalam pundi kencing. Besar khasiatnyakan, inilah kekuasaan Allah yang datang dari iklim tropika.

PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAH


1. Bahan-bahan
Dapatkan tumbuhan semalu dan TUMBUHAN DUKUNG ANAK (Phyllanthus niruri). Tahukah anda bagaimana bentuknya tumbuhan dukung anak ni? Ni gambarnya...




Tumbuh-tumbuhan ini memang banyak terdapat di sekitar kawasan rumah kita, jadi carilah. Pastikan bila anda sudah mendapatkannya, cabut dengan akar-akarnya sekali. Kemudian, basuh sebersih-bersihnya dengan air yang bersih.



2. Cara-cara Menyediakan Ekstrak Semalu dan Dukung Anak
Setelah itu potong tumbuhan tersebut untuk dimuatkan ke dalam periuk. Tuangkan air ke dalam periuk tersebut. Rebus sehingga cecair berwarna perang kemerahan yang pekat terbentuk. Nisbah kepekatannya adalah 6 bahagian kepada 1 bahagian. Maksudnya di sini adalah, sebagai contohnya; 6 cawan air yang digunakan untuk merebus akan tinggal 1 cawan sahaja bila ianya memekat. Toskan dan simpan air ekstrak tadi di dalam bekas. Simpan di dalam peti sejuk.


3. Cara-cara Penggunaannya
Amalkan minum air ekstrak semalu dan dukung anak tadi dengan kerap. RASANYA MEMANG KELAT DAN PAHIT! Teruskan amalan tersebut dan InsyaAllah anda akan lihat hasilnya. Selamat mencuba!



SINOPSIS
Bagi peminat seni taman atau petani, dukung anak merupakan sejenis rumpai yang boleh dikatakan bermasalah kerana tumbuhan ini agak susah hendak dikawal. Bijinya yang terhasil dengan banyak dan mudah tersebar menyebabkan tumbuhan ini banyak terdapat di ladang tanaman atau di kawasan seni taman sama ada di atas tanah ataupun di dalam pasu. Walau bagaimanapun bagi pengamal perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan mempunyai khasiat yang menakjubkan. Berdasarkan khasiat yang menakjubkan ini, dukung anak telah dianggap sebagai salah satu tanaman terpenting dalam abad ke 21.

Pengkomersialan tanaman dukung anak telah bermula sejak beberapa tahun lalu. Akhir-akhir ini usaha untuk menghasilkan bahan farmaseutikal berasaskan tanaman dukung anak telah dipergiatkan dengan adanya kilang yang dibina khusus untuk tujuan tersebut. Kajian yang dijalankan telah berjaya menghasilkan ekstrak piawai yang diberi nama EPN 797. Ekstrak ini ialah campuran kompleks yang mengandungi flavonoid dan corilagin. Ekstrak piawai ini mempunyai sifat-sifat spesifik atau capjari kimia dari segi kandungan bahan kimia dan aktiviti biologi. Ekstrak piawai digunakan untuk tujuan pemantauan bagi memastikan produk yang dihasilkan mencapai tahap dan kualiti yang ditetapkan. Produk yang dihasilkan oleh kilang ini disyorkan untuk penyakit yang berkaitan dengan hati seperti rawatan hepatitis B serta penyakit kuning (jaundis)

Sehubungan dengan itu tumbuhan ini telah mula diberi perhatian oleh pengusaha tempatan dan mula ditanam secara komersial. Kajian dalam aspek pengeluaran tanaman khususnya teknik pengeluaran anak benih, pengeluaran di ladang dan pengendalian lepas tuai telah dijalankan. Manual ini disediakan hasil daripada penyelidikan tersebut bagi memastikan bahan mentah yang dihasilkan memenuhi kuantiti dan tahap kualiti yang diperlukan oleh kilang tempatan. Manual ini boleh dijadikan panduan bagi pengusaha yang ingin menanam dukung anak secara komersial Maklumat dalam manual ini juga diharap boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat pengajian tinggi dan pelajar sekolah.


Dukung Anak atau nama botaninya phyllanthus niruri linn dari keluarga"euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Ia banyak digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.
Digunakan secara meluas untuk merawat bisa gigitan ular, membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai di dalam darah, juga untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Kudis Buta (Scabies) dan Kurap - Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam dan kerengsaan.

POKOK DUKUNG ANAK


Dhyllanthus niruni merupakan nama botanikal kepada pokok dukung anak. Dikenali sebagai dukung anak , Amin buah atau keman jolok, oleh orang Melayu.

Air dan rebusan pokok ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka.

Caranya...
Semua bahagian tumbuhan itu direbus dan airnya diminum pada setiap hari untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Kaedah yang sama juga berkesan untuk mengubati cirit-birit. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis dengan kerap selama beberapa hari sehingga sembuh.

Bagaimanapun tidak sesuai bagi yang menghidap penyakit batu karang.

Pokok ni banyak tumbuh dikeliling rumah, cuma belum pernah guna lagi. Belum sakit:D


Kegunaan Pokok dukung anak
Dukung Anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

PETUA MENGUBATI RAMBUT GUGUR / KEPALA BOTAK DAN KHASIAT DARI POKOK PISANG /BAGAIMANA CARA / AMALAN MENGUBATI CARA TRADISIONAL


Boleh dikatakan Keseluruhan pokok pisang ada kegunaan NYA . Dari daun buah, jantung dan batangnya. Selain dari daunnya yang digunakan untuk membungkus nasi lemak, membalut nasi himpit, lontong, kueh muih danmacam-macam lagi lah. Buah dan jantung nya yang boleh dimakan dengan berbagai cara.

Tapi ada satu petua yang pelik tapi benar sekali

Ubat untuk rambut gugur atau kepala botak

Caranya, tebang sebatang pokok pisang sebarang jenis agak-agak separas pinggang. Buatkan lubang ditengah-tengah batang pisang yang tinggal. Kemudian esoknya pagi-pagi curahkan air segar yang sejuk kedalam lubang yang dikorek tadi. Tapi Biasanya air dari batang pisang akan bertakung dalam lubang itu, jadi tambahkan sedikit air sahaja sudah memadai.

Air itu diambil dan lumurkan pada keseluruhan kepala. Buat setiap pagi. Insyaallah Tidak lama kemudian rambut yang botak akan tumbuh seperti biasa.


Jantung pisang sedap dibuat ulam cecah sambal belacan atau sambal kicap. Selain dimasak lemak cili api dan sebagainya.

DUKUNG ANAK

Nama Botani

Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Nama Lain

Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)

Famili

Euphorbiaceae

Pengenalan 

Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic.  Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut.  Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies.  Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun.  Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga.   Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal.  

Khasiat dan Kegunaan

Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit


HEMPEDU BUMI

Nama Botani

Andrographis paniculata

Nama Lain

Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili

Acanthaceae

Pengenalan 

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm.  Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun.  Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Khasiat dan Kegunaan

Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Petua Untuk Merawat Demam Kuning

Pilihan 1:

Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 2:

a.  Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu, anda hendaklah juga menila lampinnya.
b. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing.  Mandikan bayi itu dengan air rebusan tersebut. Campurkan air tadi bersama air sejuk. Biarkan ia suam terlebih dahulu.
~Herba Dukung Anak mempunyai kadar antioksidan yang tinggi disamping boleh mengubati
a. masalah buah pinggang,
b. hati(liver), 
c. batu karang, 
d. selulit dan
e. mengurangkan virus Hepatitis B.(berdasarkan kajian saintifik).

Dukung Anak


Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil  dukung anak  (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh sebab  rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. 

Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal. 
 
Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum

Batuk: Air rebusan daun muda diminum

Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang  
berkenaan 

******************************************************

Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). 

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. 

Daun yang telah dilumatkan dan dicampurkan dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta( scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba (racun) ikan. 

Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini sama ada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Terdapat kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B. Dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% daripada pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari pada tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah diuji selepas 15 hingga 20 hari  rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% daripada pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. 

Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun pengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

Hempedu Bumi


Selain disebut akar cerita, ada juga yang menyebutnya sebagai pokok cerita. Ia sejenis rumpai berdaun tunggal seperti daun inai berwarna hijau tua. Puntik bunganya seperti cili api sementara bunganya berwarna putih mempunyai tumpuk ungu dihujung kelopak. Mudah membiak di kawasan yang terdedah.

Nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae dan ada juga yang menyebutkan sebagai ‘hempedu bumi’ kerana rasanya yang amat pahit jika diramas dengan tangan. Begitu juga jika dijadikan jus, pahitnya akan melekat beberapa lama pada lidah seperti pahitnya petawali (Tinospora tuberculata).

Antara khasiatnya yang paling mujarab ialah melegakan darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan merebus daun, batang, akar serta bunganya dan airnya diminum oleh yang menderita sakit.

Kesan pahit dari rebusan itu agak lama pada lidah dan selepas pahitnya hilang lidah akan terasa kebas sedikit, namun itu hanyalah ciri herba ini. Untuk merawat kencing manis pula rebusannya hendaklah dicampur dengan pokok misai kucing.

Manakala bagi merawat demam, selesema dan gatal tekak pula, memadai dengan merendam beberapa helai daunnya yang segar ke dalam segelas air panas dan diminum perlahan-pahan selepas airnya suam. Bagaimanapun anda dinasihatkan agar jangan mengambilnya terlalu kerap.

Tumbuhan ini juga boleh dijadikan untuk merawat bisa gigitan serangga termasuk tabuan dan ular. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan dilumatkan, kemudian letakkan lumatan itu pada bahagian yang terkena gigitan.

Sambung Nyawa


Kegunaan Dan Khasiat 

Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.

Ia juga digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakan, serta patah tulang.

Cara Penggunaan 


Untuk ubat yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.


Dukung Anak

Pokok dukung anak


Nama botani : Phyllanthus niruri
Famili : Eurphobiaceae

Pengenalan

Pokok dukung anak biasanya tumbuh secara meliar di kawasan rumah, tepi-tepi jalan dan kawasan terbiar. Pokok ini agak lasak kerana mampu hidup dalam apa jua keadaan cuaca dan tempat. Ketinggiannya biasanya tidak melebihi 0.5 meter.

Kegunaan

Seluruh bahagian pokok ini yang direbus dan diminum mampu mengubati cirit-birit dan menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga digunakan untuk mengubati kudis dan luka. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis.

Pokok dukung anak (kira-kira secekak) dimasak dengan sedikit susu kambing dikatakan dapat mencegah bayi daripada dijangkiti penyakit demam kuning dan ia juga boleh merawat penyakit hepatitis.

No comments:

Post a Comment