Saturday 23 June 2012

'First time' Benjy jumpa gadis melayu yang menawan dan bergetah. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Mungkin ramai dah tahu Benjy berasal daripada Sabah, negeri bi bawah bayu katakan. Semasa tamat tingkatan 5, Benjy tak der terfikir pun nak 'melepak' kat Semenanjung Malaysia ni kerana pada masa tu tidak ada haluan dan pendirian diri.

Benjy diibaratkan seperti berada ditengah lautan hanya mengikut ombak je kekira dan kekanan. Ketika terdampar di padang yang luas, Benjy seperti lalang ditiup angin ke kiri dan ke kanan. Semangat untuk sambung belajar ditahap ne- 25% otak di bawah tahap beku betul masa tu. Satu hari . . . . . . (la Benjy cerita apa pula ni ...)

Pada Benjy semua gadis-gadis tak kira apa bangsa dan ugama mempunyai daya tarikannya sendiri. Ada yang putih melepak, ada yang hitam manis dan macam-macam lagi. Namun Benjy 'first time' jumpa gadis melayu yang menawan lagi bergetah pada tahun 1995 ketika menjejak kaki ke Semenanjung Malaysia. Benjy menjejak kaki di Semenanjung Malaysia bukan di Lapangan Terbang Subang tetapi di Pelabuhan Klang. Benjy bukan pendatang haram naik tongkang dari Indon tau naik kapal dari KK, meredah Lautan China Selatan yang banyak ikan 'Jaws'. Sekali sekala kapal tu 'black out' panas nak mampos tidur dalam kabin, terpaksa tidur diluar menghirup udara Laut China Selatan.


Beberapa hari menaiki kapal di Laut China Selatan, kini kapal tersebut memasuki perairan Selat Melaka. Pemandang jadi lain, namun dalam hati masih juga terasa ingin melihat gadis melayu yang dikatakan menawan dan bergetah tu. Kini Benjy melihat banyak kapal berselisih antara satu sama lain di perairan Selat Melaka, rasanya selat ini memang sempitlah. Mulalah berangan berlayar dengan Parameswara kononnya menuju ke Melaka ... har..har..har... emmm korang tahuke si Suri Bergetah tu berasal dari Melaka ? Apa ? dah tahu ? ... alamak maunya Benjy ni.

Ketika mendarat di Pelabuhan Klang, kami (sekumpulan budak jahat) dibawa terus ke Port Dickson, ke sebuah Kem Latihan Tentera Darat, PUSASDA untuk menjalani latihan asas rekrut selama 6 bulan. Selama 6 bulan menjalani latihan Benjy telah bertemu dengan gadis-gadis melayu seperti berikut :

1. Jurulatih Bahagian Pelajaran Tentera berpangkat leftenan, dah lupa nama dia siapa. Memang betullah gadis melayu ni menawan dan bergetah.

2. Anak dara mak cik kantin tempat para rekrut melepak disebelah malam. Apa yang Benjy pelik bila anak mak cik tu ada menolong orang tuanya ramai pula mamat-mamat rekrut tu melepak di kantin walaupun tak beli apa. Selepas menyiasat memang sah gadis melayu ni memang menawan dan bergetah gua cakap sama lu ...

3. Pekerja dobi tentera. Ketika menghantar baju ke dobi 3 kali seminggu mesti berjumpa beberapa anak gadis melayu yang bekerja kontrak di dobi tersebut. Biasalah dalam kem latihan tentera darat semuanya lelaki, bila nampak gadis-gadis sekali sekala semuanya dilihat cun-cun belaka. Tetapi ada seorang dua tu memang tidak dapat dinafikan kejelitaannya broo ..

Itulah beberapa gadis-gadis melayu yang Benjy jumpa sepanjang 3 bulan berlatih di kem PUSASDA. Apabila kami dah lulus latihan kawad kaki barulah hari Sabtu dan Ahad dapat keluar ke Pekan Port Dickson sambilang shopping dan menjamu selera dengan lahapnya. Apa yang menariknya apabila dapat keluar Sabtu dan Ahad maka Pekan Port Dickson 70% dipenuhi dengan rekrut berbaju hijau maka murahlah rezeki peniaga-peniaga disitu. Betul kata orang jauh berjalan luas pandangan kerana bukan saja dapat melihat dan mengorat gadis-gadis melayu yang menawan dan bergetah tetapi masakan melayu pun sedap rupanya. "Pernah juga jatuh cinta dengan gadis melayu, tetapi tiada jodoh" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
    


No comments:

Post a Comment