Monday 1 October 2012

Tekanan Darah Tinggi / Hypertens


1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 

  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)

  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

2. Bacaan Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75

  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)

  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

 Kategori Sistolik Diastolik
 Normal < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 - 159 or 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 > 160 or > 100

3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif

  • Umur melebihi 35 tahun

  • Kegemukan

  • Paras kolesterol tinggi

  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga

  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok

  • Pengambilan garam yang tinggi

  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 

  • Penyakit buah pinggang

4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala

  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala

  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi


  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.

  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)

  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).

  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

  • 6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi

    Tanpa menggunakan ubatan:

    • Perlu mengubah amalan cara hidup andae

    • Amalkan permakanan sihat

    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol

    • Melakukan senaman berkala

    • Kurangkan berat badan jika berlebihan

    • Atasi tekanan secara berkesan

    • Berhenti merokok

    Kategori tekanan darah normal/optima

    • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .

    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

    Pra Hypertensi

    • Amalkan gaya hidup sihat

    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

    • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

     Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

    • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama

    • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup

    • Amalkan pemakanan sihat

      • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan

    • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur

    • Kurangkan berat badan jika berlebihan

    • Atasi tekanan secara berkesan

    • Berhenti merokok

    • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

    • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan

    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

    Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

    • Amalkan gaya hidup sihat

    • Berhenti merokok

    • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan

    • Prevent and treat complications early

    • Pengesanan komplikasi terutamanya :

      • Jantung

      • Ginjal

      • Mata

    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

     *Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM

    Tips Menurunkan Darah Tinggi


    Penyakit Darah Tinggi - merupakan salah satu penyakit yang turut berasal dari penyakit keturunan. Tapi jangan pulak kita salahkan keturunan sebab diorang pun bukannya nak ada penyakit macam tu.

    Jadi buat mereka yang ada darah tinggi, disyorkan untuk membaca panduan di bawah ini:
    • Banyak-banyakkan berehat supaya korang tak stress sebab stress boleh membuatkan darah tinggi korang naik. Tapi jangan lak berehat memanjang sampai tak nak buat kerja langsung. :)
    • Elakkan berada di tempat-tempat yang panas melampau sebab pesakit darah tinggi ni selalu pening kepala. Tapi jangan pulak mintak aircond kalau korang kerja buat bangunan. Tu nak bagi bos korang naik darah pulak. Hehe.. :p
    • Elakkan makan makanan yang boleh menaikkan potensi darah tinggi seperti durian, kopi atau makanan bergaram. Kurangkan jugak aktiviti merokok. Kalau boleh, makan la buah-buahan dan sayur-sayuran. Nak makan buah dam pun ikut suka.
    • Buang tabiat tidur terlalu lewat sebab tidur yang lewat mengurangkan masa rehat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mengurangkan kesabaran bos korang bila korang bangun lewat untuk ke tempat kerja.
    • Selalu-selalulah mendapatkan nasihat doktor dan mengmbil ubat menurunkan darah tinggi. Bukannya pergi mendapatkan nasihat member supaya kahwin lagi atas alasan hidup dah tak lama.

    Kawal Kencing Manis Sebelum Berkhatan

     

    SAYA lelaki bukan Islam berusia awal 20-an. Masalah saya ialah kulit ‘kulup’ yang menutupi kepala zakar saya tidak terbuka.
    Bagaimanapun, jika ia terbuka ia pasti terkoyak. Saya juga menghidap penyakit kencing manis yang dikesan tiga tahun lalu. Saya mahu berkhatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini tetapi takut kesan lain pula berlaku. Apa harus saya lakukan?

    LELAKI INGIN TAHU
    Kuala Lumpur





    Anda mempunyai kulit penutup kepala zakar, yang dikenali sebagai ‘foreskin’ atau ‘kulup’ sempit, yang membuatkan kepala zakar atau ‘glans penis’ anda tidak dapat keluar.

    Jika anda memaksa untuk melurutkan kepala zakar keluar dari kulup, ia pasti terkoyak. Anda sebenarnya mengalami masalah dikenali sebagai ‘Phimosis’.

    Masalah ini hanya dapat dipulihkan melalui ‘circumcision’ atau berkhatan, di mana kulit kulup kepala zakar atau ‘foreskin’ anda dipotong.

    Pembedahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor pakar dalam pembedahan ini. Sebelum anda menjalani pembedahan itu, penyakit kencing manis harus dikawal.

    Jangan khuatir. Segera berjumpa doktor yang merawat kencing manis dan minta dia rujuk kepada doktor yang boleh melakukan pembedahan berkhatan. Jika kencing manis terkawal, luka daripada pembedahan ini akan pulih dalam seminggu.

    http://www.hmetro.com.my/articles/Kawalkencingmanissebelumberkhatan/Article

    Pemeriksaan Diabetes (Kencing Manis)

    Perlukah anda menjalani pemeriksaan saringan Diabetes?

    Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:
    1. Berumur 35 tahun dan ke atas.
    2. Sejarah diabetes pada kandungan lepas
    3. Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
    4. Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
    5. Riwayat keluarga diabetes
    6. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
    7. Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
    8. Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah

    Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:

    1. Hospital dan klinik kerajaan
    2. Hospital swasta
    3. Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
    4. Makmal perubatan swasta

    Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?

    Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan.
    Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.

    Penentuan kadar glukosa dalam darah

    Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnya
    diperlukan.
    Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.

    Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?

    Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
    Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
    Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual

    No comments:

    Post a Comment